This blog is to share the interesting and beneficial hobbies such as collection of coins, banknotes, stamps, coupons, key chains,fridge magnet
Showing posts with label Muzium. Show all posts
Showing posts with label Muzium. Show all posts

Saturday, 11 January 2014

Muzium Nelayan, Tanjung Balau, Kota Tinggi, Johor


Muzium Nelayan terletak di persisiran pantai Tanjung Balau, daerah Kota Tinggi, Johor iaitu di utara Desaru. Tanjung Balau terletak kira-kira 98 km dari bandar Johor Bahru jika melalui jalan Persekutuan dan 70 km jika melalui Lebuhraya Senai-Desaru. Ia dibangunkan oleh Lembaga Pembangunan Johor Selatan (KEJORA) yang merupakan sebahagian daripada projek pembangunan di perkampungan nelayan Tanjung Balau. Tanjung Balau menghadap Laut China Selatan ini juga mempunyai pantai yang indah dan cantik sesuai untuk mandi manda serta berkelah. Muzium Nelayan ini dibina pada 20 Ogos 1992 di atas tanah seluas 9.7 hektar dengan menelan kos sebanyak RM 1.5 juta. Pada tahun 1993 muzium ini mula dibuka kepada orang ramai. Sumber: http://www.utusan.com.my

Sejak dahulu hingga kini sumber ekonomi penduduk di Tanjung Balau adalah menangkap ikan. Di Muzium ini dipamerkan pelbagai artifak sejarah nelayan di rantau ini seperti sampan, pukat, bubu, jaring dan pelbagai peralatan menangkap ikan. Ia juga turut memaparkan gambar-gambar dan lukisan mengenai suasana kampung nelayan serta kehidupan masyarakatnya yang begitu akrab dan saling bantu membantu diantara satu sama lain.

Upacara amal serta pantang larang ketika menangkap ikan


Lampu pelita


Bubu

Bubu merupakan sejenis alat menangkap ikan dan termasuk dalam kumpulan perangkap. Terdapat beberapa jenis bubu antaranya ialah bubu batang, bubu daun, bubu janbul dan bubu sadah. Secara amnya, sebuah bubu dibentuk daripada tapak berbentuk empat segi bujur yang diperbuat daripada rotan atau buluh mengikut rupa bentuk tertentu. Seluruh tapak dan rangka ini diliputi dengan kawat mata punai. Di bahagian depannya terdapat satu pintu masuk yang dipanggil injap yang berbentuk seperti leher kuda. Fungsinya adalah untuk memerangkap hasil tangkapan dengan membenarkan ikan masuk tetapi menghalangnya daripada keluar, manakala satu lagi pintu yang boleh dibuka dan ditutup, berada di bahagian tapak untuk mengeluarkan hasil tangkapan. Antara hasil tangkapan ikan yang biasa diperolehi ialah ikan sepat, keli, haruan, puyu dan ikan air tawar yang lain yang amat digemari oleh masyarakat desa.



Serkap

Ianya merupakan sejenis alat penangkapan ikan Melayu traditional yang terdapat dalam pelbagai jenis. Antaranya ialah "serkap Perlis","serkap Banjar" dan "serkap Kedah". 


Serkap lazimnya diperbuat daripada buluh, rotan, akar atau bemban. Serkap diperbuat daripada buluh yang diraut halus. Buluh yang biasa digunakan ialah buluh duri dan buluh tela. Manakala akar yang digunakan adalah akar pukang dan rotan biasa. Kemudian buluh tersebut akan disusun di atas kerangka yang berbentuk bulat. Kerangka itu pula diperbuat daripada buluh yang dililit menggunakan rautan rotan. Ia berbentuk seperti kelongsong dan terbuka hujungnya. Penangkap ikan akan berjalan sambil menyerkap secara rawak ke dalam air atau lumpur kemudian menggagau ke dalam serkap tersebut. Serkap biasanya digunakan untuk menangkap ikan haruan, keli dan puyu terutamanya di dalam kubang air di sawah pada musim kemarau. Serkap juga boleh digunakan bagi menangkap dan mengurung ayam.

"Serkap" juga dijadikan model oleh orang-orang tua terdahulu untuk menyalur atau melahirkan pemikiran. Pada lahirnya "serkap" merupakan penangkap rezeki menjadi luas maknanya  dalam masyarakat melayu traditional sehingga ia dijadikan perumpaan sebagai sindiran atau nasihat. Antara rangkap pantun yang dipusakakan oleh nenek moyang kita berkait dengan serkap adalah:-


"Serkap" ikan ditengah bendang,
Dapat keli bisa sengatnya,
Cakap tuan biarlah terang,
Tidak kami terpinga-pinga

Sungguh rendang pokok kuini,
Langsai buahnya dilahap orang,
Menuduh orang tiada bukti,
Bagai mengguna "serkap jarang"

Langsai buahnya dilahap orang,
Biji ditabur merata tempat,
Bagai mengguna "serkap jarang",
Peluh mengucur laba tak dapat.

