Mata wang 10 cents diatas dikeluarkan pada September 1942 semasa pemerintahan tentera Jepun di Tanah Melayu. . Ia dicetak bagi mengatasi masalah kekurangan wang syiling pada ketika itu. Wang kertas ini tidak mempunyai nombor siri dengan huruf prefix M/AN. Berukuran 106mm x 51mm dan berwarna kelabu. Note sen ini mempunyai reka bentuk yang lebih mudah dan tidak menonjolkan tanaman ladang di bahagian hadapannya kecuali duit Jepun 50 sen. Wang kertas sen ini lebih kecil saiznya daripada wang kertas dolar.(Sumber: Wikipedia, Ensiklopedia Bebas, Malaysia. Brunei & Singapore, Banknotes & Coins, 2012, K.N.Boon)
This blog is to share the interesting and beneficial hobbies such as collection of coins, banknotes, stamps, coupons, key chains,fridge magnet
Showing posts with label Sejarah Wang Kertas Jepun di Tanah Melayu (1942-1945). Show all posts
Showing posts with label Sejarah Wang Kertas Jepun di Tanah Melayu (1942-1945). Show all posts
Tuesday, 23 July 2013
Monday, 22 July 2013
Duit Jepun 1 Dollar
Wang kertas 1 dolar di atas merupakan duit semasa era pemerintahan tentera Jepun di Tanah Melayu pada tahun 1942 hingga 1945. Ia dikeluarkan pada tahun 1942 bagi menggantikan dolar Malaya dan dolar Selat. Berukuran 141mm x 68mm dan berwarna biru. Duit Jepun ini dikeluarkan dengan dua siri iaitu dengan nombor siri (with serial number) dan tanpa nombor siri (without serial number). Di muka hadapan wang kertas 1 dolar ini memaparkan ilustrasi tanaman ladang seperti kelapa di sebelah kanan. Di bahagian tengah tertulis "THE JAPANESE GOVERNMENT","PROMISES TO PAY THE BEARER ON DEMAND" dan "ONE DOLLAR"dengan prefix MO. Sementara tulisan Jepun berada ditengah bahagian bawah wang kertas tersebut.
Duit Jepun 5 Dollars
Muka Hadapan (MC,MK & MR)
Duit Jepun 5 dolar ini dikeluarkan pada tahun 1942. Bersaiz 149mm x 71mm dan berwarna coklat. Cetakan siri pertama bermula dengan huruf blok MA dengan 6 nombor siri. Manakala siri kedua dicetak tanpa had serta tiada kawalan perbendaharan, tiada nombor siri dan tanda bayang. Siri kedua ini bermula dengan huruf blok MB hingga MR. Koleksi Noraz Hobbies hanya mempunyai tiga keping sahaja dengan huruf blok MC,MK dan MR. Di muka hadapan duit zaman penjajahan Jepun ini tertera imej pokok kelapa di sebelah kiri. Manakala disebelah kanan pula terdapat gambar pokok betik. Nilaian 5 dolar disetiap penjuru wang kertas tersebut. Huruf blok M pula merujuk kepada Tanah Melayu (Ma-rai-ee). Di sebelah kiri juga terdapat tanda bayang berbentuk bunga.
Muka Belakang
Saturday, 20 July 2013
"Duit Pokok Pisang" 10 Dollars
Wang kertas di atas lebih dikenali sebagai "Duit Pokok Pisang" dikalangan penduduk semasa era penjajahan Jepun di Tanah Melayu. Ia merujuk kepada imej pokok pisang yang terdapat di bahagian hadapan wang kertas tersebut. Wang ini dikeluarkan pada tahun 1942. Berukuran 160mm x 77mm dan berwarna hijau. Di bahagian hadapan duit ini juga terdapat pokok kelapa di sebelah kanan. Manakala nilai 10 terletak di bahagian tengah, penjuru bawah kiri dan kanan. Siri pertama bagi "duit pokok pisang" ini bermula huruf blok MA dan MB dengan nombor siri (with serial number). Sementara siri kedua tanpa nombor siri (without serial number) bermula dengan huruf blok MB, MC, MD, ME, MF, MG, MH, MI, MT, MK, MM, MN dan MP. Di bahagian belakang pula memaparkan imej kawasan tepi pantai dengan pokok kelapa dan sebuah kapal sedang belayar.
