This blog is to share the interesting and beneficial hobbies such as collection of coins, banknotes, stamps, coupons, key chains,fridge magnet

Wednesday 11 December 2013

Rancangan Malaysia Kelima 1986-1990

Duit syiling Peringatan adalah syiling yang ditempa dan dikeluarkan bagi memperingati sesuatu peristiwa, acara, tokoh atau isu-isu penting. Syiling ini ditempa dengan pelbagai variasi yang menarik menggunakan logam emas, perak atau nordic gold. Ada juga syiling ini ditempa secara peruf. Syiling yang ditempa menggunakan emas atau perak biasanya didatangkan dengan kotak serta sijil yang menarik dengan harga yang lebih tinggi berbanding dengan syiling peringatan yang ditempa menggunakan nordic gold. Syiling peringatan yang menggunakan nordic gold selalunya dikeluarkan dalam bentuk coin-card berwarna warni dengan nilai muka serta harganya yang lebih murah.

 Muka Hadapan

Muka Belakang

Duit diatas merupakan syiling peringatan yang dilancarkankan oleh Bank Negara Malaysia bersempena Rancangan Malaysia Kelima 1986-1990 pada 30 Ogos 1986. Ia dilancarkan oleh Y.A.B Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad iaitu Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu. Tiga jenis duit syiling peringatan yang sah diperlakukan (legal tender) dikeluarkan  menggunakan logam emas, perak dan tembaga nikel. Ia dikeluarkan dalam  bentuk  peruf dan bukan peruf.

Duit syiling peringatan yang ada dalam koleksi NH adalah duit syiling peringatan tembaga-nikel. Ia diperbuat daripada tembaga dan nikel dengan beratnya 16.85g, diameter 33.35mm serta ketebalan 2.41mm. Syiling peringatan ini mempunyai nilai muka $1 yang didatangkan dengan 2 bentuk iaitu peruf dan bukan peruf. Bagi syiling peruf ia didatangkan dengan bekas baldu biru Bank Negara Malaysia dengan kuantiti tempaan yang terhad iaitu 8,000 keping sahaja. Manakala syiling bukan peruf pula, kuantiti tempaan adalah 1,000,000 keping. Kesemua syiling ini ditempa di Singapore Mint.

Rekabentuk duit syiling peringatan ini dibahagian hadapan tertera perkataan "RANCANGAN MALAYSIA KELIMA" serta tahun "1986-1990" di bahagian bawah syiling. Sementara di bahagian tengah pula memaparkan imej-imej yang menggambarkan kemajuan negara khususnya dalam sektor pertanian. Manakala di muka belakang terdapat perkataan "BANK NEGARA MALAYSIA" yang diletakkan disebelah atas syiling. Di bahagian tengah diletakkan "Jata Negara" dan di bahagian bawah syiling terdapat nilai muka "$1". Sumber: Malaysia, Brunei & Singapore, Banknotes & Coins, K.N.Boon.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...