This blog is to share the interesting and beneficial hobbies such as collection of coins, banknotes, stamps, coupons, key chains,fridge magnet
Showing posts with label Syiling. Show all posts
Showing posts with label Syiling. Show all posts

Monday, 19 August 2013

20 Cents Queen Victoria 1898


Tahun :1898
Mintage : 580,000
Berat : 5.43g
Diameter: 18.0mm
Muka hadapan : Ditera dengan perkataan "Queen Victoria" (Ratu Victoria) dan potret Ratu.
Muka belakang : Ditera dengan "Straits Settlements" dan "Twenty Cents 1898".


Tuesday, 30 July 2013

1 Cent Sarawak 1930

Duit syiling 1 cent diatas ditempa pada tahun 1930 dengan potret Sir Charles Vyner Brooke. Rajah Charles Vyner Brooke (1917-1946)  merupakan Raja Putih ketiga dan terakhir memerintah Sarawak selepas Sir James Brooke (1841-1868) dan Sir Charles Johnson Brooke (1868-1917). Duit syiling ini dikeluarkan sebanyak 3,000,000 dengan berat 5.50g dan berdiameter 24.5mm. Duit syiling 5 dan 10 cent turut ditempa dari tahun 1920 hingga 1934 dengan potret Sir Charles Vyner Brooke. Manakala duit syiling gangsa 1 cent antara tahun 1927 hingga 1941 dan diikuti oleh duit syiling 50 sen pada tahun 1927. Di muka belakang duit syiling 1 cent ini pula tertera perkataan "SARAWAK","ONE CENT" dan "1930".

Muka Belakang

Friday, 26 July 2013

1 Cent Queen Victoria 1888

Syiling 1 cent ini mula digunakan pada tahun 1886 di negeri-negeri selat (straits settlements). Pada tahun 1826 negeri-negeri Selat ditubuhkan  terdiri daripada negeri Melaka, Perak (Dinding), Penang (Prince Of Wales Island) dan Singapura. Sebelum syiling ini dikeluarkan, British juga menggunakan syiling "East India Company" (1826-1858) dan "India Straits" yang turut mempunyai gambar Queen Victoria. Syiling 1 cent ini diperbuat daripada tembaga (1872-1883) dan gangsa (1884-1901). Syiling 1 cent 1888 ini dikeluarkan sebanyak 10,000,000 dengan berat 9.33g, berdiameter 29mm. Syiling ini ditempa di Royal Mint London, United Kingdom. Duit syiling ini ditera dengan perkataan "QUEEN VICTORIA" (Ratu Victoria)  serta potret Ratu di muka hadapan. Manakala di muka belakang ditera dengan "STRAITS SETTLEMENTS" dan "ONE CENT 1888". (Sumber: Malaysia, Brunei & Singapore, Banknotes & Coins, 6th Edition,2012,K.N.Boon, malaysiancoins.com)

Syiling VOC 1754


Syiling diatas merupakan syiling tembaga yang diperkenalkan pada abad ke 18 semasa pemerintahan Belanda (1602-1800). Di muka hadapan wang syiling ini tertera tahun 1754 dan perkataan VOC. VOC atau dalam bahasa Belanda adalah singkatan kepada (Verenidge Oostindische Compagnie). Ia adalah sebuah Syarikat di Belanda yang disatukan menjadi sebuah Syarikat Hindia Timur Bersatu. Syarikat ini ditubuhkan pada 20 Mac 1602 yang berpusat di Batawi (kini dikenali sebagai Jakarta) di Jawa, Indonesia. Ia mempunyai penempatan di Kepulauan rempah (Maluku),Kepulauan Banda yang mana VOC mendapat monopoli ke atas penanaman buah pala. Mereka juga telah mengawal penempatan di Melaka pada tahun 1641 dan berjaya menawan Melaka daripada Portugis. VOC ini menjalankan perdagangan di Timur dan juga mendirikan kubu-kubu di perairan yang penting untuk menguasai perdagangan di pelabuhan-pelabuhan tempatan.(Sumber: Wikipedia, Ensiklopedia Bebas, cikgurazak.blogspot.com)

 Muka Belakang

Monday, 10 June 2013

Syiling (Siri ketiga)

Siri ketiga wang syiling sen diumumkan pada 25 Julai 2011, mula-mula dikeluarkan sebagai syiling peringatan untuk menandakan pengeluaran pada awal tahun 2012. Siri ketiga ini bertema "Keunikan Malaysia" dan mendapat ilham daripada motif flora dan fauna yang terdapat pada pelbagai budaya di Malaysia untuk mencerminkan kepelbagaian dan kekayaan jati diri negara Malaysia. Peringkat-peringkat nilai yang dikeluarkan ialah 5, 10, 20 dan 50 sen. Pada 24 Oktober 2011, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Donald Lim menamai Poogsan Corporation dari Korea Selatan sebagai pembekal mata wang siri ini. Syiling-syiling ini ditempa di Kilang Syiling Bank Negara di Shah Alam.(Sumber: Giedroyc, Richard (2011-12-14). "Malaysia Names New Currency Producers". Capaian 2012-01-07.)

