This blog is to share the interesting and beneficial hobbies such as collection of coins, banknotes, stamps, coupons, key chains,fridge magnet

Sunday 14 July 2013

Uncut RM1 (3 Keping)

Bank negara Malaysia kini memperkenalkan semula wang kertas RM1 baru yang merupakan denominasi keenam yang terbaharu (siri ke 3). Wang kertas RM1 baru ditandatangani oleh Gabenor sekarang,Dato Dr. Zeti Akhtar Aziz yang menyandang jawatan pada 1 Mei 2000. Wang kertas RM1 baru yang dicetak sebelumnya telah ditandatangani oleh Gabenor yang lepas iaitu Tan Sri Dato Seri Ali Abul Hassan bin Sulaiman. Wang kertas RM1 siri baru ini mengandungi ciri-ciri keselamatan terkini sebagai langkah mencegah pemalsuan.

Reka bentuk wang kertas RM1 siri baru ini bertemakan Wawasan 2020 yang menggambarkan perkembangan serta pencapaian pesat ekonomi Malaysia menuju ke arah sebuah negara maju. Fokus utama yang digambarkan pada motif latar belakang ialah sektor pelancongan. Ia memaparkan ilustrasi layang-layang Malaysia, pantai, Gunung Kinabalu dan puncak-puncak Gunung Api yang terletak di Taman Negara Mulu. Motif ini juga menggambarkan antara tempat pelancongan yang menarik di dalam negara. Sebagaimana denominasi lain bagi siri yang sama, wang kertas RM1 baru ini juga menggunakan simbol RM sebagai simbol mata wang Ringgit Malaysia. Mengikut buku K.N.Boon  bagi wang kertas bercantum 3 in 1 ini dianggarkan bernilai RM300. Wang kertas bercantum (Uncut Banknotes) ini hanya dikeluarkan sebanyak 30,000 keping sahaja. (Sumber: Bank Negara Malaysia, Malaysia,Brunei & Singapore, Banknotes & Coins,K.N.Boon) 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...