This blog is to share the interesting and beneficial hobbies such as collection of coins, banknotes, stamps, coupons, key chains,fridge magnet

Friday 8 November 2013

1 Cent 1962 Queen Elizabeth II


Muka Hadapan

Muka Belakang

Duit syiling 1 Cent Malaya & British Borneo di atas dikeluarkan pada tahun 1962 iaitu sebelum pembentukan Persekutuan Malaysia 1963. Ia dikeluarkan sebanyak 45,000,000 keping sahaja. Duit syiling ini berdiameter 17.7m dan beratnya ialah 1.94g. Syiling ini ditempa di Royal Mint, London. Di bahagian hadapan duit syiling ini terdapat dua bilah keris melayu yang bersilang. Manakala di bahagian belakang syiling ini pula tertera  perkataan "MALAYA AND BRITISH BORNEO", "1 CENT" serta "1962".  Pada 16 Jun 1969 Matawang Malaya & British Borneo telah dimansuhkan. Selepas itu mata wang Malaysia diperlakukan sepenuhnya.  Duit syiling ini merupakan rekabentuk yang terakhir Tanah Melayu ketika itu yang kemudiannya ditukar kepada syiling Malaysia siri pertama yang bermula pada tahun 1967 sehingga tahun 1988.

2 comments:

  1. dapat kumpul barangan lama yang berharga best jugakkan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang besst sggtt..hanya jauhari mengenal manikam...Terima kasih atas kunjungan...

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...