Sumber: www.facebook.com/ahmad.nasyruddin
This blog is to share the interesting and beneficial hobbies such as collection of coins, banknotes, stamps, coupons, key chains,fridge magnet
Showing posts with label Berita Numismatik. Show all posts
Showing posts with label Berita Numismatik. Show all posts
Sunday, 25 May 2014
Friday, 23 May 2014
Jualan Matawang Lama & Barangan Antik
Assalamualaikum...
Ini satu lagi acara yang ditunggu-tunggu oleh para collector serta pencinta barangan antik. Satu jualan Matawang Lama & Barangan Antik akan diadakan:-
Tarikh: 31 Mei 2014
Masa: 9.00pg-6.00ptg
Tempat: Perkarangan/Parking Muzium Arkeologi Lembah Bujang
Program Bersama Muzium Arkeologi Lembah Bujang
Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Program bersama Muzium Arkeologi Lembah Bujang, Merbok, Kedah akan diadakan pada 24 hingga 25 Mei 2014 dari jam 10.00 pagi hingga 5.00 petang. Semua dijemput hadir...Pelbagai aktiviti menarik turut diadakan..Jom kita pakat-pakat mai no..
Friday, 2 May 2014
Perlu kerjasama buru harta Flor De La Mar
KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu bekerjasama dengan Portugal dalam usaha menyelesaikan misteri harta karun di bangkai kapal milik tentera Portugis, Flor De La Mar.
Bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Dr Rahim Thamby Chik berkata, Portugal mempunyai kajian tepat mengenai lokasi harta yang disifatkan dirampas tentera Portugis diketuai Alfonso De Albuquerque dari bumi Melaka.
"Pencarian tentang harta karun harta warisan sejarah Melaka ini perlu diteruskan. Kajian terperinci telah dibuat oleh beberapa pihak terutama daripada Eropah dan beberapa pihak mempunyai maklumat terperinci posisi dan lokasi harta ini.
"Ia berkait dengan sejarah lama dan mempunyai nilai kewangan tinggi, jadi pihak yang ada maklumat ini tidak akan memberi kerjasama untuk usaha pencarian ini kecuali ada satu mekanisme yang sesuai untuk tujuan tersebut,'' katanya.
Dr. Rahim berkata demikian semasa ditemui di pejabatnya di sini.
Flor de la Mar, Frol de la mar, atau Flor do Mar (Si Kuntum Laut) adalah kapal milik Portugis yang boleh menjangkau berat sehingga 400 tan.
Kapal ini telah menyertai pelayaran lebih dari 9 tahun di Lautan India sehingga akhirnya dilaporkan karam pada November 1511 bersama harta rampasan dari Melaka.
Jelas Dr. Rahim, kapal yang dipercayai karam berhampiran lautan Acheh itu mampu diapungkan melalui hasil kerjasama Malaysia, Portugal dan Indonesia.
Dalam pada itu katanya, beberapa perkara tertentu berkenaan undang-undang terhadap isu ini perlu diselesaikan untuk mengelak pertindihan hak ke atas harta kapal itu.
"Kerana itu Kerajaan Indonesia ada hak kepada harta ini tetapi dia hendaklah memberi kesediaan untuk berkongsi tentang penemuan atau potensi penemuan khazanah berkenaan.
"Malaysia juga ada hak dari segi sejarah sebab harta itu adalah harta rakyat Melaka dan daripada perbendaharaan Kesultanan Melayu Melaka, walau hak sejarah ini tidak begitu kuat, kita juga mempunyai kedudukan dalam distribusi perkongsian khazanah ini,'' ujarnya.
Ketika ditanya apa tindakan yang harus dilakukan sekiranya ada pihak yang berjaya mengapungkan Flor De La Mar, ini katanya;
"Ia mempunyai nilai sejarah tinggi untuk dipamerkan mengenai kemajuan Tamadun Melayu Melaka. Jika ketemui kita perlu bina muzium bagi memperingati tamadun Melayu Melaka.''
Sebelum ini, pencari harta karun Amerika, Robert Marx menyifatkan Flor De La Mar ialah kapal kaya raya yang telah hilang di lautan.
Jelas Robert, kapal itu dikatakan menampung 200 tong dipenuhi batu permata berharga, berlian dari saiz kecil setengah inci sehingga sebesar genggam manusia.
Difahamkan, usaha mengapungkan kapal itu memerlukan penggunaan teknologi tertentu dengan menelan kos sehingga RM98.9 juta (AS$30 juta).
Sumber: Astro Awani

Syiling emas pertama di Pulau Nangka
MELAKA: Kerja-kerja pencarian harta karun oleh syarikat Smart Partnership International (M) Sdn Bhd di Pulau Nangka akhirnya membuahkan kejayaan apabila syiling emas pertama ditemui pada pukul 11.15 malam.
Kejayaan terbabit disusuli penemuan syiling emas kedua pada pukul 11.30 malam yang dipercayai milik Kerajaan Majapahit berdasarkan tulisan yang terdapat di syiling berkenaan.
Pengarah Urusan syarikat, Mohammad Foad Khushairy Mohd Said berkata, syiling emas itu ditemui semasa kerja-kerja pengorekan yang dilakukan di salah sebuah lubang yang dipercayai di dalamnya terdapat harta berkenaan.
“Syarikat akan menghubungi PERZIM dan kerajaan negeri untuk memaklumkan hal ini dan memohon untuk meneruskan kerja-kerja penggalian di Pulau Nangka akan dimaklumkan secepat mungkin. Berdasarkan pada imbasan bumi memang ianya terdapat dalam gua tersebut. Insya Allah jika tiada aral melintang
setelah blok batu dikeluarkan serta batuan kecil batu dibersihkan, kita akan dapat masuk ruang kosong tempat menyimpan peti peti harta tersebut,” jelas Mohammad Foad Khushairy.
Katanya, kerja-kerja penebukan siap sepenuhnya malam tadi dan dijangka kerja-kerja mengangkat batu keluar akan dilakukan hari ini bagi membolehkan harta terbabit dibawa keluar.
Mohammad Foad yakin harta itu terdapat di bawah batu terbabit selepas melakukan teknik geoteknikal menggunakan imej imbasan bumi.
Sekurang-kurangnya terdapat lima buah peti besi yang dipercayai mengandungi emas di ruang berkenaan daripada 20 bilik yang terdapat di dalam gua itu.
Katanya, berdasarkan imej imbasan itu, mereka menjangkakan terdapat 96 peti besi yang mengandungi pelbagai syiling emas, emas dan barangan berharga yang dikatakan disembunyikan semasa zaman Kesultanan Melayu Melaka bagi mengelak diceroboh pihak Portugis terkandung di gua berkenaan.
SEMINAR DISKUSI NUMISMATIK MALAYSIA
Assalamualaikum dan salam Sejahtera....
Untuk sekian kalinya seminar ini dianjurkan oleh Kelab Warisan Numismatik Malaysia.(CA0184074-D). Acara ini akan berlangsung selama dua (2) hari bermula 03 hingga 04 Mei 2014 bertempat di Dewan Seminar Hotel Shahzan Inn, Kuantan, Pahang.