Serkap kini telah dimajukan serta dijadikan sebagai bahan hiasan karaftangan dalam saiz yang kecil. Sumber: http://www.memori-kedah.com


Sauk

Sauk digunakan untuk menangkap ikan, memungut siput, remis di sungai-sungai. Rekabentuk sauk adalah kelihatan seperti satu penceduk atau timba bujur dengan ukuran sekitar 36cm x 15cm x 15cm. Sauk ini mempunyai pemegang yang diperbuat daripada kayu bersaiz sederhana mengikut keselesaan dan keperluan tersendiri. Bahagian sauk yang berbentuk penceduk itu diliputi dengan jaringan berlubang kecil bagi membenarkan air keluar dan meninggalkan hasil yang disauk di dalamnya. Ikan yang biasa ditangkap dengan menggunakan sauk adalah seperti kalui dan belida.



Jenis-jenis ikan di lautan turut dipamerkan


Peralatan memancing 


Diorama suasana perkampungan nelayan


Jong


Perahu Burung Petalawati

Replika Perahu Burung Petalawati ini berasal dari negeri Kelantan. Ia diberi nama berdasarkan rekabentuk bahagian hadapan perahu yang berbentuk kepala Burung Petalawati. Pada zaman dahulu setiap kali perayaan kelahiran Sultan, Baginda akan diarak di dalam perahu Burung Petalawati ini. Namun kini upacara itu tidak lagi diamalkan kerana mengandungi unsur-unsur khurafat. Replika perahu ini dipamerkan bagi menunjukkan kemahiran seni ukiran halus yang diukir di bahagian kepala perahu dan ekornya.


Perahu Payang yang diberi nama Melati Putih

Perahu Payang merupakan perahu terbesar digunakan di Terengganu untuk menangkap ikan. Operasi memukatnya adalah di kawasan laut dalam menggunakan pukat payang dengan awak-awak seramai kira-kira 15 orang.
Perahu ini dikenali sebagai perahu payang berdasarkan operasi memukatnya yang kebiasaan menggunakan pukat payang. Perahu ini berukuran 14.2m panjang, 2.27m lebar, 3.1m tinggi dan menggunakan dua layar.
Pada kebiasaannya perahu payang akan dihias dengan lukisan awan larat yang indah. Sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Perahu_payang

Saturday, 30 November 2013

Taman Mini Malaysia & Mini Asean, Ayer Keroh, Melaka



Taman kebudayaan Taman Mini Asean terletak beberapa kilometer dengan bandar Ayer Keroh, Melaka. Taman Mini Malaysia dan Mini Asean ini dirasmikan oleh Y.A.B Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Dr. Mahathir Bin Mohamad pada 17 Julai 1986. Taman kebudayaan ini menampilkan replika menarik pelbagai jenis rumah traditional daripada 13 buah negeri di Malaysia. Setiap  rumah mewakili gaya senibina 13 buah negeri di Malaysia yang dilengkapi dengan pelbagai barangan hiasan, seni serta kraftangan yang menggambarkan budaya bagi setiap negeri.


 Rumah Perlis

Di perlis terdapat rumah tradisional melayu yang dikenali sebagai rumah panjang  berusia lebih 70 tahun. Rumah jenis ini semakin pupus. Rumah bumbung panjang ini mengandungi banyak tiang, adakalanya berjumlah 24 batang tiang pada rumah ibunya. Bentuk rumahnya memanjang, bumbung panjang lurus mendatar, dihadapannya dipasang tebar layar yang berbentuk V terbalik.

Tebar layar merupakan sebahagian daripada tutup dinding bumbungnya yang diperbuat dari pelupuh yang berkelarai. Rumah panjang Perlis diperbuat daripada kayu cengal dan damar laut, dindingnya daripada kelarai, atapnya daripada rumbia atau nipah dan adakalanya menggunakan genting senggora.

