This blog is to share the interesting and beneficial hobbies such as collection of coins, banknotes, stamps, coupons, key chains,fridge magnet

Monday, 11 November 2013

The Maritime Experiential Museum, Singapore

The Maritime Experiential Museum terletak di Pulau Sentosa, Singapura berhampiran dengan Universal Studios Singapore (USS). Muzium ini merupakan muzium pertama serta satu-satunya di dunia yang menampilkan lebih 400 artifak peninggalan sejarah Singapura sebagai tempat pelabuhan perdagangan. Pelabuhan Singapura adalah salah sebuah daripada lima pelabuhan yang tersibuk di dunia. Ia juga turut memaparkan tentang perjalanan sejarah, pengetahuan serta wawasan mengenai maritim. Sumber: http://www.yoursingapore.com

Di sini kita dapat menyaksikan replika kapal harta Laksamana Zheng He (Bao Chuan) yang dilantik oleh Maharaja Ming Zhu untuk memimpin 300 buah kapal serta 28,000 orang anak kapal untuk meneroka laut bagi pihak Dinasti Ming. Muzium ini dibuka setiap hari Isnin sehingga Khamis dari jam 10.00 pagi hingga 7.00 malam. Manakala Jumaat hingga Ahad dibuka pada pukul 10.00 pagi hingga 9.00 malam. 


Patung Buddha

Seramik ( Porselin )

Seramik atau dalam bahasa Yunani disebut sebagai "Ceramos" bererti benda yang diperbuat daripada tanah liat. Berdasarkan kepada pengertian tersebut kesemua benda yang dihasilkan dari tanah liat, kemudian dibakar dengan kadar suhu yang tertentu dikategorikan sebagai Seramik. Kadangkala istilah seramik ini juga disebut sebagai tembikar.

Porselin atau lebih dikenali sebagai Seramik adalah tanah liat yang dibakar  pada kadar suhu 1250 darjah celcius tetapi tidak melebihi 1350 darjah celcius. Bahan asas porselin ini terdiri daripada dua jenis material iaitu tanah liat putih (petuntse) atau kaolin (honey) dan  mineral felspar. Kaolin hanya akan lebur pada suhu pembakaran yang tinggi sedangkan mineral felspar pula berasal dari batu granit yang telah lama. Porselin ini juga bersifat tidak poros dan dapat menembusi cahaya. Sumber: Asyaari Muhamad, Seramik Purba yang diperdagangkan di Semenanjung Malaysia,Sari-International Journal Of The Malay World And Civilisation 28(1)(2010):3-40


Antara artifak yang berada dalam bahtera

Tembikar yang diliputi cengkerang

Celadon

Celadon merupakan seramik yang dibakar pada suhu yang lebih tinggi sedikit dari tembikar tanah tetapi kurang daripada porselin dan disalut dengan cecair berwarna hijau kebiruan (glais).

Celadon bersama batu karang



Stoneware

Stoneware atau tembikar batu adalah seramik yang dibakar pada kadar suhu antara 1150˚ Celsius hingga 1300˚ Celsius. Ia bersifat tidak poros dan tidak tembus cahaya. Bahan asas yang digunakan untuk menghasilkan tembikar batu ini ialah tanah liat yang bersifat silika atau berkaca. Sumber: Asyaari Muhamad, Seramik Purba yang diperdagangkan di Semenanjung Malaysia,Sari-International Journal Of The Malay World And Civilisation 28(1)(2010):3-40

Alat Muzik turut di pamerkan


Antara diorama yang dipamerkan



Sunday, 10 November 2013

5 Cents 1961 Queen Elizabeth II



Spesifikasi Teknikal:-
Denominasi: 5 Cents
Raja/Gabenor: Queen Elizabeth II
Tahun: 1961
Mintage: 95,000,000
Berat: 1.41g
Diameter: 16.2mm
Edge: Milled
Shape: Round
Metal: Cooper-Nickel
Muka Hadapan: Potret Queen Elizabeth serta inskripsi "QUEEN ELIZABETH THE SECOND"
Muka Belakang: "MALAYA AND BRITISH BORNEO", "5", "CENTS" dan "1961"

Saturday, 9 November 2013

Muzium Sultan Abu Bakar, Pekan, Pahang

Bangunan lama

Bangunan sekarang

Muzium Sultan Abu Bakar merupakan sebuah muzium yang terletak di Pekan, Pahang.  Muzium ini mempamerkan barang-barang antik serta berharga termasuk  barang-barang China kuno yang diperbuat daripada kaca dan tembikar, serta barang-barang yang berkaitan dengan sejarah semula jadi, arkeologi, etologi, raja serta kebudayaan Negeri Pahang.

Sejarah Pahang, khususnya yang berkenaan dengan raja-raja kunonya, didokumentasikan dengan baik dalam muzium ini. Pada asalnya bangunan muzium ini adalah tempat kediaman Residen British yang pertama di Pahang dan bertarikh 1880-an. Bangunan ini pernah digunakan sebagai ibu pejabat Angkatan Tentera Jepun semasa pendudukan Jepun dan kemudiannya sebagai Istana rasmi al-Marhum Sultan Abu Bakar.

 Muzium  ini mengandungi lima bahagian iaitu:-
  1.  Istana Kota Beram - Sejarah Kesultanan Melayu Pahang, Wanita-wanita Istana, Peralatan Istiadat, Sejarah Istana Kota Beram
  2.  Inderapura - Galeri Arkeologi dan Orang Asli, Orang Asli di Malaysia, Orang Asli di Pahang (Budaya, Senjata, Senibina Rumah, Pengangkutan), Arkeologi negeri Pahang (Zaman Prasejarah, Protosejarah), Pekan Bandar Diraja.
  3.  Balairung Seri - Galeri Fesyen dan Tekstil, Tenun Pahang Diraja
  4. Bunga Pekan (Tingkat atas) - Galeri Budaya dan Kesenian Pantai Timur (Permainan Traditional, Mak Yong, Seni Persembahan Melayu, Wayang Kulit, Ukiran kayu & Batik)
  5. Balai Tun Teja (Tingkat Bawah) - Galeri Seramaik China dan Galeri Seramik Jepun

Meriam 

Sejarah Mata Wang Pahang 

Koleksi Wang Kertas

Syiling lama turut di pamerkan

Wanita-wanita Istana

Kesultanan Melayu Pahang

Kukur Kelapa

Ukiran Kayu

Barangan Tembaga

Tenun Pahang

Seramik

Alat Muzik Traditional

Kesenian dan kebudayaan

Kereta Bomba

Kenderaan D.Y.M.M Sultan Pahang
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...