This blog is to share the interesting and beneficial hobbies such as collection of coins, banknotes, stamps, coupons, key chains,fridge magnet
Showing posts with label Wang kertas Bercantum (Uncut Banknotes). Show all posts
Showing posts with label Wang kertas Bercantum (Uncut Banknotes). Show all posts

Tuesday, 16 July 2013

Uncut RM10 ( Pair of 3 in 1 )

Cover Depan



Wang kertas bercantum RM10 siri baru ini berwarna merah yang dikeluarkan pada bulan September 1997 adalah satu daripada siri yang bertemakan Wawasan 2020. Ia mencerminkan pembangunan dan pencapaina ekonomi Malaysia. Bagi RM10 yang merupakan denominasi yang ketiga siri baru ini, pengangkutan moden telah dipilih sebagai motifnya. Bahagian hadapan wang kertas bercantum ini mengekalkan potret Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Pertama dalam cetakan intaglio dengan ciri keselamatan anti salinan pendua berbentuk empat segi yang nyata di bahagian tengah wang kertas berkenaan.



Reka bentuk utama di bahagian belakang pula memaparkan rangkaian pengangkutan udara, darat dan laut. Ia dipaparkan melalui kapal terbang Sistem Penerbangan Malaysia, Sistem Transit Aliran Ringan dan kapal kontena Perbadanan Perkapalan Antarabangsa Malaysia yang membayangkan peri pentingnya pengangkutan dalam ekonomi Malaysia. Ciri-ciri keselamatan pada wang kertas ini termasuklah benang keselamatan berwarna pelangi dengan cetakan RM10, potret tanda bayang tiga dimensi, cetakan timbul anti salinan pendua berbentuk empat segi dan gentian keselamatan pada kertasnya.



Wang kertas bercantum RM10 siri ke 7 ini telah diedarkan pada bulan September 1983. Rekabentuknya adalah berasaskan kepada perhiasan traditional Malaysia, ukiran kayu, kraftangan dan bunga-bungaan serta vignet bangunan terkenal di Ibu Negara. Bahagian hadapan mempunyai potret Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Pertama. Latar belakang umum reka bentuk pula berasaskan perhiasan traditional Malaysia, batik, ukiran kayu dan lain-lain kraftangan. 



Reka bentuk utama di bahagian belakang wang kertas bercantum ini adalah vignet Stesen Keretapi Kuala Lumpur iaitu salah satu mercu tanda di Ibu Negara. Bunga raya yang merupakan bunga kebangsaan digambarkan pada penjuru kanan bahagian bawah wang kertas tersebut. Ciri-ciri keselamatan pula termasuklah benang keselamatan, imej pendam denominasi, tanda pandang telus dan potret tanda bayang Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pertama iaitu Tuanku Abdul Rahman. Wang kertas bercantum RM10 ini merupakan siri ke 7 & siri ke 8 yang ditandatangani oleh Tan Sri Dato' Ahmad Mohd Don dengan nombor siri yang sama tetapi berbeza prefix. Ia dikeluarkan secara 3 keping bercantum dengan jumlah 20,000 keping sahaja. Mengikut buku K.N.Boon nilainya dianggarkan berharga RM600. (Sumber: Bank Negara Malaysia, Buku K.N.Boon: Malaysia, Brunei & Singapore, Banknotes & Coins 6th Edition,2012)

Sunday, 14 July 2013

Uncut RM5 (8 Keping)

 Cover Depan



Wang kertas baru RM5 berwarna hijau yang dikeluarkan pada bulan September 1999 adalah bertemakan Wawasan 2020. Ia menggambarkan perkembangan serta pencapaian pesat ekonomi Malaysia menuju ke arah sebuah negara maju. Bagi RM5 siri baru yang telah dikeluarkan, sektor pembinaan dipilih sebagai motif reka bentuk utama. Bahagian hadapan wang kertas bercantum ini mengekalkan potret DYMM Seri paduka baginda Yang Dipertuan Agong pertama dalam cetakan intaglio dengan ciri keselamatan antisalinan pendua yang berbentuk empat segi yang nyata di bahagian tengah wang kertas berkenaan


Reka bentuk utama bahagian belakang pula memaparkan bangunan seperti KLIA, Menara Berkembar Petronas dan lakaran peta simbol lambang Putrajaya dan Cyberjaya. Ciri-ciri keselamatan pada wang kertas ini meliputi benang keselamatan dengan teks "BNM RM5" dicetak berulang-ulang, imej tanda bayang tiga dimensi, ciri anti salinan "PEAK" dan benang serat keselamatan pada kertasnya. Bagi wang kertas bercantum RM5  8 in 1 ini hanya dikeluarkan sebanyak 5,000 keping dan dianggarkan berharga RM800. (Sumber: Bank Negara Malaysia, K.N.Boon, Banknotes & Coins 2012)

Uncut RM5 (3 Keping)

 Cover Depan


 Info Dalam Bahasa Melayu


Muka Hadapan


 Muka Belakang


Info Dalam Bahasa Inggeris

Uncut RM1 (3 Keping)

Bank negara Malaysia kini memperkenalkan semula wang kertas RM1 baru yang merupakan denominasi keenam yang terbaharu (siri ke 3). Wang kertas RM1 baru ditandatangani oleh Gabenor sekarang,Dato Dr. Zeti Akhtar Aziz yang menyandang jawatan pada 1 Mei 2000. Wang kertas RM1 baru yang dicetak sebelumnya telah ditandatangani oleh Gabenor yang lepas iaitu Tan Sri Dato Seri Ali Abul Hassan bin Sulaiman. Wang kertas RM1 siri baru ini mengandungi ciri-ciri keselamatan terkini sebagai langkah mencegah pemalsuan.

Reka bentuk wang kertas RM1 siri baru ini bertemakan Wawasan 2020 yang menggambarkan perkembangan serta pencapaian pesat ekonomi Malaysia menuju ke arah sebuah negara maju. Fokus utama yang digambarkan pada motif latar belakang ialah sektor pelancongan. Ia memaparkan ilustrasi layang-layang Malaysia, pantai, Gunung Kinabalu dan puncak-puncak Gunung Api yang terletak di Taman Negara Mulu. Motif ini juga menggambarkan antara tempat pelancongan yang menarik di dalam negara. Sebagaimana denominasi lain bagi siri yang sama, wang kertas RM1 baru ini juga menggunakan simbol RM sebagai simbol mata wang Ringgit Malaysia. Mengikut buku K.N.Boon  bagi wang kertas bercantum 3 in 1 ini dianggarkan bernilai RM300. Wang kertas bercantum (Uncut Banknotes) ini hanya dikeluarkan sebanyak 30,000 keping sahaja. (Sumber: Bank Negara Malaysia, Malaysia,Brunei & Singapore, Banknotes & Coins,K.N.Boon) 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...