This blog is to share the interesting and beneficial hobbies such as collection of coins, banknotes, stamps, coupons, key chains,fridge magnet

Monday 30 September 2013

1 Cent Malaya King George VI 1943

Spesifikasi Teknikal:-
Denominasi: 1 Cent
Raja/Gabenor: King George VI (1936-1952)
Tahun: 1939,1940, 1941, 1943, 1945
Mint: Calcutta Mint (1941), Bombay Mint (1945), Royal Mint
Berat: 4.21gm
Ketebalan: 1.64mm
Size: 20mm x 20mm
Edge: Plain
Shape: Quadrangular (4-Sided, rounded)
Mintage: 50,000,000 (1943)
Metal: Bronze

Muka Belakang tertera perkataan "COMMISSIONERS OF CURRENCY MALAYA", "1943" dan "1 CENT".

Syiling 50 sen 1969 dilelong RM2800? | Malaysia coin info

Syiling 50 sen 1969 dilelong RM2800? | Malaysia coin info

Sunday 29 September 2013

"3000 SLE Supporters Giveaway"


Assalamualaikum.


klik banner untuk join


Senarai hadiah:
Cash RM100 x 1, doodle ART button badge x 10, DuniaShida button badge x 3, perfume x 2, photo canvas (art kufi) x 3, photo canvas (typography canvas) x 3, Novel x 5, tudung bawal x 3, beauty tool x 1, bookmark limited edition x 15, pin ribbon x 2, topup RM10 x 8, topup RM5 x 5

3000 SLE Supporters Giveaway dianjurkan oleh DayangDeno dan disponsor oleh DayangDeno, NazrinaHussin, DuniaShida, Canvas D'Arte, Hawadah, Mojat, DyshaSahhir, MamaDarwiish, AkuMira, Pinkizluv, NadiaDiana, Cahaya Jannah, AdamFaiz, AisyaLieza, Nasuha, GreenAmila, CikkMira

Tamat 24 Oct 2013, 12malam

10 Cents Sarawak 1940

Sebelum tahun 1900 duit syiling awal Negeri Sarawak tidak melebihi 1 sen. Pada tahun 1800 wang kertas jenis 5 dan 10 dolar telah pun diperkenalkan serta dimasukkan dalam edaran oleh Bendahari. Wang kertas berkenaan boleh ditukarkan dengan peso perak Mexico sebelum dolar negeri-negeri Selat diperkenalkan pada tahun 1903.

Kerajaan telah mengeluarkan wang kertas bagi mengatasi masalah pengurangan import dolar perak pada tahun 1900. Wang kertas yang dikeluarkan oleh Bendahari termasuklah jenis nilai 1, 5, 10, 25 dan 50 dolar. Wang kertas Darurat (Emergency Issues) juga telah dikeluarkan oleh kerajaan semasa Darurat. Wang-wang kertas ini hanya dikeluarkan semasa pemerintahan Rajah Charles Vyner Brooke (1917-1946) sehinggalah penaklukan tentera Jepun (1941-1945).


Muka Hadapan

Duit ini dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri Sarawak pada 1 Ogos 1940 yang bernilai 10 cents. Ia mempunyai 3 siri prefix iaitu A, B dan C. Koleksi NH hanya mempunyai prefix A sahaja (A 594882). 10 cents Sarawak ini berukuran 120mm x 79mm. Wang ini juga dikategorikan dalam edaran nota kecemasan atau "Emergency Issues". Ia direka dan dicetak oleh Jabatan Penyiasatan Persekutuan Tanah Melayu (The Survey Department of Federated Malay States). Di bahagian hadapan wang kertas ini tertera potret Rajah Charles Vyner Brooke disebelah kanan. Manakala di sebelah kiri pula terdapat tera air (watermarks) iaitu huruf terjalin S, D dan M yang membawa maksud Jabatan Ukur Malaya. Wang ini juga mempunyai warna merah, hijau, biru dan oren di atas kertas putih dengan nombor siri yang berwarna hitam (A 594882).

Selain itu di bahagian hadapan wang ini juga tertera "THE GOVERNMENT OF SARAWAK", "PROMISES TO PAY THE BEARER ON DEMAND AT KUCHING","TEN CENTS", "LOCAL CURRENCY FOR VALUE RECEIVED" di dalam sempadan corak (pattern border). Sementara nilai dalam perkataan dan angka di sebelah kanan wang tersebut. Mengikut buku K.N.Boon wang ini bernilai RM400 untuk keadaan very fine (VF). Rujukan: KNB26a 10 Cents Printer The Survey Dept F.M.S Letter "A" 1/8/1940, hlm 249.

Bahagian Belakang note yang kosong


Tuesday 24 September 2013

SEGMEN BLOGLIST OKTOBER ZAMANI ABE & MENANG HADIAH MISTERI!




Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat blogger semua. Kali ini Zam ingin menjemput anda untuk menyertai SEGMEN BLOGLIST OKTOBER ZAMANI ABE dan di dalam masa yang sama anda juga berpeluang MEMENANGI SATU HADIAH MISTERI dari Zam! Insya Allah segmen ini mampu memberikan manfaat kepada setiap blog yang mengambil bahagian :)

Zam akan memasukkan blog peserta ke dalam bloglist khas Zam di sepanjang bulan Oktober, & di penghujung bulan Zam akan memilih salah seorang peserta untuk menerima sebuah hadiah misteri dengan menggunakan Random.Org.

Segmen ini akan berlangsung mulai 23 September sehingga 27 September (11.59pm).

Syarat-syaratnya:
  1. Masukkan blog ZAMANI ABE ke dalam bloglist di blog anda (Penting).
  2. FOLLOW blog ZAMANI ABE.
  3. LIKE Page Abe Za In Da Blog Di FACEBOOK .
  4. Sediakan entri dengan tajuk SEGMEN BLOGLIST OKTOBER ZAMANI ABE & MENANG HADIAH MISTERI!  
  5. Copy kod di yang disediakan, paste kan di HTML entri anda, dan publish.
  6. Hantarkan link penyertaan anda di ruangan komen entri ini :)

  7. (kredit idea hasilkan segmen mudah dan pantas ini kepada Mialiana.Com)

Monday 23 September 2013

Dirham Kelantan

 Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Mungkin ada yang sudah tahu atau dengar kisah dinar dan dirham Kelantan. Mungkin juga ada yang tercari-cari maklumat mengenai dinar dan dirham Kelantan ini. NH ingin berkongsi maklumat mengenai besi yang amat berharga ini dengan pembaca semua. Dirham dan dinar Kelantan ini ditempa oleh WORLD ISLAMIC MINT (WIM). WIM adalah official authority dalam standard mencetak dan setting untuk dinar dan dirham. Tujuan mereka adalah untuk mengembangkan mata wang syariah sebagai mata wang dunia.

Dinar dan dirham Kelantan ini mula diperkenalkan pada tahun 2006 (versi lama). Manakala versi baru mula dilancarkan secara rasminya pada 12 Ogos 2010 bersamaan dengan 2 Ramadhan 1431H. Maka bermulalah titik bersejarah penggunaan dinar dan dirham dalam skala yang lebih besar dalam muamalah harian umat islam di  Kelantan. Dirham Kelantan ini boleh didapati dalam denominasi seperti berikut:-

DirhamStandards KGT Dirham Kelantan

2 Dirham Versi Lama


2 Dirham Versi Baru

Ianya dilancarkan sebagai matawang Islam untuk menyempurnakan urusan pembayaran gaji, Pembayaran Zakat, Mas Kahwin dan juga untuk kegunaan perniagaan.  Dirham juga digunakan dalam kehidupan seharian dan kegunaan masa hadapan. Dinar dan dirham sebagai mahar perkahwinan adalah sunnah Nabi Muhammad S.A.W. Mahar perkahwinan Nabi Muhammad S.A.W kepada Aishah R.A adalah sebanyak 500 dirham perak. Manakala perkahwinan Nabi Muhammad dengan Habibah Binti Ramlah sebanyak 500 dinar emas. http://www.dinarkel.com/
hantaran dinar dirham kelantan
Contoh gubahan daripada dinar dan dirham sebagai mahar perkahwinan.

Jika anda berminat mengumpul koleksi dirham,boleh pelbagaikan koleksi anda dengan dirham emirate, dirham muslim dan banyak lagi. Anda boleh bertanya Encik Google untuk maklumat selanjutnya. Setakat ini NH hanya memiliki dirham sahaja dan untuk memiliki dinar tu belum mampu lagi...maklumlah modal ciput je.

Sunday 22 September 2013

$5 Dollars Malaya 1941


Muka Hadapan (A/76 000993)

Wang kertas  five dollars Malaya ini dikeluarkan oleh Lembaga Suruhanjaya Matawang Malaya pada 1st July 1941. Duit ini dikeluarkan dalam dua versi yang berbeza iaitu versi pertama pada tahun 1940 (berwarna biru). Versi pertama  amat sukar ditemui. Manakala versi kedua  berwarna hijau (1941). Duit Five Dollars Malaya ini juga boleh dikatakan "rare" kerana sukar di jumpai dan NH juga mengambil masa agak lama untuk mendapatkannya. Di muka hadapan duit ini tertera potret King George VI. Ia ditandatangani oleh H.Weisberg iaitu Pengerusi Pesuruhjaya dan dicetak oleh Waterlow & Sons Limited, London. Berukuran 135mm x 77mm. Di bahagian hadapan juga terdapat perkataan "BOARD OF COMMISIONERS OF CURRENCY MALAYA", "THIS NOTE IS LEGAL TENDER FOR FIVE DOLLARS IN THE STRAIT SETTLEMENTS AND MALAY STATES" dan tulisan jawi yang bermaksud "WANG KERTAS INI SAH DIPERLAKUKAN DI DALAM NEGERI MELAYU".

