This blog is to share the interesting and beneficial hobbies such as collection of coins, banknotes, stamps, coupons, key chains,fridge magnet
Showing posts with label Koleksi Syiling Malaya King George VI. Show all posts
Showing posts with label Koleksi Syiling Malaya King George VI. Show all posts

Thursday, 24 October 2013

20 Cents Malaya 1948


Duit syiling yang berdenominasi 20 Cents diatas dikeluarkan oleh Suruhanjaya Mata Wang Malaya pada tahun 1948. Ia dicetak oleh Royal Mint, London. Syiling ini diperbuat dari perak aloi Copper-Nickel (75% tembaga, 25% Nickel). Mempunyai berat 5.65gm serta berdiameter 23.5mm. Syiling ini dikeluarkan sebanyak 40,000,000. Di muka hadapan duit syiling ini tertera potret King George Keenam (The Sixth). Manakala di muka belakang pula terdapat perkataan "COMMISSIONERS OF CURRENCY MALAYA", "1948" dan nilai angka "20 CENTS" dalam lingkaran manik. Mengikut buku K.N.Boon duit syiling 20 cents ini dianggarkan bernilai RM100 untuk keadaan UNC.

Wednesday, 23 October 2013

10 Cents Malaya 1948



Spesifikasi Teknikal:-
Denominasi : 10 Cents
Raja/Gabenor: King George VI (1936-1952)
Tahun: 1948
Mintage (keluaran) : 50,000,000
Berat: 2.82gm
Diameter: 19.5mm
Edge: Milled
Shape: Round (bulat)
Muka Hadapan: King George & The Sixth
Muka Belakang: Commissioners Of Currency Malaya, 1948 & 10 Cents

Friday, 4 October 2013

10 Cents Malaya 1941



Duit syiling diatas dikeluarkan oleh Lembaga Suruhanjaya Mata Wang Malaya pada tahun 1941. Suruhanjaya Mata Wang Malaya ini bertanggungjawab menguruskan sistem mata wang kertas dan syiling di Negeri-negeri Selat serta Tanah Melayu. Apabila Jepun menakluki Singapura hanya mata wang cetakan Lembaga suruhanjaya Mata Wang Malaya yang sah diperlakukan pada ketika itu.

Wang syiling telah diusulkan  antara tahun 1939 dan 1950 dalam denominasi ½ dan 1 sen (segi empat, gangsa), 5, 10 dan 20 sen (perak hingga 1945, cupro-nickel dari 1948). Duit syiling dalam koleksi NH ini berdenominasi 10 cents dengan berat 2.71g serta berdiameter 18mm. Ia dikeluarkan sebanyak 17,000,000 keping sahaja. Di muka hadapan 10 cents Malaya 1941 ini tertera potret King George VI dengan perkataan "KING AND EMPEROR OF INDIA" dan "GEORGE VI". Manakala di bahagian belakang pula terdapat perkataan seperti "COMMISSIONERS OF CURRENCY MALAYA", "1941" serta "10 CENTS" dalam lingkaran manik.

Monday, 30 September 2013

1 Cent Malaya King George VI 1943

Spesifikasi Teknikal:-
Denominasi: 1 Cent
Raja/Gabenor: King George VI (1936-1952)
Tahun: 1939,1940, 1941, 1943, 1945
Mint: Calcutta Mint (1941), Bombay Mint (1945), Royal Mint
Berat: 4.21gm
Ketebalan: 1.64mm
Size: 20mm x 20mm
Edge: Plain
Shape: Quadrangular (4-Sided, rounded)
Mintage: 50,000,000 (1943)
Metal: Bronze

Muka Belakang tertera perkataan "COMMISSIONERS OF CURRENCY MALAYA", "1943" dan "1 CENT".

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...