This blog is to share the interesting and beneficial hobbies such as collection of coins, banknotes, stamps, coupons, key chains,fridge magnet

Thursday, 11 July 2013

RM1 Zeti Aziz

Wang kertas RM1 mula diperkenalkan semula pada 8 November 2000 menggantikan syiling RM1 yang dimansuhkan serta dinyahwang pada 7 Disember 2005. Berukuran 12mm x 65mm dan berwarna biru. Wang kertas ini ditandatangani oleh Tan Sri Dato' Sri Dr. Zeti Aziz Akhtar Aziz. Ia menggunanakan cetakan Francois Charles Oberthur Fiduciarie,Giesecke & Devrient dan De La Rue Currency International. Prefix pertama bermula dengan AA. Manakala ZA,ZB,ZC,ZD,ZE,ZW adalah wang kertas gantian. Begitu juga dengan prefix yang bermula dengan ZAA,ZAB,ZAC dan ZAD.

Di bahagian hadapan wang kertas ini memaparkan potret Yang Dipertuan Agong yang pertama iaitu Tuanku Abdul Rahman. Sementara di bahagian belakang pula memaparkan gunung Kinabalu dan Wau Bulan. Gunung Kinabalu yang terletak di Sabah merupakan puncak tertinggi di Malaysia serta yang kelima di Asia Tenggara. Ia merupakan lambang kemegahan setiap penduduk yang tinggal di Sabah. Sesetengah menganggap Gunung Kinabalu ini dapat memberikan semangat juang dan satu padu rakyat Sabah. Menurut kepercayaan masyarakat Kadazan Sabah, Gunung Kinabalu merupakan tempat bersemadinya semangat mereka selepas meninggal dunia.

Manakala wau bulan yang dipaparkan dalam wang kertas RM1 ini melambangkan semangat kemasyarakatan yang utuh yang tercermin dalam aktiviti permainan traditional ini. Permainan wau atau layang-layang ini amat popular di Pantai Timur, Malaysia terutamanya negeri Kelantan. Wau Bulan antara jenis wau yang paling tersohor dikalangan masyarakat melayu. Ia dimainkan sejak kurun ke 15 lagi. Reka corak wau biasanya bermotifkan tumbuhan dan haiwan serta diwarnakan dengan pelbagai warna. Selain dijadikan permainan, wau juga menjadi hasil kraftangan dan hiasan dinding.


Wang gantian (ZAD 0700755)

Wang kertas RM1 diatas merupakan wang gantian (replacement)  yang dikeluarkan untuk menggantikan wang kertas yang rosak atau salah cetak. Biasanya ia mempunyai prefix khas seperti Z1, ZA ,ZB, ZC atau ZAA, ZAB, ZAC dan ZAD.


Wang RM1 polimer siri baharu diatas dikeluarkan pada 16 Julai 2012. Berwarna biru dan bersaiz 120mm x 65mm. Ia ditandatangani oleh Gabenor Bank Negara Tan Sri Dato' Sri Dr.Zeti Aziz Akhtar Aziz. Prefix pertama bermula dengan AA. Bank Negara Malaysia memperkenalkan wang polimer ini kerana ia lebih berkualiti serta tahan lama dan jangka hayatnya adalah antara dua hingga tiga kali lebih lama berbanding dengan wang kertas. Siri terbaru mata wang polimer ini mengambil inspirasi daripada pelbagai ciri-ciri unik Malaysia dengan menggunakan elemen khazanah semulajadi,budaya dan warisan negara. Secara keseluruhan reka bentuk wang polimer ini berasaskan kepada corak tenunan songket traditional melayu. Di bahagian hadapan memaparkan potret Tuanku Abdul Rahman iaitu Yang Dipertuan Agong yang pertama di sebelah kiri. Manakala bunga raya iaitu bunga kebangsaan di bahagian tengah wang polimer tersebut.


Di bahagian belakang pula memaparkan sejenis permainan traditional masyarakat melayu iaitu permainan wau. Permainan wau merupakan sukan traditional yang popular di Malaysia terutamanya di Kelantan dan Terengganu. Permainan wau secara tradisinya adalah suatu acara untuk meraikan hasil tuaian yang baik. Ia juga secara tidak langsung merapatkan masyarakat tempatan melalui permainan ini. Wau bulan adalah antara wau Malaysia yang paling terkenal yang terdapat pada wang RM1 polimer siri baharu ini. Wau bulan buatan tangan yang diperbuat daripada buluh dan kertas juga menjadi barang hiasan popular yang menghiasi rumah-rumah di Malaysia. (Sumber: Bank Negara Malaysia,Sinarharian.com.my,bharian.com.my)

4 comments:

  1. walaupun duit kertas ni sentiasa diperbahui rupanya, unik pada saya duit yang pertama.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang duit lama lebih unik reka bentuk dan coraknya..setiap apa yang terpapar di wang kertas kita mempunyai makna yang tersirat..cuma kita yang tidak megendahkannya walaupun duit sentiasa bersama kita...

      Delete
  2. salam kenal...nice hobby...heheheh...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...