Tajuk program ini berkisarkan perbincangan dan berkongsi pandangan berkenaan hal ehwal semasa numismatik Malaysia. Semua ahli atau bukan ahli Kelab Warisan Numismatik Malaysia serta peminat-peminat hobi numismatik tanahair dijemput hadir. MASUK ADALAH PERCUMA.
Setiap individu yang hadir majlis seminar tersebut akan diberi sijil pengiktirafan penyertaan di penghujung majlis itu.
Ada beberapa cabutan bertuah kepada peserta yang bernasib baik berupa baucer masuk ke Taman Tema Bukit Gambang Resort City, Kuantan (BGRC) juga akan diberi. (Lucky Draw).
Sesiapa yang berminat untuk melelong koleksi Numismatik atau membuat jualan semasa majlis seminar tersebut, boleh menghubungi urusetia KWNM En. Silmon Loo untuk sebarang pertanyaan. (SEGERA)
Berikut adalah aturcara seminar :-
Hotel Shahzan Inn, Kuantan, Pahang.
Sabtu 03/05/14
9am-6pm - Pameran & Jualan
2pm-6pm - Majlis Diskusi / Demonstrasi Metal Detector (MD)
Ahad 04/05/14
9am-2pm - Pameran & Jualan
11am-2pm - Acara Lelongan / Majlis Tamat
Wednesday, 16 April 2014
CIMB bawa pulang 5 wang kertas pertama Malaysia
RAJA Nazrin Shah, Dr. Zeti Akhtar Aziz (dua dari kanan), Nazir Razak (kanan) dan Md. Nor Yusof (kiri) menunjukkan wang kertas pertama Malaysia selepas satu majlis pelancaran di Kuala Lumpur, semalam.
|
KUALA LUMPUR 16 Julai Kumpulan CIMB berjaya membawa pulang lima keping wang kertas pertama Malaysia ke negara ini selepas membidanya sehingga 100,000 pound sterling (RM639,000) pada satu majlis lelongan di London pada tahun lalu.
Ringgit pertama yang dicetak pada tahun 1967 itu memiliki tandatangan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tun Ismail Mohamed Ali.
Lima keping wang kertas itu masing-masing bernilai RM1, RM5, RM50, RM100, RM1,000 dan memiliki nombor siri A/1 000001.
Menurut kenyataan CIMB, lelongan khazanah negara itu telah dianjurkan oleh pakar jurulelong profesional, Spink di London pada Oktober lalu.
Sebaik sahaja mendengar berita mengenai lelongan tersebut, kami bertindak segera untuk menyelamatkan khazanah bernilai itu agar ia tidak jatuh ke tangan orang lain dengan menyertai lelongan yang dikuasai pelabur luar negara menerusi bidaan awalnya sebanyak 30,000 pound sterling (RM191,700), katanya.
Kejayaan tersebut telah mencatat rekod bidaan untuk Spink daripada aspek wang kertas Asia.
Wang kertas unik tersebut telah diserahkan oleh Pengerusi Kumpulan CIMB, Tan Sri Md. Nor Yusof kepada Gabenor BNM, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz dan disaksikan oleh Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah dan Ketua Eksekutif Kumpulan CIMB, Datuk Seri Nazir Razak selepas majlis pelancaran CIMB-Principal Islamic Asset Sdn. Bhd. di sini hari ini.
Khazanah bersejarah itu akan dipamerkan di Muzium dan Galeri Seni BNM.
Sumber: Utusan Malaysia, 17/7/2008
Wednesday, 26 March 2014
Pesona cinta wang lama
Md. Noor Sepiey menunjukkan sekeping syiling lima sen yang pernah digunakan di Amerika Syarikat dan sekeping wang kertas Malaya Borneo ketika ditemui di rumahnya di Taman Jawi Indah, Nibong Tebal, Pulau Pinang, baru-baru ini.
|
NIBONG TEBAL 31 Dis. - Semuanya bermula sekitar 1988 apabila seorang rakan mencabarnya mencari syiling 50 sen keluaran terhad tahun 1950 yang ketika itu menjadi buruan peminat wang lama ekoran keunikan syiling tersebut yang seolah-olah berbentuk dua lapis.
Ketika itu juga, pengumpul-pengumpul wang lama percaya antara dua lapisan syiling itu terdapat salutan emas di tengah-tengahnya.
''Dia (rakan) berseloroh kata saya mungkin perlu kembali ke masa lalu untuk mendapatkannya. Ketika itu saya benar-benar rasa tercabar," kata bekas tentera Md. Noor Sepiey ketika ditemui di rumahnya di Taman Jawi Indah di sini baru-baru ini.
Akhirnya, 16 Ogos 1988 menjadi tarikh yang istimewa bagi Md. Noor, 44, apabila dia berjaya mendapatkan syiling berkenaan daripada seorang rakan.
Dari situ minatnya mengumpul koleksi duit lama mula bercambah dan setelah lebih 22 tahun, koleksi wang lama Md. Noor sangat mengagumkan.
Walaupun belum layak dijadikan muzium, tetapi melihat himpunan wang lama yang terhias di segenap sudut rumahnya, sedikit sebanyak menceritakan perkembangan sejarah mata wang di negara ini.
Md. Noor petah bercerita mengenai hobinya sambil menunjukkan wang kertas miliknya yang kebanyakannya disimpan rapi dalam album-album khas selain ada yang dibingkaikan manakala wang syiling pula disimpan di dalam bekas-bekas kaca.
Percaya atau tidak, duit syiling yang dipercayai digunakan ketika zaman kerajaan Majapahit iaitu sekitar 1526 juga terdapat dalam simpanan Md. Noor selain koleksi syiling ketika era pemerintahan Inggeris.
Turut ada dalam simpanannya ialah wang zaman pemerintahan Jepun yang juga dikenali sebagai duit 'pokok pisang' tertulis '1 dollar' dan '10 dollar' Jepun yang dikeluarkan untuk keperluan dalam negara pada zaman tersebut.
Md. Noor juga ada menyimpan wang kertas satu dolar Malaya Borneo dengan lambang kapal layar, 10 dolar Malaya British Borneo dengan gambar kerbau yang unik dengan gelaran 'wang hidup' kerana boleh melengkung dengan sendirinya jika diletakkan di permukaan rata.
Dia turut menyimpang mata wang negara lain termasuk Bhutan, Somalia, Bosnia Herzegovina, Afghanistan dan Timor Leste.
Ditanya mengenai kepuasan mengumpul duit lama, Md. Noor berkata, dia teruja melihat perubahan wang dari satu zaman ke satu zaman.
''Ia seolah-olah membawa kita melihat perubahan zaman. Kita dapat tahu bagaimana bentuk wang syiling bukanlah bulat seperti yang ada pada masa ini, ada yang berlubang di tengah dan ada yang bersegi-segi malah ada yang sebesar tapak tangan orang dewasa," ujarnya.
Selain itu katanya, hobi tersebut mengajarnya untuk mengenal erti hidup selain memahami bahawa wang bukanlah segala-galanya.
Bapa kepada lima anak itu menceritakan bagaimana dia pernah terlalu obses mengumpul wang dengan sanggup membeli koleksi daripada orang lain sehingga terlupa memberi duit dapur kepada isterinya, Habsah Man, 39.