Muka Belakang
Duit Jepun 100 Dollars
Variety I (warna lebih gelap)
Duit Jepun 100 dolar di atas dikeluarkan pada tahun 1944 semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Berukuran 170mm x 82mm dan berwarna kelabu ungu/perang. Ia dicetak dengan dua versi yang amat berbeza dengan menggunakan huruf blok M atau MT. Versi pertama memaparkan kehidupan luar bandar di bahagian hadapan dan belakang wang kertas tersebut. Manakala versi kedua adalah ilustrasi ladang getah di muka hadapan. Sementara di muka belakang ilustrasi kehidupan luar bandar. Ia berwarna perang dan hijau di bahagian belakang. Koleksi NH hanya mempunyai versi pertama tetapi dua variety (jenis) yang berbeza.
Variety I huruf blok MT adalah tegak dan warna tebal. Begitu juga dengan ilustrasi yang terdapat di muka hadapan dan belakang lebih gelap. Manakala variety II huruf blok MT iaitu M condong sedikit. Sementara ilustrasi yang terdapat di kedua belah muka hadapan dan belakang warnanya agak terang. (Sumber: Wikipedia, Ensiklopedia Bebas, Malaysia,Brunei & Singapore, Banknotes & Coins,K.N.Boon, Galeri Sha Banknotes)
Variety II (warna terang sedikit)
Thursday, 18 July 2013
Duit Jepun 1000 Dollars
Duit Jepun 1000 dolar diatas dikeluarkan pada tahun 1944 semasa kemerosotan ekonomi di Tanah Melayu. Kejatuhan nilai wang kertas Jepun memaksa pemerintahan tentera Jepun mencetak jenis mata wang dolar yang lebih besar. Berukuran 170mm x 82mm dan berwarna perang di bahagian hadapan. Manakala di bahagian belakang berwarna hijau. Wang kertas ini dicetak dengan dua versi yang berbeza iaitu dua huruf blok MU dan MA dengan dakwat hitam. Ilustrasi pada note 1000 dolar ini menumpukan kehidupan luar bandar. Manakala teks pula menggunakan Bahasa Inggeris dan Jepun. Duit Jepun 1000 dolar ini merupakan note baru yang terakhir sebelum Jepun menyerah kalah pada tahun 1945.
Muka Belakang
Sejarah Duit Jepun di Tanah Melayu (1942-1945)
Pada bulan Disember 1942, Asia Tenggara telah jatuh ke tangan tentera Jepun. Oleh itu, pihak pentadbiran tentera Jepun telah memperkenalkan mata wang sendiri bagi urusan jual beli di wilayah jajahan mereka. Ia mempunyai jenis nilai yang sama dengan mata wang Negeri-negeri Selat. Wang kertas yang dikeluarkan di kawasan penjajahan Jepun dapat dibezakan dengan abjad pertama huruf bloknya. Di Burma ia bermula dengan blok huruf B dan dikenali sebagai rupee Jepun. Manakala di Indonesia (guilder Jepun) blok hurufnya bermula dengan S. Blok P pula untuk Filipina yang dikenali sebagai peso Jepun. Sementara blok huruf M adalah untuk Tanah Melayu (atau Ma-rai-ee). Di Tanah Melayu duit Jepun ini lebih sinonim dengan nama "duit pokok pisang". Panggilan tersebut sebenarnya berasal daripada motif pokok pisang yang tertera pada note 10 dolarnya.
Pada tahun 1942 siri pertama bagi duit Jepun telah dikeluarkan dalam jenis 1,5 dan 10 dolar yang dicetak dengan blok MA dan MB diikuti 6 nombor siri. Terdapat tanda bayang berbentuk bunga di sebelah kiri pada wang kertas 5 dan 10 dolar. Pada bulan September 1942, sejumlah wang kertas menggunakan huruf blok tanpa nombor siri telah dikeluarkan. Wang kertas jenis nilai 5 sen,10 sen dan 50 sen telah dikeluarkan oleh pihak tentera Jepun semasa berlakunya kekurangan wang syiling. Wang kertas 50 sen dicetak dengan huruf blok MA dan MB tanpa tanda bayangan.
