This blog is to share the interesting and beneficial hobbies such as collection of coins, banknotes, stamps, coupons, key chains,fridge magnet

Thursday 22 August 2013

5 Cents British North Borneo 1903

 Duit syiling 5 sen diatas dikeluarkan oleh British North Borneo pada tahun 1903H. Ia ditempa oleh Heaton & Sons, Birmingham, England. Pada tahun 1881, Syarikat Borneo Utara British mendapat hak untuk mengeluarkan duit syiling dibawah piagam diraja. Syarikat ini telah menempa syiling tembaga bernilai 1,2 1/2 dan 5 sen. Duit syiling kupro-nikel dengan nilai muka yang sama telah ditempa diantara tahun 1903-1904. Pada tahun 1929, duit syiling perak bernilai 25 sen telah ditempa. Kesemua duit syiling ini sah diperlakukan sehingga tahun 1941. Duit syiling 5 sen ini berbentuk bulat dengan berat 7.20g serta berdiameter 28mm. Manakala materialnya adalah tembaga-nikel (copper nickel). Sebanyak 1,000,000 keping dikeluarkan pada tahun 1903.
Di muka hadapan duit syiling ini terdapat perisai dan senjata syarikat Borneo Utara British. Pada perisai tersebut tertera seekor singa diatas dhow. Manakala di kiri  kanan terdapat penyokong pahlawan asli yang memegang perisai iaitu parang besar dan puncak serta dua tangan memegang bendera. Di bahagian bawah pula tertera motto "PERGO ET PERAGO" yang bermaksud "saya berjanji dan saya mencapai". Sementara di muka belakang terdapat perkataan "STATE OF NORTH BORNEO" dan "1903". Nilai muka 5 cents berada di bahagian tengah duit syiling tersebut. Sumber: Malaysia, Brunei & Singapore, Banknotes & Coins, 2012,K.N.Boon,http://museumvictoria.com.au/collections/items/65588/coin-5-cents-north-borneo-1903,https://www.littletoncoin.com/webapp/wcs/stores/servlet/Product5%7C10001%7C24551%7C-1%7C57249%7C89315

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...