Komponen bangunan rumah berkenaan terdiri dari rumah ibu dan rumah dapur. Rumah ibu mengandungi ruang yang disebut ruang leper (serambi), bilik, ruang tengah dan ruang tamu. Manakala rumah dapur terdiri daripada ruangan yang tidak tersekat tetapi telah di pisahkan oleh ruang yang dipanggil ruang selang. Sumber: http://azidahali.blogspot.com


 Rumah Pulau Pinang 

Di Pulau Pinang terdapat beberapa jenis rumah traditional Melayu yang berlainan bentuk iaitu rumah bumbung panjang, rumah serambi dan rumah serambi gajah menyusu. Namun rumah-rumah jenis ini kian pupus ditelan masa. Rumah serambi gajah menyusu dapat dikenali dengan bentuk bumbungnya dimana bumbung ibu kelihatan lebih tinggi dari bumbung serambi. Bumbungnya kelihatan seperti seekor gajah sedang menyusukan anaknya.

Rumah jenis ini menggunakan bumbung panjang jenis mendatar dan dimuka tepi dindingnya dipasang dinding tegak yang dipanggil tebar layar. Manakala komponen bangunannya terdiri dari rumah ibu dan dapur. Biasanya rumah traditional Pulau pinang ini dibina daripada kayu yang bermutu tinggi seperti cengal dan meranti. Sementara atapnya dari rumbia.

 Rumah Kedah

Di Kedah rumah panjang Kedah hampir sama bentuknya dengan rumah panjang Perlis kecuali sekadar perbezaan pada susunan ruangnya sahaja. Rumah panjang Kedah berbentuk memanjang, bumbungnya panjang lurus mendatar menggunakan tabir layar yang diperbuat dari pelupuh berbentuk tiga segi atau huruf ’v’ terbalik. Bumbung dapurnya rendah sedikit dari bumbung ibu seakan-akan kelihatan seperti bumbung rumah gajah menyusu yang terdapat di Pulau Pinang.  


Rumah panjang Kedah terdiri dari beberapa ruang iaitu ruang leper dan ruang rumah tangga terletak dihadapan, manakala ruang tengah, serambi, sama naik, bilik dan ruang dapur terletak dibahagian belakang. Rumah ini mempunyai banyak tiang dan biasanya lebih daripada 20 batang tiang pada rumah ibunya. Bahan-bahan binaan rumah ialah Cengal, Meranti, Damar laut, dan buluh manakala atapnya diperbuat dari Rumbia, Nipah dan genting SenggoraSumber: http://kakisejarah.blogspot.com/2012/10/jenis-rumah-tradisional.html


Rumah Perak

Di Perak, rumah tradisional Melayu memiliki persamaan senibina seperti rumah tradisional Melayu yang lain di Semenanjung Barat Malaysia tetapi ia berbeza sedikit pada senibina bumbungnya. Rumah tradisional Melayu Perak sering dihiasi dengan senibina bumbung yang panjang dan dikenali sebagai 'bumbung Perak'. Selain itu, binaan Melayu Perak yang menarik dapat dilihat ialah pada anjung yang diukir dengan pelbagai motif. Sumber: http://ieshamww2.blogspot.com

Rumah Kutai merupakan rumah tradisional Melayu di Perak, Malaysia. Rumah ini banyak terdapat berhampiran dengan tebing sungai Perak iaitu di Daerah Tengah, Hilir Perak dan Kuala Kangsar.

Rumah Kutai ialah rumah berbumbung panjang. Di sudut dinding tepinya dipasang tabir layar yang dibuat dari pelupuh yang berkelarai manakala di bawah kaki tebar layar terdapat pula alang para buang (peran) iaitu merupakan ruang yang beratap dan berlantai sebagai tempat menyimpan barang-barang.

Rumah Kutai mengandungi 12 ataupun 16 tiang pada rumah ibunya. Rumah ibu pula terdiri dari ruang serambi, ruang tamu dan bilik. Di sebelah belakangnya ialah rumah dapur yang di pisahkan oleh ruang dapur yang di pisahkan oleh ruang selang yang tidak beratap. Bahan-bahan binaan ialah dari kayu dan buluh. Kayu digunakan untuk tiang dan rangka bumbung manakala dindingnya dari pelupuh dan atapnya ialah atap rumbia. Terdapat juga rumah Kutai yang tidak memiliki dinding pembahagi bilik, sebaliknya menggunakan kain langsir sebagai pembahagi ruang bilik. Sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Rumah_Kutai

Rumah Selangor

Rumah tradisional melayu Selangor yang asli mempunyai 3 komponen iaitu rumah ibu, rumah tengah dan rumah dapur. Rumah ibu mempunyai ruang serambi beranda, anjung dan bilik. Rumah tengah terdiri ruang rumah tangga, bilik dan ruang tengah (laluan) yang bersambung antara rumah ibu dan dapur. Rumah dapur di sebelah belakang merupakan tempat memasak. Rumah jenis ini juga dikenali sebagai Rumah Bumbung Panjang kerana bumbungnya menggunakan sebuah perabung panjang lurus mendatar dan pada tepi dinding yang tegak dipasang dinding tabir layar yang berlapis dua .