''Tiba-tiba suatu hari isteri beritahu dia mengambil wang daripada koleksi simpanan saya untuk membeli barang dapur. Saya tak marah malah saya tergamam dan sedar bahawa saya sudah melakukan kesilapan yang tidak sepatutnya," katanya.
Peristiwa itu katanya, memberi pengajaran sangat bermakna kepada dirinya supaya tidak menjadi hamba duit.
''Sebab itu saya amat menghargai wang. Apabila melihat orang membuang duit satu sen, saya rasa sedih kerana mereka tidak sedar, duit itu walaupun sekecil mana nilainya mungkin boleh membantu kita satu hari nanti," katanya.
Dia turut menyimpan duit yang tidak lagi dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) seperti wang kertas RM20, RM500 dan RM1,000 serta syiling RM1 berkeris emas.
Terdapat dalam simpanan Md. Noor juga ialah himpunan wang-wang kertas pelbagai nilai yang tertera tandatangan Gabenor-gabenor BNM termasuk Tun Ismail Mohd. Ali, Tan Sri Abdul Aziz Taha, Tan Sri Jaffar Hussein, Tan Sri Ahmad Mohd. Don, Tan Sri Ali Abul Hassan dan Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz.
Ditanya bagaimana dia mendapatkan wang-wang lama itu, Md. Noor berkata, dia lazimnya akan bertukar-tukar dengan sahabat yang mempunyai minat yang sama, bertanya kepada orang-orang tua di kampung-kampung atau membelinya.
Md. Noor mengakui koleksinya belum lengkap dan tidak akan berhenti mencari.
''Saya berasa tidak puas selagi tidak melengkapkannya. Lagi susah mendapatkannya, lagi terasa mencabar dan itulah yang saya suka," katanya sambil memberitahu dia merujuk buku-buku keluaran BNM untuk mengetahui tentang wang-wang lama.
muin.sapidin@utusan.com.my,1/1/2011
Saturday, 1 March 2014
Syiling zaman besi ditemui
Pakar arkeologi, Neil Mahrer dari badan amanah bebas bertanggungjawab ke atas penemuan artifak, Jersey Heritage, memeriksa duit syiling yang ditemui di Jersey, Perancis, baru-baru ini. - Agensi
LONDON 27 Jun - Usaha selama 30 tahun oleh dua orang pencari harta karun akhirnya berbaloi dengan penemuan sejumlah besar wang syiling zaman besi yang dianggarkan bernilai kira-kira 10 juta pound (RM50 juta).
Penemuan syiling Celtic di ladang pertanian di Jersey oleh kedua-dua pencari harta tersebut, Reg Mead dan Richard Miles merupakan yang terbesar pernah berlaku dengan jumlah 30,000 hingga 50,000 keping syiling perak dan sekeping syiling emas.
Berat kesemua syiling terbabit dianggarkan mencecah satu tan dan setiap syiling mempunyai nilai sehingga 200 pound (RM995).
Syiling itu dipercayai ditanam kira-kira 2,000 tahun dahulu oleh puak Celtic yang dikenali sebagai Coriosolitae ketika tentera Roman pimpinan Julius Caesar menyerang Pulau Channel, kini terletak di utara Perancis.
Mead dan Miles memulakan pencarian harta tersebut selepas mendengar khabar angin mengenai seorang petani terjumpa syiling lama di kawasan terbabit.
Pasangan pencari itu menggunakan pengesan besi yang kuat dalam usaha mencari lebih banyak harta karun di kawasan terbabit.
Namun selepas melakukan pencarian besar-besaran, mereka hanya menemui 120 syiling pada Februari lalu.
"Pada minggu lalu, mesin pengesan itu menunjukkan petanda yang kuat dan kami dengan segera memaklumkan kepada ahli arkeologi profesional untuk membantu kami.
"Saya sangat terkejut penemuan ini kerana kami sudah mencarinya sejak 1959 dan tidak pernah menemui syiling yang banyak sebegini," kata Mead, yang turut merahsiakan lokasi sebenar penemuan itu. - AGENSI
Friday, 28 February 2014
Lokasi penemuan syiling lama berubah menjadi pesta
Fauziah Idris, 56, begitu tekun mencari syiling lama sebaik penemuannya di tebing Sungai Kelantan berhampiran Kampung Kubang Pak Amin, Pasir Mas, Kelantan, semalam. (Gambar kecil) Rudi Sufian Muhammad menunjukkan sebahagian syiling lama yang dijumpai di tebing Sungai Kelantan. - UTUSAN/Irwan Majid
PASIR MAS 25 Feb. - Penemuan syiling lama yang didakwa mempunyai hubung kait dengan sejarah kerajaan dahulu terus menarik minat orang ramai untuk mencari gali mata wang berkenaan di tebing Sungai Kelantan berhampiran Kampung Kubang Pak Amin dekat sini.
Tinjauan Utusan Malaysia di sini hari ini mendapati kira-kira 100 penduduk giat mencari bahan tinggalan sejarah itu, seolah-olah seperti satu pesta.
Malah, terdapat beberapa peniaga mengambil kesempatan mendirikan khemah dan gerai untuk menjual makanan ringan.
Seorang penduduk, Rudi Sufian Muhammad, 37, berkata, ini merupakan hari ketiga dia mencari duit syiling di kawasan berkenaan.
Menurutnya, sehingga hari ini dia berjaya mengumpul lebih 10 keping duit syiling yang dicari gali di kawasan tersebut.
"Saya mencari duit syiling ini selepas melihat orang ramai tidak putus-putus mengunjungi kawasan tebing sungai itu.
"Saya berhasrat untuk menjualnya, jika ada yang ingin membeli dengan harga berpatutan," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia.
Sementara itu, Mohammad Gandhi Che Kob berkata, dia yang kali pertama mengunjungi kawasan berkenaan menemui serpihan tempayan selepas 45 minit mencari gali di kawasan berkenaan.
"Saya sama sekali tidak menyangka kawasan ini dipenuhi sebegini ramai orang," ujarnya.
Monday, 24 February 2014
Saturday, 1 February 2014
Syiling zaman besi ditemui
Pakar arkeologi, Neil Mahrer dari badan amanah bebas bertanggungjawab ke atas penemuan artifak, Jersey Heritage, memeriksa duit syiling yang ditemui di Jersey, Perancis, baru-baru ini. - Agensi
LONDON 27 Jun - Usaha selama 30 tahun oleh dua orang pencari harta karun akhirnya berbaloi dengan penemuan sejumlah besar wang syiling zaman besi yang dianggarkan bernilai kira-kira 10 juta pound (RM50 juta).
Penemuan syiling Celtic di ladang pertanian di Jersey oleh kedua-dua pencari harta tersebut, Reg Mead dan Richard Miles merupakan yang terbesar pernah berlaku dengan jumlah 30,000 hingga 50,000 keping syiling perak dan sekeping syiling emas.
Berat kesemua syiling terbabit dianggarkan mencecah satu tan dan setiap syiling mempunyai nilai sehingga 200 pound (RM995).
Syiling itu dipercayai ditanam kira-kira 2,000 tahun dahulu oleh puak Celtic yang dikenali sebagai Coriosolitae ketika tentera Roman pimpinan Julius Caesar menyerang Pulau Channel, kini terletak di utara Perancis.
Mead dan Miles memulakan pencarian harta tersebut selepas mendengar khabar angin mengenai seorang petani terjumpa syiling lama di kawasan terbabit.
