This blog is to share the interesting and beneficial hobbies such as collection of coins, banknotes, stamps, coupons, key chains,fridge magnet
Showing posts with label Koleksi wang kertas keluaran Lembaga Suruhanjaya Matawang Malaya & British Borneo. Show all posts
Showing posts with label Koleksi wang kertas keluaran Lembaga Suruhanjaya Matawang Malaya & British Borneo. Show all posts

Wednesday, 26 June 2013

Queen Elizabeth II (1926 - Kini)


Elizabeth II (Elizabeth Alexandra Mary Windsor,dilahirkan pada 21 April 1926) merupakan Ratu kepada 16 buah negara Komanwel. Gelaran rasminya ialah "Elizabeth the second,Head of Commonwelth dan Defender Of the Faith". Namun beliau sering dirujuk sebagai "The Queen" atau "Her Majesty". Pada 6hb Februari 1952 beliau mewarisi takhta Raja Britain. Beliau merupakan pewaris takhta yang paling lama iaitu kedua panjang di dunia (tempoh terpanjang adalah Raja Bhumibol dari Thailand) dan ketiga panjang di England (selepas George III dan Ratu Victoria).

Beliau dilahirkan di Mayfair,London,United Kingdom. Merupakan puteri sulung kepada King George VI dan Ratu Mary atau lebih dikenali sebagai Lady Elizabeth Bowes-Lyon (The Lady). Beliau menerima pendidikannya di rumah yang diajar oleh tutor. Beliau mempelajari Matematik,Sejarah,Geografi dan pelbagai bahasa. Oleh itu, beliau mahir bertutur dalam pelbagai bahasa terutamanya bahasa Perancis.

Pada tahun 1936,selepas Raja Edward VIII menurunkan takhta kepada Raja George VI secara langsungnya beliau dinamakan sebagai puteri mahkota yang bakal mewarisi takhta tersebut dari ayahnya. Beliau bersama adiknya,Margaret telah dihantar ke Scotland semasa Perang Dunia Kedua.

Pada tahun 1945,Elizabeth menyertai Auxilliart Territorial Service (ATS) untuk membantu dalam peperangan. Beliau hanya dikenali sebagai seorang pegawai tentera yang berpangkat rendah serta dilatih menjadi pemandu dan mekanik. Pada tahun 1947, beliau membuat lawatan rasmi ke Afrika Selatan dengan ditemani oleh kedua ibubapanya. Pada 20hb November 1947, beliau telah berkahwin dengan sepupunya iaitu Putera Philip (The Duke Of Edinburgh) dan memiliki empat orang anak iaitu Putera Charles,Puteri Anne,Putera Andrew dan Putera Edward.

Ratu Elizabeth sering mewakili ayahnya untuk menghadiri persidangan orang ramai apabila kesihatan ayahnya semakin terjejas sejak tahun 1951. Pada tahun 1952,beliau menerima berita kemangkatan ayahnya semasa berada di Kenya. Pada 2hb Jun 1953,Ratu Elizabeth ditabalkan di Westminster Abbey. Pada 2hb Jun 2013 sambutan Jubli Emas diadakan sempena 60 tahun beliau sebagai Ratu. Pada hari yang bersejarah itu Ratu Elizabeth dikelilingi oleh keluarganya termasuk suami Putera Philip,anaknya Putera Charles serta cucu-cicit beliau Putera Harry dan Putera William. Ratu Elizabeth telah berjaya mengatasi Ratu Victoria sebagai pemerintah raja paling lama di Britain yang memerintah selama 63 tahun. Kini beliau berusia 87 tahun. (Sumber:Wikipedia,Ensiklopedia Bebas,www.biography.com,www.royal.gov.uk,www.history.co.uk, Buku Banknotes & Coins 2012 (K.N.Boon)



$1 Malaya & British Borneo (Queen Elizabeth II)


Wang kertas $1 diatas adalah keluaran Lembaga Suruhanjaya Matawang Malaya & British Borneo pada tahun 1953. Ia ditandatangani oleh W.C.Taylor selaku Pengerusi Lembaga Suruhanjaya Mata Wang. Ukurannya adalah 121mm x 63mm dan berwarna biru/merah jambu. Ia menggunakan cetakan Waterlow & Sons Ltd. Muka hadapan wang kertas menggambarkan potret Ratu Elizabeth II. Sementara lambang Negeri-negeri Melayu Bersekutu pada muka belakang. Ia meliputi negeri-negeri seperti Perak,Pahang,Melaka,Sarawak serta Brunei di sebelah kiri. Di sebelah kanan pula terdapat Perlis,Borneo Utara,Terengganu,Penang,Negeri Sembilan,Selangor serta Singapura, Persekutuan Tanah Melayu di bahagian tengah atas dan bawah. Benang keselamatan dan tanda bayang kepala harimau telah dimasukkan kedalam wang kertas ini. Nilai wang kertas ini mengikut buku Banknotes & Coins 2012 (K.N.Boon) adalah RM80 bagi keadaan "very fine".