Rumah tradisional melayu Selangor mempunyai rumah ibu terdiri 12 batang tiang utama iaitu 6 tiang dan 6 tiang serambi sama naik. Kayu-kayu yang digunakan ialah Cengal, Giam, Damar laut, Meranti, Kapur, Kempas manakala atapnya dari Rumbia dan Nipah. Sumber: http://azidahali.blogspot.com

 Rumah Melaka

Rumah tradisional Melayu Melaka pada kebiasaanya berteraskan bumbung atap yang panjang dan sesuatu yang menjadi tanda pengenalan bagi rumah Melayu Melaka adalah mempunyai tangga batu yang istimewa yang unik berbanding dengan rumah tradisional orang Melayu di negeri-negeri lain.

Keunikan tangga batu ini diperindahkan lagi dengan jubin pelbagai corak disamping ukiran-ukiran kayu pada tiang, pintu, tingkap dan papan gendeng. Keserian rumah tradisional Melayu Melaka ini ditambah lagi dengan lanskap laman yang biasanya dihiasi dengan pokok-pokok bunga khususnya bunga kertas yang diletak dalam pasu beralaskan batu bata dan disusun disekitar bahagian hadapan rumah.

Rumah tradisional orang Melayu Melaka ini jelas menunjukkan ketinggian kreativiti dan keprihatinan terhadap unsur alam sekitar telah diabadikan ke atas tempat kediaman, begitulah indah dan seninya orang-orang Melaka. Sumber: http://rumahwarisanmelaka.blogspot.com/

 Rumah Limas Johor

Rumah traditional melayu johor juga dikenali sebagai rumah limas johor. Nilai seni binanya sangat cantik dengan corak ukiran kerawang. dihasilkan tanpa menggunakan paku, hanya berdasarkan kepada tanggam semata-mata.


Rumah limas traditional dibina berdasarkan pada cuaca iklim tropika di Tanah Melayu, nilai-nilai astetika yang terdapat dalam setiap binaan di pengaruhi senibina islam seperti corak flora dan geometri. Selain itu, rumah limas juga banyak dipengarui elemen-elemen luar seperti dari british, belanda, dan juga unsur-unsur rumah Indonesia.

 Rumah Kelantan

Di Negeri Kelantan terdapat 2 jenis rumah tradisional Melayu dikenali sebagai Rumah Bujang dan Rumah Tiang 12. Rumah jenis ini mengandungi 12 tiang utama pada rumah ibu, 6 tiang serambi dan 6 tiang panjang. Bumbungnya panjang di mana pada tepi sudut dindingnya dipasang dengan tabir layar. Pada pinggir tabir layarnya terdapat papan pemeleh atau tumpu kasau iaitu sepasang pemeleh ibu dan sepasang pemeleh serambi.


Rumah Tiang 12 yang asli terdapat 3 unit bangunan iaitu bangunan rumah ibu yang mengandungi ruang selasar, rumah tengah dan rumah dapur. Bangunan rumah tengah dan rumah dapur berbilik atau bersekat.



Rumah Terengganu

Di negeri Terengganu terdapat beberapa bentuk rumah tradisional melayu dan salah satunya dipanggil rumah limas bungkus. Struktur rumah ini dikenali berdasarkan bumbung rumahnya yang terdiri daripada sebuah perabung lurus dan bersambung pula dengan 4 buah perabung yang turun ke cucuran atap yang dihiasi dengan ukiran-ukiran kerawang kayu. Rumah jenis ini mempunyai beberapa bentuk daripada bentuk panjang dan bersegi empat tepat. Ruangnya pula terdiri daripada ruang anjung, beranda, rumah tengah dan dapur. Rumah Terengganu dibina daripada kayu cengal, meranti dan kapur. Manakala atapnya daripada atap tanah dan atap genting senggora. Sumber: http://nakkemanetuwey.blogspot.com/

 Rumah Pahang

Rumah Tradisional Melayu Pahang dikenali sebagai rumah serambi Pahang. Rumah jenis ini biasanya berbumbung panjang manakala ditepi dinding dipasang tabir layar dan terdapat ukiran dipinggirnya. Pembahagian ruang rumah ini terdiri daripada ibu dan dapur yang dipisahkan dengan ruang yang dipanggil selang. Ia juga mengandungi ruang-ruang tertentu di bahagian hadapan sekali iaitu ruang serambi diikuti oleh ruang ibu yang mengandungi ruang pentas dan perbalai. Di belakang pula ruang kelek anak atau serambi belakang. Bagi ruang dapur ia mengandungi ruang pelantar yang digunakan untuk memasak dan membasuh.