Pasangan pencari itu menggunakan pengesan besi yang kuat dalam usaha mencari lebih banyak harta karun di kawasan terbabit.
Namun selepas melakukan pencarian besar-besaran, mereka hanya menemui 120 syiling pada Februari lalu.
"Pada minggu lalu, mesin pengesan itu menunjukkan petanda yang kuat dan kami dengan segera memaklumkan kepada ahli arkeologi profesional untuk membantu kami.
"Saya sangat terkejut penemuan ini kerana kami sudah mencarinya sejak 1959 dan tidak pernah menemui syiling yang banyak sebegini," kata Mead, yang turut merahsiakan lokasi sebenar penemuan itu. - AGENSI
Sumber: http://www.utusan.com.my/28/06/2012
Monday, 30 December 2013
Pengeluaran Duit Syiling Peringatan Bersempena Dengan Ulang Tahun Angkatan Tentera Malaysia Ke-80
Bank Negara Malaysia mengeluarkan duit syiling peringatan bersempena dengan Ulang Tahun Angkatan Tentera Malaysia Ke-80. Kewujudan Angkatan Tentera Malaysia bermula dengan pembentukan Rejimen Askar Melayu pada 1 Mac 1933, yang kemudiannya dikenali sebagai Angkatan Tentera Malaysia berikutan pembentukan Malaysia pada 16 September 1963. Angkatan Tentera Malaysia telah berkembang sejak lapan dekad yang lalu daripada sebuah pasukan tentera kepada Angkatan Tentera Serba Lengkap dan Canggih (Full Spectrum Force)
Spesifikasi duit syiling peringatan ini adalah seperti yang berikut:
- Duit Syiling Peringatan Emas (pruf)Duit syiling pruf ini diperbuat daripada logam emas dengan ketulenan 999.9 dan berat setiap keping ialah 7.96 gram. Nilai muka duit syiling ini ialah RM100 dan harga jualannya RM1,800 sekeping. Sebanyak 500 keping sahaja ditempa.
- Duit Syiling Peringatan Perak (pruf)Duit syiling pruf ini diperbuat daripada logam Perak Sterling dengan ketulenan 92.5 dan berat setiap keping ialah 21.00 gram. Nilai muka duit syiling ini ialah RM10 dan harga jualannya RM150 sekeping. Sebanyak 1,000 keping sahaja ditempa.
- Duit Syiling Peringatan Emas NordicNilai muka duit syiling Emas Nordic ini ialah RM1 dan harga jualannya RM10 sekeping. Sebanyak 25,000 keping sahaja ditempa.
Kesemua duit syiling ini juga boleh didapati dalam set 3 dalam 1 dan set 2 dalam 1. Set 3 dalam 1 mengandungi duit syiling emas, perak dan emas nordic pruf. Set ini akan dijual pada harga RM2,000 dan hanya terdapat 500 set sahaja. Set 2 dalam 1 pula mengandungi duit syiling perak dan emas nordic pruf. Set ini akan dijual pada harga RM200 dan hanya terdapat 750 set sahaja. Butiran terperinci berkenaan spesifikasi kesemua duit syiling peringatan ini terdapat dalam Lampiran I.
Reka Bentuk Duit Syiling
Berikut ialah keterangan mengenai reka bentuk duit syiling peringatan tersebut:
- Bahagian Hadapan Duit SyilingReka bentuk duit syiling peringatan ini memaparkan ketiga-tiga bahagian Angkatan Tentera Malaysia, iaitu jet pejuang untuk mewakili Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), kereta kebal untuk mewakili Tentera Darat Malaysia (TDM), dan kapal selam untuk mewakili Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM). Perkataan “ULANG TAHUN KE-80 ANGKATAN TENTERA MALAYSIA” dipaparkan pada bahagian atas duit syiling manakala tahun “1933-2013” yang menunjukkan tempoh 80 tahun kewujudan Angkatan Tentera Malaysia dipaparkan pada bahagian bawah reka bentuk syiling.
- Bahagian Belakang Duit SyilingBahagian tengah duit syiling peringatan ini memaparkan logo Angkatan Tentera Malaysia. Perkataan “BANK NEGARA MALAYSIA” sebagai pihak berkuasa yang mengeluarkan duit syiling peringatan ini dipaparkan pada bahagian atas duit syiling manakala nilai muka syiling tertera pada bahagian bawah reka bentuk duit syiling tersebut.
Reka bentuk keseluruhan duit syiling peringatan ini terdapat dalam Lampiran II.
Lokasi Jualan
Duit syiling peringatan ini ditempa dan diedarkan oleh Bank Negara Malaysia dan akan mula dijual pada 23 Disember 2013 di Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia (MAG) di Sasana Kijang, Kuala Lumpur dan pejabat wilayah di Pulau Pinang dan Johor Bahru serta cawangan di Kuala Terengganu, Kota Kinabalu dan Kuching.
PENGELUARAN DUIT SYILING PERINGATAN
BERSEMPENA DENGAN ULANG TAHUN ANGKATAN TENTERA MALAYSIA KE-80
BERSEMPENA DENGAN ULANG TAHUN ANGKATAN TENTERA MALAYSIA KE-80
Spesifikasi Teknikal
Jenis Duit Syiling
|
Logam
|
Nilai Muka
(RM) |
Kuantiti Tempaan(keping/set)
|
Garis Pusat (mm)
|
Berat
(gram) |
Bentuk
|
Pruf Emas
|
Emas (Au999.9)
|
100
|
500
|
22.0
|
7.96
|
Bulat dengan
sisi bergerigi |
Pruf Perak
|
Perak (Ag92.5)
|
10
|
1,000
|
35.7
|
21.0
|
Bulat dengan
sisi bergerigi |
Emas Nordic
|
Cu89
Zn5 Al5 Sn1 |
1
|
25,000
|
30.0
|
8.5
|
Bulat dengan
sisi bergerigi |
Set
2-dalam-satu1 |
10 + 1
|
750
| ||||
Set
3-dalam-satu2 |
100 + 10 + 1
|
500
|
Nota:
1Set 2-dalam-satu mengandungi duit syiling pruf perak dan emas nordic.
2Set 3-dalam-satu mengandungi duit syiling pruf emas, perak dan emas nordic.
1Set 2-dalam-satu mengandungi duit syiling pruf perak dan emas nordic.
2Set 3-dalam-satu mengandungi duit syiling pruf emas, perak dan emas nordic.
Bank Negara Malaysia
20 Disember 2013
20 Disember 2013
Friday, 22 November 2013
Majlis Diskusi Numismatik
Assalamualaikum dan salam sejahtera....
Ini berita baik buat para peminat serta pengumpul Wang kertas lama dan duit syiling. Mari bersama kita memeriahkan Majlis Diskusi Numismatik yang akan berlangsung di Hotel Shahzan In Kuantan seperti yang tertera dibawah:-

Jom kita pakat gi ramai-ramai...
Thursday, 21 November 2013
Obses Duit Lama
Peminat mata wang lama berkongsi koleksi mereka dengan rakan-rakan
Meskipun segelintir masyarakat menyatakan ia tidak bernilai, namun sebaliknya bagi mereka yang obses terhadap syiling, wang kertas lama, setem mahupun surat pajak gadai mempunyai tanggapan yang berbeza. Malah, minat mendalam terhadap koleksi syiling lama seperti dari zaman
Kesultanan Melayu Melaka mahupun Kesultanan Acheh membuatkan golongan ini leka
mengumpul beratus koleksi yang disukai.