Menurut Lim, kos pengeluaran syiling ini dikurangkan sebanyak 49% disebabkan perubahan pada kandungan logam. Perubahan-perubahan lain pula termasuk diameter, warna syiling 20 dan 50 daripada perak kepada kuning, dan reka bentuk baru pada muka hadapan dan nilai lain motifnya, empat belas titik yang melambangkan tiga belas negeri dan kolektif Wilayah Persekutuan, dan lima garis melintang yang melambangkan lima prinsip Rukunegara.


Wang syiling 50 sen agak berbeza dengan nilai-nilai yang lain, kerana bentuk bulatnya berlekuk sembilan dan tiada teraan "BANK NEGARA MALAYSIA". Muka hadapan tiada lima garis melintang, sebaliknya diberi ciri keselamatan gambar terpendam di bahagan atas, di mana teraan nilai "50 SEN" kelihatan apabila syiling itu disengetkan sedikit.( Sumber: Wikipedia,Ensiklopedia Bebas)

Syiling (Siri Kedua)

Siri kedua wang syiling sen diedarkan mulai akhir tahun 1989, tampil dengan reka bentuk serba baru pada kedua-dua muka, tetapi masih mengekalkan reka bentuk sisi, diameter dan komposisi siri yang terdahulu, kecuali syiling seringgit. Antara ciri-ciri reka bentuk baru ini termasuk gambar peralatan tradisional Melayu di muka hadapan, serta peneraan bunga raya, iaitu bunga kebangsaan Malaysia, di bahagian atas muka belakangnya. Siri kedua ini direka oleh Low Yee Kheng.

Selain perubahan pada muka-mukanya, syiling 1 ringgit turut dikecilkan diameternya daripada 33 mm kepada 24 mm, dan bahannya ditukar daripada kupronikel kepada aloi tembaga, zink dan timah. Lambang $ turut dibawa ke syiling baru itu, tetapi digugurkan untuk membuka laluan kepada "RINGGIT" bagi syiling-syiling yang ditempa mulai tahun 1993. Pada 7 Disember 2005, syiling 1 ringgit dinyahwang dan ditarik keluar dari edaran. Antara sebabnya ialah masalah berkenaan penyelarasan (ditempanya dua versi berlainan dalam siri kedua ini) serta pemalsuan.


Setakat 1 April 2008, berkuatkuasanya mekanisme pembundaran harga kepada 5 sen yang terdekat dalam pembilan jumlah harga, yang mula-mula diumumkan oleh Bank Negara pada tahun 2007 sebagai langkah menyingkirkan syiling 1 sen Barang-barang dan perkhidmatan individu masih boleh diberi harga berangka kandungan 1 sen sementara jumlah harga muktamad dibundarkan kepada 5 sen yang terdekat. Misalnya, dua barang yang masing-masing berharga RM4.88 dan RM3.14, maka berjumlah RM8.02, dibundarkan kepada RM8.00. Jika setiap barang itu dibundarkan satu demi satu (masing-masing kepada RM4.90 dan RM3.15), maka jumlah yang tidak betul ialah RM8.05. Secara amali, barang-barangan individu kekal berharga pada "titik harga" (atau harga psikologi dan harga nombor ganjil) yang berakhir dengan 98 dan 99 untuk memaksimumkan untung pembundaran bagi pihak penjual, terutamanya ketika pembelian barang tunggal. Syiling-syiling 1 sen yang masih diedarkan masih diterima sebagai wang sah untuk pembayaran hingga RM2.00.(Sumber: "Soalan Lazim Mengenai Mekanisme Penggenapan", Bank Negara Malaysia. Dicapai pada 2008-04-08.)

Syiling (Siri Pertama)

Siri pertama wang syiling sen diperkenalkan pada tahun 1967 dalam peringkat-peringkat nilai 1 sen, 5 sen, 10 sen, 20 sen, 50 sen, disusuli dengan munculnya wang syiling 1 ringgit (yang memakai lambang $ dan merupakan syiling terbesar dalam siri) pada tahun 1971. Walaupun berbeza-beza diameternya, namun hampir semua syiling ini ditempa dengan reka bentuk yang hampir sejajar di muka hadapan dan belakangnya sekali. Muka hadapan syiling ini bergambar Bangunan Parlimen Malaysia serta lambang bintang dan bulan persekutuan yang berasal daripada bendera Malaysia. Semua syiling ini dibuat dengan kupronikel kecuali syiling 1 sen yang asalnya dibuat dengan gangsa pada tahun 1967 hingga 1972, kemudian dengan keluli bersalut tembaga mulai tahun 1973. Syiling 50 sen ialah satu-satunya syiling dalam siri yang menjalani rekaan semula, iaitu pada tahun 1971 apabila sisinya menerima pengubahsuaian kecil supaya tertera tulisan huruf "Bank Negara Malaysia".Pengeluaran siri sen pertama diberhentikan pada tahun 1989 apabila siri kedua diperkenalkan, namun masih diterima sebagai wang sah pada tahun 2010 walaupun semakin jarang diedarkan sejak keluarnya siri kedua. (Sumber: Wikipedia,Ensiklopedia Bebas)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...