Rumah Sabah

Suku kaum Rungus tinggal di rumah panjang yang disebut sebagai vinatang dalam bahasa Rungus. Vinatang ini adalah satu kebanggaan bagi suku kaum rungus kerana ia menggambarkan ciri-ciri unik yang ada pada bangsa mereka. Lazimnya rumah panjang ini berukuran 300 kaki panjang yang dibina atas bukit dan dinaikkan. Ruang bawah rumah panjang ini digunakan untuk memelihara binatang seperti ayam, babi dan kerbau selain berfungsi sebagai tugu kepada serangan luar. Sumber:  http://www.sabah.edu.my

Rumah Sarawak

Rumah tradisional negeri Sarawak dikenali sebagai rumah panjang. Rumah panjang merupakan tradisi kaum Iban yang terdiri daripada satu deret berpuluh-puluh rumah kelamin. Rumah ini mempunyai ciri dan keistimewaan tersendiri mahupun dari segi keselamatan dan kebudayaan. Senibina rumah ini berpegang teguh dengan adat tradisi tempatan suku kaum masing-masing yang tidak dipengaruhi oleh mana-mana masyarakat luar. 

Rumah ini menggunakan tiang jenis kayu keras dan tidak mudah reput seperti kayu belian yang mudah didapati di Kepulauan Borneo. Bumbungnya dari daun rumbia seperti biru, pantu, mulong dan jenis daun tebal. Sementara dinding rumah  diperbuat daripada kulit kayu seperti terentang atau buluh yang dikelar atau dibelah. Lantainya pula menggunakan buluh, papan, atau kulit kayu. Tangga rumah diperbuat daripada sebatang kayu bulat yang ditakik dengan beliong dan dipanggil tangga takik. Rumah panjang mempunyai 3 ruang iaitu tanju (serambi atau beranda terbuka), ruai (ruang terbuka) dan bilik. Bahagian di atas bilik dan ruai dipanggil sadau (peran) sebagai tempat tidur anak dara disamping tempat menyimpan bijian dan perkakas. Sumber: http://elya-iz.blogspot.com/

Saturday, 23 November 2013

Muzium Samudera, Melaka


Muzium Samudera terletak di jalan Quayside berhampiran muara sungai Melaka. Muzium ini dibina pada awal tahun 1990 berdasarkan sebuah replika kapal Portugis yang dikenali sebagai "Flor De La Mar" yang berukuran 34 meter tinggi, 36 meter panjang dan 8 meter lebar. Replika kapal ini direka oleh Encik Kamarudin Bin Mohd. Said iaitu Arkitek dari Jabatan Kerja Raya. Ia dibina dengan menggunakan kayu jenis bermutu tinggi oleh orang pembuat kapal yang mahir dan terkenal di Negeri Terengganu. Muzium ini dibuka secara rasminya kepada orang ramai oleh Perdana Menteri Malaysia pada masa itu, Y.A.B Tun Dr Mahathir Mohamad pada 13 Jun 1994. 

Fokus utama muzium ini ialah sejarah kelautan Melaka dan zaman kegemilangan Melaka sebagai Emporium Timur. Ia juga memaparkan perkembangan perdagangan dari zaman Kesultanan Melayu Melaka sehingga ke zaman kolonial Portugis, Belanda, Inggeris dan era penaklukan Jepun di Tanah Melayu. Paparan sejarah banyak dilahirkan dalam bentuk tulisan, diorama, lakaran peta, replika kapal-kapal purba termasuk artifak yang ditemui di dasar laut .Sumber:  http://www.perzim.gov.my/museum
Pemandangan dari bawah

Menara Taming Sari

  Replika Kapal Portugis "Flor de La Mar "
Flor de la Mar, Frol de la mar, atau Flor do Mar (Si Kuntum Laut) adalah kapal nau milik Portugis yang boleh menjangkau berat sehingga 400 tan, kapal ini direkodkan telah menyertai pelayaran lebih dari 9 tahun di Lautan India sehingga akhirnya dilaporkan karam pada November 1511. Kapal tersebut dibuat di Lisbon pada tahun 1502. Pelayaran pertamanya adalah dibawah arahan pengemudian Estavao de Gama (abang kepada Vasco de Gama). Namun pada pelayaran kedua, kapal ini telah dibawa ke India oleh pihak Portugis pada tahun 1505. Pada pelayaran balik, ia telah belayar disekeliling pantai Tanjung Harapan sebelum kembali ke Mozambique untuk diperbaiki. Selepas dibaiki, Ia menyertai ekspedisi penjajahan Ormuz pada tahun 1507. Juga mengikuti ekspedisi pertempuran Diu pada tahun 1509, berjaya menawan Goa pada tahun 1510.