Peminat mata wang lama sanggup menghabiskan ribuan ringgit, malah adakala
mencecah jutaan ringgit semata-mata demi kegilaan ini meskipun ada yang
memandang sinis. Sehingga kini, pengumpul koleksi mata wang lama masih wujud dan dilihat kian
bertambah berikutan hobi ini dikatakan memberikan kepuasan.
Seminar Sepetang di Alam Numismatik di Hotel Seri Malaysia, baru-baru ini,
berlangsung penuh kejutan dan dramatik apabila menyaksikan peminat mata wang
lama berhimpun. Lebih menarik, apabila mereka seakan-akan berlawan antara satu sama lain untuk
mendapatkan beberapa koleksi mata wang lama yang dilelong dalam seminar itu. Apabila seorang peminat meletakkan harga untuk koleksi mata wang itu, muncul
pesaingnya yang turut berminat ke atas koleksi seperti lukisan mata wang lama,
syiling edisi khas Komanwel serta tampang.
Dari serendah RM3 hinggalah RM1,000, kelihatan mereka tidak kisah menghabiskan wang
untuk itu malah ada yang kelihatan sedih apabila tidak berjaya membida koleksi
mata wang diingini.
Simpan koleksi jarang ditemui
Bagi Ahmad Nasyruddin Ismail, dia tidak kisah membelanjakan wang demi minatnya
terhadap wang lama apabila menjadi pembida tertinggi dalam lelongan awam itu. Dia membida dua koleksi mata wang lama iaitu tampang Terengganu bersaiz kecil
dan sederhana bernilai RM600 dan RM1,000.
Walaupun berhabis wang ringgit demi memiliki koleksi itu, dia kelihatan gembira
apabila berpeluang membidanya daripada pesaing lain. Ahmad Nasyruddin yang tinggal di Perda, Pulau Pinang berkata, dia juga
menyimpan koleksi mata wang lama unik berbentuk binatang seperti buaya yang
jarang-jarang ditemui. Katanya, mata wang lama yang sudah buruk dan terjejas bentuknya, masih bernilai
tinggi apabila ia dijadikan hiasan seperti lukisan.
26 kelab peminat wang lama
Presiden Kelab Numismatik Malaysia, Datuk Sharuddin Yusof berkata, kegiatan
mengumpul mata wang lama seperti token, syiling mahupun wang lama (numismatik)
dalam kalangan penduduk semakin meningkat kebelakangan ini. Menurutnya, penambahan peminat wang lama yang melakukan aktiviti seperti
pameran, lelongan dan mengumpul berikutan kebanyakan penduduk mula menyedari
kepentingan warisan negara ini untuk generasi masa depan.
"Setakat ini, bilangan ahli tidak rasmi Numismatik Malaysia sudah mencapai
angka 52,826 orang bagi 2013 sahaja, malah ia dijangkakan bertambah sebanyak 5
peratus lagi menjadikannya sebanyak 55,467 pada tahun hadapan.
"Persatuan Numismatik Malaysia, Persatuan Numismatik Kesultanan Melayu
Malaysia (Masdinar) dan Kelab Warisan Malaysia merupakan antara pertubuhan bukan
kerajaan (NGO) yang membantu ke arah perkembangan bidang ini," katanya
kepada Sinar Harian.
Katanya, 26 kelab di laman sosial facebook seperti Kemaruk Duit Lama, Kedai
Hantu Duit, Malaysia Error & Variety, Lot Gila Duit, Wang Nombor
Cantik, Kedai Duit Error, Mata wang Kesultanan Johor dan Kelab Pengumpul Duit
Lama Antik & Rare sudah diwujudkan.
"Kegiatan mengumpul syiling lama tak kira sama ada kumpulan mata wang
kesultanan Melayu Nusantara mahupun lain tidak membazir, ia sebaliknya dilihat
mampu menjadi sumber pendapatan sampingan kepada peminatnya," katanya. Sumber: http://www.sinarharian.com.my/edisi/utara/obses-mata-wang-lama-1.222428
Friday, 6 September 2013
MNS Auction
Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia...
Persatuan Numismatik Malaysia akan mengadakan lelongan:-
Tarikh: 29 September 2013 (Ahad)
Tempat: Muzium Negara, Jalan Petalawati, Kuala Lumpur
Masa: 9.30 pagi
Untuk maklumat lebih lanjut,boleh layari blog Mr.Niew Dickson http://dniewcollectors.blogspot.com/2013/09/mns-auction-no157-lot26-to-lot-50.html
Wednesday, 4 September 2013
Hobi Mengumpul Duit Lama
BERAPAKAH jumlah yang anda sanggup bayar untuk memiliki sekeping
wang tinggalan zaman pentadbiran Negeri-Negeri Selat? RM10 atau RM100?
Bagaimana kalau harganya mencecah RM1.2 juta?
Bagi kebanyakan kita, nilai sebegitu tinggi tidak munasabah.
Bagaimanapun, bagi pengumpul
wang lama, kepuasan melengkapkan koleksi lebih diutamakan. Justeru, RM1.2
juta untuk sekeping wang keluaran 1911 yang memiliki nombor siri A000001 sangat
berbaloi.
Minat mengumpul
wang kertas dan duit syiling lama semakin subur di Malaysia berbanding
sekitar 1990an atau 1980an. Disebabkan sudah ramai pengumpul, mendapatkan
koleksi wang juga semakin sukar. Harganya juga meningkat setanding nilai mata wang
semasa.
Bagi pengumpul di Malaysia melengkapkan koleksi wang tempatan,
termasuk Brunei dan Borneo ketika zaman penjajahan Inggeris hingga kini adalah
satu kemestian. Dari situ, mereka akan melebarkan koleksi kepada wang negara
lain, misalnya mata wang Eropah zaman sebelum pengenalan Euro. Tidak kurang
juga yang mengumpul wang negara bermasalah seperti Afghanistan dan Iraq
selain negara miskin seperti Uganda atau Brazil kerana kos untuk memilikinya
sangat murah.
Pengumpul mata wang, Lawrence de Souza, berkata sebelum merdeka,
Malaysia atau Tanah Melayu menggunakan mata wang Dolar dan ia turut digunakan
di British Borneo merangkumi Sabah, Brunei dan Sarawak. Justeru, kata de Souza,
melengkapkan koleksi mata wang dolar bermula 1901 hingga 1967 adalah antara impian
besar pengumpul mata wang.
Pada 1901 hingga 1910, Tanah Melayu menggunakan mata wang dengan
imej Raja Edward Ketujuh. Ia kemudian bertukar kepada dolar dengan gambar
George V (1910-1936), George VI (1936-1952) dan Ratu Elizabeth (1952-1967). “Pada
1967 Malaysia memperkenalkan mata wang dikenali sebagai Siri Parlimen dan ia
kekal hingga 1988. Ketika itu, Malaysia memiliki wang kertas bernilai RM1,000 yang ditulis
sebagai “saribu”,” katanya.