Duit pokok pisang ini telah menyebabkan kadar inflasi yang tinggi apabila pihak pentadbiran tentera Jepun dengan sewenang-wenangnya mengeluarkan wang kertas tersebut tanpa had. Ketiadaan nombor siri serta pemalsuan note dolar ini menambahkan lagi kemerosotan ekonomi di Tanah Melayu. Kadar inflasi yang meningkat memberi impak yang besar kepada penduduk sehinggakan penduduk terpaksa hidup dengan memakan ubi kayu dan bubur nasi. Semua wang kertas Jepun tidak bernilai langsung pada waktu itu.
Pada tahun 1944, Southern Development Bank telah mengeluarkan wang kertas jenis nilai 10,100 dan 1000 dolar. Barangan import dan harga barang naik dengan mendadak akibat sekatan Kesatuan Berikat. Pihak tentera Jepun telah mencetak wang kertas 100 dan 1000 dolar dengan banyak untuk mendapatkan barangan keperluan. Nilai mata wang Jepun jatuh dan harga barang melambung naik setiap kali Jepun kalah dalam peperangan.
Sebaik sahaja Jepun telah menyerah kalah pada tahun 1945, pihak British telah menggunakan wang kertas 5,10,100 dan 1000 dolar tentera Jepun dicetak dengan tulisan MALAYAN berwarna merah pada bahagian atas, WAR SOURVENIR di bahagian bawah,bersama-sama VJ dan Grim Memories of 1941-1945 di tengah-tengah dengan dakwat hitam. Pada 20 Ogos 1945 wang kertas ini digugurkan dari udara untuk menyebarkan berita kemenangan terhadap Jepun serta menghapuskan mata wang penjajahan Jepun. (Sumber: Wikipedia: Ensiklopedia Bebas, Malaysia, Brunei & Singapore, Banknotes & Coins,6th Edition 2012,K.N.Boon)
Subscribe to:
Posts (Atom)
Labels
- Segmen-Giveaway (34)
- Berita Numismatik (23)
- Koleksi wang kertas keluaran Lembaga Suruhanjaya Matawang Malaya (9)
- Koleksi Syiling Malaya And British Borneo Queen Elizabeth II (8)
- Gabenor-Gabenor Bank Negara (1959-Kini) (7)
- Koleksi wang kertas keluaran Lembaga Suruhanjaya Matawang Malaya & British Borneo (7)
- Sejarah Wang Kertas Jepun di Tanah Melayu (1942-1945) (7)
- Syiling (7)
- Wang Kertas Tan Sri Abdul Aziz Bin Haji Taha (7)
- Wang Kertas Tan Sri Dato' Jaffar Bin Hussein (7)
- Muzium (6)
- Wang Kertas Tan Sri Dato' Ahmad Mohd. Don (6)
- Wang Kertas Tan Sri Dato' Sri Dr.Zeti Aziz Akhtar Aziz (6)
- Syiling Peringatan (Commemorative coins) (5)
- Wang Kertas Tan Sri Dato' Seri Ali Abul Hassan (5)
- Wang Kertas Tan Sri Ismail bin Mohd. Ali (5)
- Koleksi Syiling Malaya King George VI (4)
- Koleksi Syiling Straits Settlements King George V (4)
- Wang kertas Bercantum (Uncut Banknotes) (4)
- Coupons (3)
- Kedai Online (3)
- Tips/Panduan (3)
- Wang Kertas Peringatan (3)
- Sejarah Wang Kertas Malaysia (1967-terkini) (2)
- Syiling North Borneo (2)
- Bank Negara Malaysia (1)
- Dirham (1)
- Koleksi Wang Kertas Luar Negara (1)
- Koleksi wang kertas Straits Settlement (1)
- Maal Hijrah 1435H (1)
- Pencipta Mesin Wang Pengeluar Automatik (ATM) (1)
- Sarawak (1)
- Sejarah -Bendera Malaysia (1)
- Sejarah Duit Negeri-Negeri Selat (1904-1939) (1)
- Sejarah Wang Kertas Malaya & British Borneo (1952-1963) (1)
- Syiling Luar Negara (1)