Kapal Flor de la Mar juga turut menjadi saksi tentang pelayaran Alfonso de Albuquerque, apabila beliau kembali dalam kejayaan menawan kota Melaka pada tahun 1511, dimana kapal tersebut dipenuhi dengan pelbagai barangan berharga dan harta yang melimpah ruah termasuk berdozen-dozen emas, tembikar, khazanah manuskrip yang dianggarkan bernilai berbillion-billion pound untuk Raja Portugis. Namun dalam pelayaran akhir tersebut, kapal ini telah karam dan tenggelam di Selat Melaka. Atas sebab kehilangannya terus menjadi misteri, dan hak empunya bangkai yang masih belum dijumpai masih kekal menjadi kontroversi. Replika kapal telah diwujudkan dan diabadikan sebagai rumah pameran untuk Muzium Maritim di Melaka, Malaysia sehingga ke hari ini. Sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Flor_de_La_Mar

 Replika Meriam


 Replika Kapal


 Tembikar Tanah

Pemandangan dari atas Muzium Samudera

 Diorama Melaka sebagai pusat perdagangan dengan pelbagai barang dagangan seperti rempah ratus (buah pala,bunga cengkih, lada hitam), kain serta porselin.

 Wang kertas di seluruh dunia

 Mata wang  zaman pendudukan Portugis di Melaka & Mata wang Melaka pada zaman Sultan Muzaffar Syah

Laksamana Hang Tuah

Thursday, 14 November 2013

Muzium Kota Tinggi, Kota Tinggi, Johor



Muzium Kota Tinggi  terletak di Kampung Makam, o.5 KM dari bandar Kota Tinggi, Johor. Kedudukannya tidak jauh dari salah satu hotel terkenal di Johor iaitu Mayres Hotel. Muzium Kota Tinggi ( pada awalnya menggunakan nama Pusat Sejarah Kota Tinggi ) ini mula dibina pada 14 April 1997 dengan keluasan  6, 480 meter persegi  dan telah siap pada 11 Jun 1999. Ia kemudiannya diserahkan kepada Jabatan Muzium dan Antikuiti. Pada 27 Februari 2001 pihak Jabatan Muzium dan Antikuiti menyerahkan Muzium Kota Tinggi ini kepada Kerajaan Negeri Johor dan diselenggarakan oleh Yayasan Warisan Johor. Pada 30 Ogos 2002 ia mula dibuka kepada orang ramai dan dirasmikan oleh D.Y.A.M. Tunku Ibrahim Ismail Ibni Sultan Iskandar, Tunku Mahkota Johor (Sultan Johor pada masa ini) pada 29 Februari 2004 bersamaan 8 Muharam 1425 H bersempena Program Kembara Mahkota Johor. Sumber: Yayasan Warisan Johor.


Umumnya, Muzium Kota Tinggi ini mempamerkan empat fasa peristiwa mengikut urutan kronologi sejarah. Oleh itu tumpuan Muzium Kota Tinggi adalah pada sejarah Kesultanan Johor Lama, Institusi Politik dan Sosioekonomi Daerah Kota Tinggi yang meliputi zaman kegemilangan Johor Lama ( 1529-1705 ) hingga ke zaman ini. Muzium Kota Tinggi mempunyai signifikan yang amat ketara dari segi tinggalan sejarah pemerintahan Kerajaan Johor Lama. Lembah Sungai Johor merupakan wadah kesinambungan Kesultanan Melayu setelah kejatuhan Melaka pada tahun 1511 di tangan Portugis.  Pada tahun 1529 bermulanya pusat Kerajaan Johor di Pekan Tua (Pasir Raja) dan diikuti oleh Johor Lama dalam tahun 1540 bererti tamadun Melayu telah bertapak di Kota Tinggi selama lebih 400 tahun. Di lembah Sungai Johor inilah lahirnya Tun Sri Lanang iaitu Pengarang Melayu tersohor dan terawal menghasilkan Sejarah Melayu, sebuah historiografi Melayu yang agung. Di lembah sungai ini juga dikatakan lahirnya Badang, manusia yang mempunyai kegagahan yang luar biasa. Sumber: attractionsinmalaysia.com, kotatinggitravel.blogspot.com


