This blog is to share the interesting and beneficial hobbies such as collection of coins, banknotes, stamps, coupons, key chains,fridge magnet

Monday 10 June 2013

Syiling (Siri Pertama)

Siri pertama wang syiling sen diperkenalkan pada tahun 1967 dalam peringkat-peringkat nilai 1 sen, 5 sen, 10 sen, 20 sen, 50 sen, disusuli dengan munculnya wang syiling 1 ringgit (yang memakai lambang $ dan merupakan syiling terbesar dalam siri) pada tahun 1971. Walaupun berbeza-beza diameternya, namun hampir semua syiling ini ditempa dengan reka bentuk yang hampir sejajar di muka hadapan dan belakangnya sekali. Muka hadapan syiling ini bergambar Bangunan Parlimen Malaysia serta lambang bintang dan bulan persekutuan yang berasal daripada bendera Malaysia. Semua syiling ini dibuat dengan kupronikel kecuali syiling 1 sen yang asalnya dibuat dengan gangsa pada tahun 1967 hingga 1972, kemudian dengan keluli bersalut tembaga mulai tahun 1973. Syiling 50 sen ialah satu-satunya syiling dalam siri yang menjalani rekaan semula, iaitu pada tahun 1971 apabila sisinya menerima pengubahsuaian kecil supaya tertera tulisan huruf "Bank Negara Malaysia".Pengeluaran siri sen pertama diberhentikan pada tahun 1989 apabila siri kedua diperkenalkan, namun masih diterima sebagai wang sah pada tahun 2010 walaupun semakin jarang diedarkan sejak keluarnya siri kedua. (Sumber: Wikipedia,Ensiklopedia Bebas)


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...