This blog is to share the interesting and beneficial hobbies such as collection of coins, banknotes, stamps, coupons, key chains,fridge magnet

Friday 28 February 2014

Lokasi penemuan syiling lama berubah menjadi pesta




Fauziah Idris, 56, begitu tekun mencari syiling lama sebaik penemuannya di tebing Sungai Kelantan berhampiran Kampung Kubang Pak Amin, Pasir Mas, Kelantan, semalam. (Gambar kecil) Rudi Sufian Muhammad menunjukkan sebahagian syiling lama yang dijumpai di tebing Sungai Kelantan. - UTUSAN/Irwan Majid


PASIR MAS 25 Feb. - Penemuan syiling lama yang didakwa mempunyai hubung kait dengan sejarah kerajaan dahulu terus menarik minat orang ramai untuk mencari gali mata wang berkenaan di tebing Sungai Kelantan berhampiran Kampung Kubang Pak Amin dekat sini.
Tinjauan Utusan Malaysia di sini hari ini mendapati kira-kira 100 penduduk giat mencari bahan tinggalan sejarah itu, seolah-olah seperti satu pesta.
Malah, terdapat beberapa peniaga mengambil kesempatan mendirikan khemah dan gerai untuk menjual makanan ringan.
Seorang penduduk, Rudi Sufian Muhammad, 37, berkata, ini merupakan hari ketiga dia mencari duit syiling di kawasan berkenaan.
Menurutnya, sehingga hari ini dia berjaya mengumpul lebih 10 keping duit syiling yang dicari gali di kawasan tersebut.
"Saya mencari duit syiling ini selepas melihat orang ramai tidak putus-putus mengunjungi kawasan tebing sungai itu.
"Saya berhasrat untuk menjualnya, jika ada yang ingin membeli dengan harga berpatutan," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia.
Sementara itu, Mohammad Gandhi Che Kob berkata, dia yang kali pertama mengunjungi kawasan berkenaan menemui serpihan tempayan selepas 45 minit mencari gali di kawasan berkenaan.
"Saya sama sekali tidak menyangka kawasan ini dipenuhi sebegini ramai orang," ujarnya.

Sumber: http://www.utusan.com.my/utusan,26/02/2014

Larangan menghentikan pencarian syiling lama

Sumber: Sinar Harian, Sapinah Abd Ghani,28/2/2014



Monday 24 February 2014

Friday 7 February 2014

Singapore Second And Third Series Uncirculated Coin Set


Bahagian Hadapan


Bahagian Belakang

Monday 3 February 2014

GloballShare




100% percuma... join ni dan invite seramai boleh kalau nak pendapatan... media sosial terbaru yg memberi peluang kita menjana pendapatan.. hanya join dan invite seramai yg boleh masuk secara percuma sebelum Mac 2014.


Media sosial terbaru GLOBALLSHARE mirip seperti Facebook,Twitter dan lain2, projek buat duit yang memberikan anda kebebasan pendapatan anda sekarang ataupun untuk masa depan anda.Yang membezakan GLOBAL SHARE dgn Facebook dan media sosial lain adalah jika anda invite 5 kwn anda, anda akan dapat 1 saham dari pihak GLOBAL SHARE, dimana saham ini akan dibeli kembali oleh pihak GLOBAL SHARE

seharga $30 hingga $90 per 1 saham atau jika anda tidak ingin menjualnya maka anda akan mendapatkan Dividen atau profit bagi hasil dari saham yg anda miliki setiap bulan...Mudah dan pendaftarannya PERCUMA...jemput rakan2 anda lakukan perkara sama, lebih banyak anda jemput, lebih banyak saham GAS anda dapat....



Jangan risau ianya percuma...

note: Daftar pakai akaun gmail sbb ini dr syarikat google.

*selepas daftar, sila check gmail anda. sbb globallshare ada sent email utk minta anda membuat pengesahan alamat email.

* next step: awk buka page globallshare awk, tgk sebelah kiri...cr weboffice dan kt dlm tu ada invitation link awk....promote link awk tu kpd kwn2 atau sape2....5 org masuk under awk dapat 1 saham....lg banyak join lg banyak saham..

click for free registration https://www.globallshare.com/en/1689766.html





Bukti penyata potensi dividen setiap bulan dibawah yang akan dapat bila penggunaan Globallshare dilancarkan secara rasmi pada pertengahan tahun 2014-penyata dibawah adalah setakat 22/2/2014 (jumlah share yang saya ada sekarang sebanyak 52 share & ianya akan terus meningkat hari kehari sehingga 30 Mac 2014

Saturday 1 February 2014

Syiling zaman besi ditemui

Pakar arkeologi, Neil Mahrer dari badan amanah bebas bertanggungjawab ke atas penemuan artifak, Jersey Heritage, memeriksa duit syiling yang ditemui di Jersey, Perancis, baru-baru ini. - Agensi


LONDON 27 Jun - Usaha selama 30 tahun oleh dua orang pencari harta karun akhirnya berbaloi dengan penemuan sejumlah besar wang syiling zaman besi yang dianggarkan bernilai kira-kira 10 juta pound (RM50 juta).
Penemuan syiling Celtic di ladang pertanian di Jersey oleh kedua-dua pencari harta tersebut, Reg Mead dan Richard Miles merupakan yang terbesar pernah berlaku dengan jumlah 30,000 hingga 50,000 keping syiling perak dan sekeping syiling emas.
Berat kesemua syiling terbabit dianggarkan mencecah satu tan dan setiap syiling mempunyai nilai sehingga 200 pound (RM995).
Syiling itu dipercayai ditanam kira-kira 2,000 tahun dahulu oleh puak Celtic yang dikenali sebagai Coriosolitae ketika tentera Roman pimpinan Julius Caesar menyerang Pulau Channel, kini terletak di utara Perancis.
Mead dan Miles memulakan pencarian harta tersebut selepas mendengar khabar angin mengenai seorang petani terjumpa syiling lama di kawasan terbabit.
Pasangan pencari itu menggunakan pengesan besi yang kuat dalam usaha mencari lebih banyak harta karun di kawasan terbabit.
Namun selepas melakukan pencarian besar-besaran, mereka hanya menemui 120 syiling pada Februari lalu.
"Pada minggu lalu, mesin pengesan itu menunjukkan petanda yang kuat dan kami dengan segera memaklumkan kepada ahli arkeologi profesional untuk membantu kami.
"Saya sangat terkejut penemuan ini kerana kami sudah mencarinya sejak 1959 dan tidak pernah menemui syiling yang banyak sebegini," kata Mead, yang turut merahsiakan lokasi sebenar penemuan itu. - AGENSI

Sumber: http://www.utusan.com.my/28/06/2012
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...