- POOR/FAIR ( P ) -Tulisan dan gambarnya amat sukar dibaca. Namun keseluruhan reka bentuk masih dapat dilihat. Biasanya ia tidak dihiraukan oleh para pengumpul.
- GOOD ( G ) - Tulisan dan gambarnya pudar tetapi masih dapat dibaca. Permukaannya telah diratakan. Sebahagian daripada tulisan mungkin sukar dikenalpasti. Terdapat kesan calar dan pinggiran yang pecah. Melainkan ianya duit syiling yang sukar dijunpai, ia tidak digemari oleh para pengumpul.
- FINE ( F ) - Masih menunjukkan keseluruhan reka bentuknya. Terdapat kesan calar dan pinggiran yang pecah.
- VERY FINE ( VF ) - Terdapat kesan calar, tompok pada permukaan namun reka bentuk lain masih jelas kelihatan.
- EXTREMELY FINE ( EF ) - Kelusuhan ringan di keseluruhan reka bentuk tetapi kesan kilauan masih kelihatan.
- ABOUT UNCIRCULATED ( AU )- Kesan kelusuhan ringan di kebanyakkan ciri-ciri tinggi. Sekurang-kurangnya setengah kilauan mungkin kelihatan.
- UNCIRCULATED ( UNC ) - Tiada kesan calar atau pecahan. Kesan calar yang sedikit mungkin disebabkan ketidak sempurnaan semasa penempaan. Permukaan mungkin berbintik atau kehilangan sedikit kilauan.
- BRILLIANT UNCIRCULATED ( BU ) - Warna asal yang jelas. Tiada kesan kotoran atau kesan calar.
- PROOF ( PF ) - Duit syiling yang ditempa khas dan boleh dibezakan dari corak bentuk yang terperinci. Permukaan berkilau bagaikan cermin. Peruf merujuk kepada cara penempaan dan bukan keadaan duit syiling.
Sumber: Mata wang Malaysia,Coins & Banknotes 2010, Peter Eu & Ben Chiew, Malaysia, Brunei & Singapore, Banknotes & Coins, 2012, K.N.Boon.
good info. belajar benda baru harini :D
ReplyDeleteSelamat mempelajari ilmu Numismatik...akak pun dalam proses belajar jugak..tq sudi singgah
Deletenice info, done follow....
ReplyDeleteTerima kasih atas kunjungan..
Delete