Duit syiling 5 sen diatas dikeluarkan oleh British North Borneo pada tahun 1903H. Ia ditempa oleh Heaton & Sons, Birmingham, England. Pada tahun 1881, Syarikat Borneo Utara British mendapat hak untuk mengeluarkan duit syiling dibawah piagam diraja. Syarikat ini telah menempa syiling tembaga bernilai 1,2 1/2 dan 5 sen. Duit syiling kupro-nikel dengan nilai muka yang sama telah ditempa diantara tahun 1903-1904. Pada tahun 1929, duit syiling perak bernilai 25 sen telah ditempa. Kesemua duit syiling ini sah diperlakukan sehingga tahun 1941. Duit syiling 5 sen ini berbentuk bulat dengan berat 7.20g serta berdiameter 28mm. Manakala materialnya adalah tembaga-nikel (copper nickel). Sebanyak 1,000,000 keping dikeluarkan pada tahun 1903.