Salasilah Kesultanan Johor


Barangan Tembaga


Tembikar


Parang Jambul dan Parang Jengkuk

Parang merupakan sejenis alat seakan pisau yang berasal dari Asia Tenggara, khususnya Nusantara. Ia digunakan untuk memotong kayu yang lebih keras dengan mata yang lebih keras dan pusat pukulan yang jauh ke hadapan tangkai. Matanya lebih cekah serong supaya tidak tersekat semasa memotong. Mata parang biasanya 30cm (12inci) panjang dan jisimnya tidak melebihi 0.75kg. Mata yang lengkung membolehkan penggunaan daya maksimum semasa memotong kayu balak, dahan pokok, buah kelapa, sembelih haiwan korban dan lain-lain. Parang mempunyai 3 mata iaitu mata depan yang amat tajam serta digunakan untuk mengupas. Mata tengah yang lebih lebar serta digunakan untuk mencantas. Mata belakang (dekat tangkai) yang amat halus dan digunakan untuk mengukir. Sumber: tukangparang.weebly.com/informasi.html


t 

Keris

Keris ialah sejenis senjata pendek Austronesia yang digunakan sejak melebihi 600 tahun dahulu. Senjata ini memang unik di dunia Melayu dan boleh didapati di kawasan berpenduduk Melayu seperti Indonesia, Malaysia, Singapura, Thailand Selatan, Filipina Selatan (Mindanao) dan Brunei. Nama yang digunakan untuk keris berbeza mengikut daerah misalnya sundang di Mindanao, kedutan di Bali dan kareh di Sumatera. Perkataan keris dikatakan berasal dari bahasa Jawa Kuno iaitu malang kerik yang bermaksud bercekak pinggang.      
    
Keris digunakan untuk mempertahankan diri (misalnya sewaktu bersilat) dan sebagai alat kebesaran diraja. Senjata ini juga merupakan lambang kedaulatan orang Melayu. Keris yang paling masyhur ialah keris Taming Sari yang merupakan senjata Hang Tuah, seorang pahlawan Melayu yang terkenal.

Keris berasal dari Kepulauan Jawa dan keris purba telah digunakan antara abad ke-9 dan abad ke-14. Senjata ini terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu mata, hulu dan sarung. Keris sering dikaitkan dengan kuasa mistik oleh orang Melayu pada zaman dahulu. Antara lain, terdapat kepercayaan bahawa keris mempunyai semangatnya yang tersendiri. Sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Keris




Pedang

Pedang adalah sejenis senjata tajam yang memiliki bilah panjang. Pedang dapat memiliki dua sisi tajam atau hanya satu sisi tajam saja. Dalam beberapa kebudayaan, jika dibandingkan senjata lainnya, pedang biasanya memiliki prestij yang lebih atau paling tinggi.

Bilah pedang biasanya dibuat daripada logam keras seperti besi atau baja. Meskipun begitu terdapat pedang daripada emas yang digunakan sebagai hiasan sahaja. Untuk latihan biasanya pedang kayu yang digunakan, meskipun pedang daripada kayu keras masih berbahaya. Senjata serupa pedang dan tombak yang menggunakan bilah obsidian digunakan oleh suku-suku asli Amerika Tengah dan Selatan yang pada saat kolonisasi Eropah belum mengenali logam. Sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Pedang


Kukur Kelapa

KUKUR KELAPA adalah sejenis alat bergerigi yang digunakan untuk mengukur atau mengikis isi kelapa dari tempurungnya. Kukur kelapa traditional dibentuk daripada batang kayu untuk tempat duduk dan dihujungnya diletakkan besi mata kukur. Kukur kelapa traditional direka bentuk berasaskan rupa bentuk binatang berkaki empat dan bermotifkan tumbuh-tumbuhan. Sumber: myinfotainmentpage.blogspot.com

Penggunaan alatan ini sangatlah efektif dan boleh dianggap satu alat yang berjaya dicipta. Selepas munculnya Mesin Kukur Kelapa yang menggunakan kuasa elektrik, penggunaan alat Kukur Kelapa Tradisional semakin dilupakan. Pada hari ini, barangan tersebut dijadikan sebagai barangan antik yang menarik dan berharga. Sumber: www.cahayakeagugan.com

Teko Tembaga

Mesin Jahit Lama


Telefon dan Bekas Lilin Tembaga

Telefon berasal daripada (bahasa Yunani: tele = jauh dan phone = suara) adalah alat telekomunikasi yang digunakan bagi memancar dan menerima bunyi (kebiasaanya suara dan percakapan) pada jarak jauh tanpa terikat, secara bebas. Kebanyakan telefon beroperasi melalui pemancaran isyarat eletrik melalui jaringan telefon rumit yang membenarkan sebarang pengguna telefon untuk berhubung dengan hampir kesemua yang lain. Terdapat telefon awam yang mana mengutip sedikit bayaran, menurut tempoh penggunaan, bagi kegunaan orang awam yang tidak memiliki telefon.