Tuesday, 25 June 2013

$5 Malaya & British Borneo (Queen Elizabeth II)

Muka Hadapan ( A/24 683956 )

Tahun keluaran: 1953
Tandatangan: W.C.Taylor (Pengerusi Pesuruhjaya)
Cetakan: Waterlow & Sons Ltd.
Ukuran: 125mm x 72mm
Warna: Hijau/Kuning
Anggaran harga mengikut buku Banknotes & Coins 2012(K.N.Boon): RM400 untuk keadaan "very fine".

Muka Belakang

Wang Kertas Malaya & British Borneo (Queen Elizabeth II)

Muka Hadapan (A/66 186380)

Wang kertas $10 diatas dikeluarkan oleh Lembaga Suruhanjaya Matawang Malaya & British Borneo pada 21 Mac 1953. Sebelum tahun 1952, lembaga itu dikenali sebagai Lembaga Pesuruhjaya Mata Wang Malaya. Ia ditandatangani oleh W.C.Taylor iaitu Pengerusi Lembaga Pesuruhjaya Mata Wang. Menggunakan cetakan Waterlow & Sons Ltd. Wang kertas ini berukuran 134mm x 80mm. Di muka hadapan memaparkan potret Queen Elizabeth II di sebelah kiri. Tera air kepala harimau di tengah-tengah wang kertas tersebut. Benang keselamatan pecah dimasukkan dalam kertas sebagai perlindungan terhadap pemalsuan wang kertas ini.

Di muka belakang pula, tertera jata persekutuan tanah melayu,negeri-negeri tanah melayu (Perak,Kedah,Pahang,Melaka,Sarawak,Kelantan & Brunei ) disebelah kiri. Manakala di sebelah kanan terdapat jata negeri Perlis,Terengganu,Borneo Utara,Pulau Pinang,Negeri Sembilan,Johor & Selangor. Di bahagian atas pula jata Singapura. Nilai "10" di bahagian atas dikedua-dua penjuru kiri dan kanan. Sementara dipenjuru bahagian bawah pula nilai dipamer dalam tulisan jawi. (Sumber: Wikipedia, Ensiklopedia Bebas,Banknotes & Coins 2012,K.N.Boon)

Wednesday, 5 June 2013

Wang Kertas Malaya & British Borneo (ditandatangani oleh Tun Tan Siew Sin)

Wang $10 ini adalah keluaran Lembaga Suruhanjaya Mata Wang Malaya & Borneo British yang ditanda tangani oleh Tun Tan Siew Sin. Muka depan wang kertas ini tertera gambar kerbau sedang membajak dan kesemua 3 keping wang tersebut adalah mempunyai siri "small letter A". Apa yang lebih menarik adalah wang kertas yang mempunyai anak panah merah itu adalah last prefik bagi "small letter A" yang boleh dikatakan agak "rare". Nilai wang kertas yang pertama dan kedua di atas mengikut buku Coins & Banknotes 2012 (KN Boon) adalah RM1100 untuk keadaan "Very Fine". Manakala untuk wang kertas yang mempunyai anak panah merah (last prefik untuk small letter A) harganya dianggarkan lebih mahal daripada prefik biasa.

Wang kertas Malaya & British Borneo (di tandatangani oleh Tun Lee Hau Shik)

Walaupun Persekutuan Tanah Melayu mendapat kemerdekaan daripada penjajahan British pada 1957, namun untuk beberapa tahun selepas itu Persekutuan Tanah Melayu masih menggunakan duit yang dikeluarkan oleh "The Board of Commissioners of Currency, Malaya & British Borneo" sehingga tahun 1967. Duit tersebut masih sah diperlakukan sehingga tahun 1969 (rujukan dari buku KN Boon). Muka depan wang kertas $1 ini tertera gambar kapal layar dan ditandatangani oleh Tun Lee Hau Shik. Nilai wang kertas ini mengikut buku Coins & Banknotes 2012 (KN Boon) adalah RM230 untuk keadaan "Extra Fine" (cetakan oleh Thomas De la Rue), manakala RM400 untuk keadaan yang sama bagi cetakan oleh Waterlow & Sons Ltd.






Wang Kertas Malaya & British Borneo (Queen Elizabeth II)



Wang kertas $50 ini adalah keluaran Lembaga Suruhanjaya Mata Wang Malaya & Borneo British (1952-1963) yang ditandatangani oleh W.C. Taylor. Muka depan wang kertas ini tertera wajah Queen Elizabeth II, manakala muka belakangnya tertera jata persekutuan tanah melayu, negeri-negeri tanah melayu (Pahang, Perak, Melaka, Kedah, Kelantan, Singapura, Perlis, Johor, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor & Negeri Sembilan), Brunei, Sarawak dan Borneo Utara. Nilai wang kertas ini mengikut buku Coins & Banknotes 2012 (KN Boon) adalah RM1300 untuk keadaan "Very Fine". 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...