Di muka belakang pula masih tertera jata Negeri-negeri Selat  1867 yang terdiri daripada Perak,Pahang, Selangor dan Negeri Sembilan di sebelah kiri. Manakala di sebelah kanan terdapat jata negeri Kedah, Perlis, Johor, Kelantan, Terengganu dan Brunei. Nilai wang dalam tulisan jawi di kedua-dua penjuru sebelah atas. Sementara di kedua-dua penjuru sebelah bawah nilai wang kertas dalam bentuk angka "5".

Saturday 21 September 2013

Tahap Gred Mata Wang Kertas

Assalamualaikum....

Entri kali ini NH nak berkongsi serba sedikit panduan untuk mengred mata wang kertas, terutama bagi yang sedang berjinak-jinak dalam hobi Numismatik (akak pun newbie juga dalam bidang ni). So,sebelum kita mengumpul item-item yang menjadi "buruan" dan "rare", collector hendaklah mengetahui kondisi/keadaan mata wang tersebut. Tahap-tahap Grednya mengikut buku K.N.Boon dan Peter Eu & Ben Chiew adalah:-

UNCIRCULATED (UNC) - Sempurna. Mempunyai penjuru yang tajam dan tiada kesan lipatan. Tiada kepudaran warna. Kertasnya kukuh dan bersih.

ABOUT UNCIRCULATED (AU) - Wang kertas kelihatan sempurna, namun bahagian tengah atau penjurunya terdapat sedikit kesan lipatan. Mempunyai penjuru yang tajam. Tiada kesan calar. Tiada kepudaran warna serta permukaannya bersih.

EXTREMELY FINE (EF) - Maksimum 3 kesan lipatan yang minor atau 1 kesan calar. Mempunyai penjuru yang tajam. Tiada kepudaran warna dan permukaannya bersih.

VERY FINE (VF) - Terdapat beberapa kesan lipatan. Permukaan sedikit kotor dan warnanya sedikit pudar. Penjuru mungkin terkoyak tetapi tidak dibahagian sisi. Masih mempunyai penjuru yang tajam serta kertas masih kelihatan keras.

FINE (F) - Terdapat banyak kesan lipatan dan calar. Terdapat sedikit kotoran. Sisinya mungkin terkoyak sedikit, terdapat lubang staple atau lubang pin (pinholes) tetapi tidak ditengahnya. Warnanya masih kelihatan tetapi tidak terang.

VERY GOOD (VG) - Penjuru koyak dan tidak tajam. Warna pudar serta terdapat lubang-lubang kecil tetapi tidak menjejaskan keseluruhan imej permukaan.

GOOD (G) - Permukaan koyak, mempunyai banyak kesan lipatan dan calar yang kuat. Terdapat lubang-lubang tetapi tidak menjejaskan keseluruhan imej permukaan. Terdapat kesan contengan tulisan.

FAIR (FA) - Permukaan yang lenyai, koyak, kotor dan kepudaran warna. Lubangnya lebih besar. Sebahagian daripada permukaan hilang dan terdapat contengan tulisan.

POOR (P) - Permukaan yang lenyai, koyak, kotor dan kepudaran warna. Lubangnya lebih besar. Sebahagian besar daripada permukaan hilang. Terdapat contengan tulisan dan bahagian-bahagian disambung dengan selotape.

Wednesday 18 September 2013

Gred Duit Syiling


  • POOR/FAIR ( P ) -Tulisan dan gambarnya amat sukar dibaca. Namun keseluruhan reka bentuk masih dapat dilihat. Biasanya ia tidak dihiraukan oleh para pengumpul.
  • GOOD ( G ) - Tulisan dan gambarnya pudar tetapi masih dapat dibaca. Permukaannya telah diratakan. Sebahagian daripada tulisan mungkin sukar dikenalpasti. Terdapat kesan calar dan pinggiran yang pecah. Melainkan ianya duit syiling yang sukar dijunpai, ia tidak digemari oleh para pengumpul.
  • FINE ( F ) - Masih menunjukkan keseluruhan reka bentuknya. Terdapat kesan calar dan pinggiran yang pecah.

