This blog is to share the interesting and beneficial hobbies such as collection of coins, banknotes, stamps, coupons, key chains,fridge magnet

Sunday 29 September 2013

10 Cents Sarawak 1940

Sebelum tahun 1900 duit syiling awal Negeri Sarawak tidak melebihi 1 sen. Pada tahun 1800 wang kertas jenis 5 dan 10 dolar telah pun diperkenalkan serta dimasukkan dalam edaran oleh Bendahari. Wang kertas berkenaan boleh ditukarkan dengan peso perak Mexico sebelum dolar negeri-negeri Selat diperkenalkan pada tahun 1903.

Kerajaan telah mengeluarkan wang kertas bagi mengatasi masalah pengurangan import dolar perak pada tahun 1900. Wang kertas yang dikeluarkan oleh Bendahari termasuklah jenis nilai 1, 5, 10, 25 dan 50 dolar. Wang kertas Darurat (Emergency Issues) juga telah dikeluarkan oleh kerajaan semasa Darurat. Wang-wang kertas ini hanya dikeluarkan semasa pemerintahan Rajah Charles Vyner Brooke (1917-1946) sehinggalah penaklukan tentera Jepun (1941-1945).


Muka Hadapan

Duit ini dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri Sarawak pada 1 Ogos 1940 yang bernilai 10 cents. Ia mempunyai 3 siri prefix iaitu A, B dan C. Koleksi NH hanya mempunyai prefix A sahaja (A 594882). 10 cents Sarawak ini berukuran 120mm x 79mm. Wang ini juga dikategorikan dalam edaran nota kecemasan atau "Emergency Issues". Ia direka dan dicetak oleh Jabatan Penyiasatan Persekutuan Tanah Melayu (The Survey Department of Federated Malay States). Di bahagian hadapan wang kertas ini tertera potret Rajah Charles Vyner Brooke disebelah kanan. Manakala di sebelah kiri pula terdapat tera air (watermarks) iaitu huruf terjalin S, D dan M yang membawa maksud Jabatan Ukur Malaya. Wang ini juga mempunyai warna merah, hijau, biru dan oren di atas kertas putih dengan nombor siri yang berwarna hitam (A 594882).

Selain itu di bahagian hadapan wang ini juga tertera "THE GOVERNMENT OF SARAWAK", "PROMISES TO PAY THE BEARER ON DEMAND AT KUCHING","TEN CENTS", "LOCAL CURRENCY FOR VALUE RECEIVED" di dalam sempadan corak (pattern border). Sementara nilai dalam perkataan dan angka di sebelah kanan wang tersebut. Mengikut buku K.N.Boon wang ini bernilai RM400 untuk keadaan very fine (VF). Rujukan: KNB26a 10 Cents Printer The Survey Dept F.M.S Letter "A" 1/8/1940, hlm 249.

Bahagian Belakang note yang kosong


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...