Radio Antik

Radio merupakan sejenis komunikasi yang menggunakan gelombang elektromagnet, atau isyarat-isyarat radio, untuk menghantar maklumat elektronik dari satu tempat ke tempat lain tanpa menggunakan wayar. Unit penghantar dipanggil pemancar (transmitter), manakala unit yang menukar isyarat radio ke bunyi yang boleh didengar dipanggil penerima (receiver). Biasanya, penerima adalah dirujuk sebagai satu "radio" atau peti radio. Sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Radio

Mesin Taip Lama

Mesin taip adalah peranti elektronik, elektromekanik atau mekanik dengan set "kekunci" yang, apabila ditekan, menyebabkan huruf dicetak pada dokumen, biasanya kertas. Mereka yang menggunakan mesin taip dikenali sebagai jurutaip.
Mesin taip mempunyai kekunci mesin taip, dengan kekunci untuk huruf pada muka taip. Kaedah bagaimana mesin taip meletak tanda pada kertas sekarang pelbagai sebagaimana jenis pencetak, tetapi sehingga akhir abad ke-20, ia merupakan dengan hentaman logam (atau, kemudiannya, unsur jenis plastik berlogam pada jalur berdakwat yang menyebabkan dakwat melekat pada kertas. Kertas karbon kadang kala diselit antara beberapa lapisan kertas, agar salinan huruf dicetak pada setiap lapisan kertas. Sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Mesin_taip

Piring Hitam Klasik

Piring hitam (juga dikenali sebagai rekod gramofon, rekod fonograf atau hanya rekod) merujuk kepada kepingan peranti storan bahan audio berekod. Sekiranya dibuat daripada PVC, piring hitam juga dikenali sebagai rekod vinil.

Badang yang gagah perkasa


Kain Limar

Kain Cindai atau juga dikenali sebagai kain Limar, merujuk kepada kain tenunan sutera halus yang bermutu tinggi. Kain Cindai merupakan kain yang mempunyai tenunan benang tinggi setiap inci dan dikatakan mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Jumlah tenunan ikat berkembar yang tinggi ini menjadikan kain Cindai amat kukuh dan menjadi rebutan kerana dianggap mampu menahan tikaman senjata. Ini boleh dianggap sebanding dengan pengunaan baju sutera oleh pahlawan Mongol yang menyebabkan panah yang menembusi tubuh mereka tidak mampu menembusi alas baju sutera mereka, dengan itu membolehkan mata panah ditarik keluar.


Pembuatan kain Cindai juga memerlukan kapakaran menenun yang tinggi, menyebabkan jumlah yang dihasilkan terhad dan dengan itu mendapat permintaan yang tinggi. Ini menyebabkan harganya tinggi dan menjadi simbol status sebagai bangsawan dan hartawan. Terengganu terkenal sebagai penghasil kain cindai atau limar pada abad ke 19. Fabrik berkualiti tinggi yang dicipta khusus untuk kerabat diraja dan orang berada ini semakin lenyap selepas tercetusnya Perang Dunia Kedua. Sumber: kosmo


Lembing

Lembing ialah sejenis senjata, yang digunakan untuk memburu dan berperang semenjak zaman kuno lagi. Ia terdiri daripada hulu atau pemegang, biasanya diperbuat daripada kayu dan mempunyai hujung yang tajam dipanggil kepala. Hujung yang tajam itu mungkin juga adalah dari hujung kayu itu sendiri (contohnya lembing buluh) atau diikatkan bersama bahan yang lain kepada hulu tersebut. Lembing yang paling biasa dibuat ialah lembing yang mempunyai kepala yang diperbuat daripada besi, berbentuk seperti pisau pendek dan digunakan untuk tikaman.

Perbezaan lembing dengan tombak adalah mata lembing adalah bermata lurus  dan tirus  seperti rumput lembing sementara mata tombak berbentuk lebar dan berbilah . Contoh Tombak tampang , tombak berlok , tombak sangga , tombak bilah dan tombak rambu . Sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Lembing

Jenis-jenis senjata
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...