Kata de Souza, nilai sekeping wang saribu yang berkeadaan baik
dan nombor siri menarik boleh mencecah hingga RM50,000. Bagaimanapun, dalam
koleksi wang kertas lama Malaysia, wang dengan nilai saribu itu paling susah
ditemui. Jika adapun, pemiliknya tidak akan menjualkannya kerana nilai
sentimental yang ada pada wang itu.
Sebenarnya, dalam menilai kegilaan mengumpul wang lama, nilai
muka tidak penting. Harga ditawar berdasarkan keadaan atau kualiti duit, tahun
dikeluarkan dan nombor siri duit berkenaan. Wang kertas RM2 yang berkeadaan
baik, misalnya boleh mencecah hingga ratusan ringgit. Apatah lagi jika ia edisi
khas, misalnya 10 keping RM2 yang tidak dipotong. Selain wang era Siri
Parlimen, wang zaman Negeri-Negeri Selat, Negeri-Negeri Bersekutu dan
Negeri-Negeri Tidak Bersekutu juga adalah antara yang popular. Duit syiling dan
syiling peringatan juga mendapat
permintaan tinggi. Duit syiling suku sen yang digunakan di Negeri-Negeri Selat,
misalnya boleh mencecah hingga RM150,000. Selain keunikannya, syiling ini
bersepuh emas. Duit syiling setengah sen dan satu sen keluaran 1891 juga boleh
mencecah nilai sama.
“Ada banyak sebab orang mengumpul wang lama. Mungkin keasyikan
melengkapkan koleksi atau mungkin bermula dengan suka-suka tetapi akhirnya
ketagih,” katanya. Bagi de Souza, dia mula mengumpul wang lama sejak remaja
tetapi minatnya semakin bertambah apabila bertugas di bank komersial. Hari ini
sebagai pesara bank, dia memiliki banyak koleksi wang lama terutama pada era
pemerintahan Inggeris. “Mengumpulkan wang lama pada hari ini tidak lagi seperti
dulu kerana dulu jumlah pengumpul sedikit, manakala wang lama yang ada di
pasaran banyak. Hari ini sebaliknya,” katanya.
Selain membeli di kedai menjual mata wang lama, de Souza
melengkapkan koleksinya dengan menghadiri lelongan wang lama yang dianjurkan
Persatuan Numismatik Malaysia. Ada kala, jika acara lelongan itu tidak
menemukannya dengan mata wang yang dicari, de Souza seperti pengumpul wang lama
akan mencarinya pada acara lelongan mata wang lama di luar negara seperti di
Hong Kong.
Pengumpul mata wang dengan modal besar pula boleh mendapatkan
mata wang yang dikehendaki dengan membelinya melalui ejen mata wang yang
berkhidmat secara bebas. Mereka biasanya warga asing yang mahir dalam selok
belok urusan mata wang.
Walaupun dianggap sebagai hobi yang mahal bagi sesetengah orang,
hobi mengumpul mata wang lama sebenarnya banyak bergantung kepada keadaan
kewangan individu. Ini kerana walaupun ada wang lama yang boleh mencecah nilai
hingga ratusan dan jutaan ringgit, ada juga wang yang boleh dibeli pada harga
RM3 saja.
Lebih istimewa, seni pembuatan wang itu sendiri berbeza walaupun
datang dari negara sama selaras dengan perkembangan budaya dan kemajuan negara
berkenaan. Sesebuah negara, misalnya menukar mata wang yang digunakan lebih
daripada sekali dalam masa 10 tahun. Semua ini dilakukan bagi memantapkan lagi
mekanisme keselamatannya, selain perkembangan semasa yang menuntutnya berbuat
demikian.
Banjir naikkan nilai syiling 10 sen 1971
APA yang membuatkan sekeping wang lama boleh mencecah hingga
ratusan ringgit? Pengumpul dan pekerja kedai menjual mata wang lama, Tan Meng
Fong, berkata antara faktor yang membuatkan wang lama bernilai tinggi ialah
keadaannya yang masih baik, tidak berlipat, jauh sekali terkoyak. “Ada juga
wang lama sedikit terjejas, misalnya berlipat tetapi hanya satu lipatan. Dengan
satu lipatan pun, ia berupaya menurunkan nilainya,” katanya.
Kata Tan, satu lipatan pada wang boleh menjejaskan sehingga 50
peratus nilainya. Justeru, harganya akan terus menurun jika wang itu memiliki
dua atau tiga lipatan. “Pengumpul jarang memilih wang yang dilipat lebih dari
sekali melainkan ia benar-benar sukar diperoleh. Namun, harganya tidak semahal
harga wang sama tetapi masih elok,” katanya.
Selain kualiti, wang yang dihasilkan dalam jumlah yang terhad
juga melonjakkan harga. Misalnya, duit syiling keluaran 1971 memiliki nilai
tinggi di kalangan pengumpul kerana ditempa di Jerman Barat. Duit syiling itu
adalah duit syiling Malaysia yang terakhir ditempa di luar negara. Pada tahun
sama, sebahagian duit syiling ditempa di kilang wang Bank Negara Malaysia di
Shah Alam.
Bagaimanapun, penempaannya terhad kepada syiling 10 sen saja. Banjir besar yang melanda Selangor dan Kuala
Lumpur menjejaskan operasi penempaan apabila limpahan banjir masuk ke dalam
mesin pencetak. Kejadian itu menyebabkan hanya 32,000 keping sempat ditempa.
Jumlah yang sedikit melonjakkan permintaannya. Kata Tan, sekeping duit syiling
10 sen yang dikeluarkan pada 1971 boleh mencecah harga RM2,500.
“Syiling peringatan juga memiliki peminat tersendiri. Lebih
ramai peminat, lebih tinggi nilainya. Wang syiling peringatan RM5 boleh
bernilai RM1,800,” katanya. Faktor sukar diperoleh juga meningkatkan nilai wang
berkenaan. Bagi wang kertas Malaysia atau Tanah Melayu dan Negeri-Negeri Selat,
keluaran terhad menyumbang kepada nilainya.
Adakala edisi wang terhad disebabkan perkhidmatan Gabenor Bank
Negara yang singkat melonjakkan harga wang lama. Misalnya, untuk 1981 hingga
1984, Bank Negara Malaysia diterajui Tan Sri Aziz Taha. Dalam tempoh tiga tahun
menjadi Gabenor Bank Negara, Aziz menandatangani dua siri wang kertas Malaysia
(siri 4 dan siri 5). Faktor ini menjadikan nilai wang kertas pada era Aziz
sangat mahal.
Apatah lagi jika wang itu memiliki nombor siri berturutan atau
berlaku kesilapan pencetakan pada permukaannya. Wang dengan nombor siri yang
tersusun cantik juga sangat mahal. Untuk sekeping wang kertas RM50 era Gabenor
Bank Negara, Tan Sri Ahmad Don misalnya, ia boleh mencecah hingga RM1,000.
Wang dengan nombor siri bersusun, tiga, lapan dan sembilan
mencecah RM1,000 sekeping, manakala wang dengan nombor siri BB888888 boleh
mencecah 10,000. Namun, urutan siri nombor empat tidak popular di kalangan
pengumpul bangsa Cina. Ia hanya dibeli pengumpul Melayu atau India. Nilainya pula
berlegar sekitar RM400 saja.
Nilai wang lama juga dipengaruhi oleh nilai mata wang semasa
negara berkenaan. Sebagai contoh, wang kertas lama negara seperti Britain dan
New Zealand serta wang negara Eropah sangat tinggi nilainya berbanding wang kertas
dari Iraq atau Afghanistan. Satu set wang Jerman sebelum pengenalan Euro boleh
mencecah hingga RM12,000, manakala wang kertas era Saddam Hussein atau wang
kertas era Taliban boleh dibeli pada harga RM3 saja. Termasuk dalam kategori
wang murah ini ialah wang kertas Kemboja keluaran 1972, wang Brazil keluaran
1980 dan mata wang Guyana dari 1966-1992. Sumber: bharian.com.my, 22/11/2009
Gigih kumpul duit lama
Koleksi wang kertas milik Azza yang
masih tersimpan rapi hingga kini.
"Satu saja permintaan nenek, jaga koleksi syiling ini dengan
baik.
"Kalau boleh, teruskan usaha mengumpulnya kerana hobi menyimpan duit lama ini sangat baik untuk tempoh jangka panjang kerana ia akan bernilai lebih tinggi lagi berdasarkan keistimewaan duit berkenaan," pesan arwah Halimah Darus yang panjang lebar kepada cucunya, Fathimah Azzahra Ahmad (Azza), 27. Memandangkan arwah meninggal dunia akibat serangan jantung ketika Azza berada di bangku sekolah rendah, ibunya, Malini Hassan bertanggungjawab meneruskan legasi mengumpul syiling dan wang lama ini pada waktu itu.

"Waktu dulu, tiap-tiap hari arwah pesan supaya tidak putus asa mengumpul
koleksi berharga ini. Ia umpama warisan turun-temurun yang harus dikekalkan
sehingga ke anak cucu. "Ketika arwah bagi pesanan, saya tidak menyangka bahawa itu petanda dia
akan pergi untuk selama-lamanya.
"Bagaimanapun, sebagai hamba ALLAH, saya reda dengan pemergian arwah dan bertekad akan merealisasikan apa yang dimahukan oleh arwah nenek," kata Azza kepada penulis.
Cerita Azza, koleksi arwah neneknya itu kini tersimpan rapi di bawah jagaannya bersama ibunya. Sebahagian koleksi syiling dan wang lama nenek Azza datangnya dari zaman sebelum Merdeka lagi. Ada juga koleksinya terdiri daripada beberapa negara antaranya Thailand, Singapura dan Indonesia.
"Memandangkan koleksi arwah boleh dikatakan datangnya dari seluruh dunia, pernah juga saya bertanyakan padanya kenapa hobi sebegini yang disukai.
"Arwah dengan tenang menyatakan hobi tersebut unik buatnya dan ia datang secara sendiri dan sangat menguntungkan. Hobi itu juga memberi kepuasan kepada dirinya yang sanggup menyimpan duit lama walau berdepan banyak cabaran," ujarnya.
Dia memberitahu, antara koleksi arwah yang paling disayangi adalah syiling lama lima sen yang ditemui dalam perut itik.
Tarik perhatian
Anak sulung daripada empat beradik itu berkata, minat mengumpul syiling dan wang lama sememangnya telah tercetus sejak dari kecil lagi. Mungkin disebabkan telah didedahkan dengan koleksi itu oleh arwah, maka Azza amat menghargai dan menyayangi segala macam barangan lama.
Walaupun koleksi arwah sudah banyak, namun pencarian syiling dan wang lama masih tetap diteruskan oleh jururawat muda ini. Dia mahu merasai bagaimana susahnya mencari dan mendapatkan barang lama itu.
"Memang susah jika kita tidak tahu di mana harus dapatkan koleksi antik sebegini, tetapi jika ada usaha pasti semua itu tiada masalah," ujarnya.
Dia memberitahu sebahagian besar wang kertas lama berjaya diperoleh hasil daripada pencariannya dan pemberian daripada saudara-mara.
"Wang RM1 tandatangan Gabenor Bank Negara kedua, Tun Ismail Mohamed Ali (Julai 1962 – Julai 1980) dan wang RM1 tandatangan Gabenor Bank Negara ketiga, Tan Sri Abdul Aziz Taha (Julai 1980 – Jun 1985) berjaya diperoleh hasil usaha gigih mencarinya.
"Mata wang Indonesia bernilai seratus rupiah dan seribu rupiah juga ada disimpan. Ada beberapa lagi koleksi mata wang lama dan semua ini amat saya sayangi.
"Mungkin satu hari nanti saya akan pamerkan koleksi sebegini untuk penggemar syiling dan wang kertas lama bagi tujuan perkongsian minat," katanya. Isteri kepada Mohamad Firdaus Ahmad Zaki ini memberitahu, syiling lama RM1 antara yang menarik perhatian saudara mara dan rakan. Memandangkan kini syiling RM1 sudah diganti dengan wang kertas RM1, maka ramailah yang berkehendakkan syiling tersebut.
"Mereka mahukannya kerana syiling tersebut sukar ditemui kini. Ada pula beritahu banyak kenangan indah pada syiling itu dan sanggup buat apa saja asalkan memperolehnya. "Mendengarkan sebab musabab mereka, ada kalanya timbul perasaan simpati. Apa yang boleh saya lakukan, mempamerkannya dan berkongsi cerita cara bagaimana memperoleh syiling tersebut. Itu saja," jelas Azza.
Koleksi berharga
Barang lama ini sangat unik dan mempunyai estetika yang tersendiri. Ia perlu dijaga dan dihargai sebaik mungkin supaya anak bangsa kita kelak akan dapat melihat apa yang digunakan oleh masyarakat terdahulu, beritahu Azza.
Menurutnya, mengumpul koleksi ini sebenarnya tidak memerlukan masa tertentu kerana jika terjumpa syiling yang dirasakan unik dan menarik, dia akan terus menyimpannya di dalam bekas simpanan syiling dan juga album khas.
Cerita ibu Fareesa Auni Nasuha yang baru berusia setahun sembilan bulan ini lagi, cabaran mengumpul koleksi syiling dan wang lama pada waktu dulu tidaklah sehebat cabaran yang dihadapinya kini."Kini agak sukar untuk peroleh syiling lama sebab masyarakat kini sudah pandai menghargai barang lama ini.
"Justeru, saya cuma teruskan dengan mengumpul syiling yang ada pada masa sekarang dan jika terjumpa syiling lama, itu satu bonus," katanya.
Dalam perkembangan lain, Azza turut memiliki hobi sampingan iaitu gemar membaca dan mengumpul apa saja jenis majalah. Hobinya yang suka membaca menyebabkan ratusan majalah dikumpulkan. Kebanyakan pilihan bahan bacaannya bersesuaian dengan gaya hidup dan peringkat umur.
"Koleksi majalah saya disimpan di rumah sendiri dan di kampung, Kedah. "Ada kalangan rakan mencadangkan agar dijual majalah lama, namun saya enggan kerana setiap majalah yang dibeli ada kenangan menarik untuk dikongsi dengan suami, anak dan kaum keluarga lain," kata Azza. Sumber: Roshlawaty Raieh, sinarharian.com.my,26/7/2012

Kumpul wang lama bernilai RM400,675
SHARUDDIN Yusof menunjukkan koleksi
kesayangannya, Pohon Pitih Terengganu dari zaman pemerintahan Sultan Sulaiman
Badrul Alam Shah bernilai RM15,000 di Bandar Tun Abdul Razak, Jengka, Kuala
Krau, baru-baru ini.
KUALA KRAU 4 Julai - Minat mendalam
seorang usahawan, Datuk Sharuddin Yusof, 54, dari Bandar Tun Abdul Razak,
Jengka di sini mengumpul duit lama dari seluruh dunia ternyata membuahkan hasil
lumayan. Ini apabila nilai keseluruhan koleksi mata wang lama pelbagai
negara beliau yang dikenali 'Sha Banknote' kini mencecah RM400,675.
Koleksi milik Sharuddin ini terdiri daripada mata wang
Malaysia bermula tahun 1971 hingga 2011 yang kini bernilai RM100,656, duit
syiling Malaysia (RM24,030), Banknote Strait Settlement (RM84,000), mata wang
Very Rare (RM154,611), mata wang Errow RM22 dan mata wang luar negara bernilai
RM15,000.
Sharuddin anak kelahiran Kampung Bukit Nikmat, Jerantut mula
menyimpan duit syiling dan wang kertas pada tahun 1973. Menurutnya, minat itu bercambah berikutan bapanya membuka
kedai runcit dan turut berurus niaga getah dengan orang kampung. Dari situ ujarnya, mana-mana duit syiling dan wang kertas
yang baru dan menarik akan disimpan di tempat khas.
''Pada masa sama, saya juga menyimpan duit pada zaman
pemerintahan Inggeris dan Jepun tahun 1950-an. Hobi yang unik seperti ini
datang secara sendiri dan sangat menguntungkan, malah memberi kepuasan kepada
diri yang sanggup menyimpan duit lama," katanya ketika ditemui baru-baru
ini.
Tambah beliau, nilai duit lama mempunyai harga yang lebih
tinggi daripada nilai muka yang tertulis. Ia boleh dikenal pasti menerusi buku
rujukan wang. ''Ini boleh dijadikan rujukan semasa membeli ataupun menjual
duit lama. Contoh duit UNC dan Rare berwarna emas, harganya boleh mencecah
RM500," katanya.
Menurutnya, mata wang lama dalam koleksinya ialah wang
Straits Settlements 1931-1935 yang bernilai antara RM250 sehingga RM12,000. Sebagai contoh kata Sharuddin, wang kertas Ten Dollars
Straits Settements yang dikeluarkan tahun 1935 bernilai RM5,800 sekeping dan
nilai tertinggi ialah wang Fifty Dollars Queen Malaya British tahun 1953
bernilai RM12,000 sekeping. Tambahnya, mata wang Five Dollars Straits Settlements tahun
1935 siri Rex Curral bernilai RM5,500 sekeping manakala Ten Cents Sarawak tahun
1940 siri CV Brooke bernilai RM1,500.
''Jenis mata wang Ten Dollars King Malaya British tahun 1940
siri H. Weisberg pula bernilai RM6,000 dan 50 Dollars King Malaya British
bernilai RM8,000," ujarnya. Menurut beliau, koleksi kesayangan lain ialah duit Proof RM1
yang ditandatangan Gabenor Bank Negara kedua, Tun Ismail Mohamed Ali keluaran
tahun 1976 siri tiga bernilai RM8,000 manakala duit contoh RM1 tandatangan
Gabenor Bank Negara ketujuh, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz tahun 2000 siri 11
bernilai RM8,800.
''Duit contoh atau specimen RM5 tandatangan Gabenor Bank Negara
keempat, Tan Sri Jaffar Hussein siri lapan bernilai RM9,800 di pasaran yang
mendapat permintaan tinggi peminat mata wang lama," katanya. Sharuddin mengakui antara koleksi kesayangan ialah Pohon
Pitih Terengganu zaman pemerintahan Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah bernilai
RM15,000. Menurutnya, ramai yang tidak peka bahawa duit 10 sen keluaran
1971 kini bernilai RM500 sekeping.
Tambah beliau, koleksi lain ialah wang RM2 Gabenor Bank
Negara keenam, Tan Sri Ali Abul Hassan Sulaiman tahun 1999 bernilai RM2,500,
RM1 Ismail bernilai RM2,650 dan RM5 keluaran tahun 1995 bernilai RM3,456. ''Banyak lagi koleksi mata wang lama ini dalam simpanan saya
dan ia akan dipamerkan secara terhad kepada penggemar bagi tujuan berkongsi
minat, jualan dan belian duit lama," katanya.
Tambah beliau, hobi mengumpul koleksi mata wang ini tidak
dikongsi ramai tetapi usaha menyuburkan minat seperti ini perlu dilakukan. Katanya, hobi menyimpan duit lama ini sangat baik kerana
dalam jangka panjang ia akan bernilai lebih tinggi lagi berdasarkan
keistimewaan duit berkenaan. Sumber: Salehudin Mat Rasad, utusanpahang@utusan.com.my,5/7/2012
Subscribe to:
Posts (Atom)
Labels
- Segmen-Giveaway (34)
- Berita Numismatik (23)
- Koleksi wang kertas keluaran Lembaga Suruhanjaya Matawang Malaya (9)
- Koleksi Syiling Malaya And British Borneo Queen Elizabeth II (8)
- Gabenor-Gabenor Bank Negara (1959-Kini) (7)
- Koleksi wang kertas keluaran Lembaga Suruhanjaya Matawang Malaya & British Borneo (7)
- Sejarah Wang Kertas Jepun di Tanah Melayu (1942-1945) (7)
- Syiling (7)
- Wang Kertas Tan Sri Abdul Aziz Bin Haji Taha (7)
- Wang Kertas Tan Sri Dato' Jaffar Bin Hussein (7)
- Muzium (6)
- Wang Kertas Tan Sri Dato' Ahmad Mohd. Don (6)
- Wang Kertas Tan Sri Dato' Sri Dr.Zeti Aziz Akhtar Aziz (6)
- Syiling Peringatan (Commemorative coins) (5)
- Wang Kertas Tan Sri Dato' Seri Ali Abul Hassan (5)
- Wang Kertas Tan Sri Ismail bin Mohd. Ali (5)
- Koleksi Syiling Malaya King George VI (4)
- Koleksi Syiling Straits Settlements King George V (4)
- Wang kertas Bercantum (Uncut Banknotes) (4)
- Coupons (3)
- Kedai Online (3)
- Tips/Panduan (3)
- Wang Kertas Peringatan (3)
- Sejarah Wang Kertas Malaysia (1967-terkini) (2)
- Syiling North Borneo (2)
- Bank Negara Malaysia (1)
- Dirham (1)
- Koleksi Wang Kertas Luar Negara (1)
- Koleksi wang kertas Straits Settlement (1)
- Maal Hijrah 1435H (1)
- Pencipta Mesin Wang Pengeluar Automatik (ATM) (1)
- Sarawak (1)
- Sejarah -Bendera Malaysia (1)
- Sejarah Duit Negeri-Negeri Selat (1904-1939) (1)
- Sejarah Wang Kertas Malaya & British Borneo (1952-1963) (1)
- Syiling Luar Negara (1)