  • VERY FINE ( VF )  - Terdapat kesan calar, tompok pada permukaan  namun  reka bentuk lain masih jelas kelihatan.
  • EXTREMELY FINE ( EF ) - Kelusuhan ringan di keseluruhan reka bentuk tetapi kesan kilauan masih kelihatan.
  • ABOUT UNCIRCULATED ( AU )- Kesan kelusuhan ringan di kebanyakkan ciri-ciri tinggi. Sekurang-kurangnya setengah kilauan mungkin kelihatan.
  • UNCIRCULATED ( UNC ) - Tiada kesan calar atau pecahan. Kesan calar yang sedikit mungkin disebabkan ketidak sempurnaan semasa penempaan. Permukaan mungkin berbintik atau kehilangan sedikit kilauan.
  • BRILLIANT UNCIRCULATED ( BU ) - Warna asal yang jelas. Tiada kesan kotoran atau kesan calar.
  • PROOF ( PF ) - Duit syiling yang ditempa khas dan boleh dibezakan dari corak bentuk yang terperinci. Permukaan berkilau bagaikan cermin. Peruf merujuk kepada cara penempaan dan bukan keadaan duit syiling.
Sumber: Mata wang Malaysia,Coins & Banknotes 2010, Peter Eu & Ben Chiew, Malaysia, Brunei & Singapore, Banknotes & Coins, 2012, K.N.Boon.

Tuesday 17 September 2013

SIMPLE GIVEAWAY BY FARISHA #1


Dijemput semua Blogger menyertai Simple Giveaway By Farisha #1
Sebanyak lima pemenang dicari

Giveaway ini sah dari 12/09/2013 sehingga 18/09/2013
(Seminggu sahaja)
Pemenang akan diumumkan pada 19/09/2013

Klik Banner untuk sertai dan melihat hadiah

Terima Kasih dan "Good Luck"!
 


Duit syiling Hari Malaysia Ke-50 tahun | Malaysia coin info

Duit syiling Hari Malaysia Ke-50 tahun | Malaysia coin info

T-SHIRT I ❤ BLOGGING GIVEAWAY



Klik Banner
Bermula 16 September - 23 September 2013

Monday 9 September 2013

"Bravo! Giveaway by Ieyra Ghani"



KLIK BANNER!


Assalamualaikum.

First off all, peserta mestilah mempunyai sifat jujur dalam diri! Jom ramai ramai meriahkan Bravo! Giveaway by Ieyra Ghani ini! Pelbagai hadiah yang menarik menanti para pemenang!

Promot habis-habisan untuk memenangi kategori top referral (6 pemenang ) yang bakal memenangi ;

Baju random x3
Lil' Basket Hamper x2
Blouse Zebra x1

Yang selebihnya akan ditentukan oleh pakcik random 100%

Semua peserta Wajib ikut syarat daripada penganjur dan {para sponsor} yang telah menaja {pelbagai jenis hadiah!}


ADAKAH ANDA PEMENANG YANG DICARI ? JOM SERTAINYA SEKARANG!

Sunday 8 September 2013

Straits Settlements King George V 20 cents



Spesifikasi Teknikal:
Denominasi: 20 sen
Dikeluarkan oleh: Negeri-negeri Selat
Raja / Gabenor: King George V
Tahun: 1916, 1917, 1919, 1926, 1927, 1935
Mint: Bombay Mint, India; Royal Mint, Great Britain.
Artist: Sir Bertram Mackennal, Great Britain, 1911
Diameter: 23.8 mm
Berat: 5.43 g
Bentuk syiling: Bulat (Round)
Kandungan: 1916-1917 0,600 Perak; 1919 0,400 Perak; 1926-1935 0,600 Perak
Coin Edge: gilingan (Milled)

50 Cents 1920 Straits Settlements King George V


Duit syiling 50 sen di atas dikeluarkan pada tahun 1920 oleh negeri-negeri Selat yang terdiri daripada Tanah Melayu, Pulau Pinang, Melaka dan Singapura. Ia di cetak oleh Mint Bombay, India. Duit syiling ini mempunyai berat 8.42g dan berdiameter 28.5mm. Pada tahun 1920 duit syiling ini dikeluarkan sebanyak 3,900,051 keping. Di bahagian hadapan duit syiling ini tertera potret King George V (1910-1936) dengan memakai mahkota "imperial" serta jubah separas kolar garter. Terdapat juga perkataan "GEORGE V KING AND EMPEROR OF INDIA" serta tanda "Cross".

Di bahagian belakang pula tertera nilai "50 CENTS" di pusat dalam bulatan manik. Begitu juga terdapat perkataan "STRAITS SETTLEMENTS", "HALF DOLLAR" dan "1920". Ia berbentuk bulat dan diperbuat daripada perak (500 silver). Mengikut buku K.N.Boon sekeping duit syiling ini dianggarkan bernilai RM50 untuk keadaan EF (Extremely Fine).

Saturday 7 September 2013

1st GiveAway By AdkDayah

cepat tekan banner..

hadiah yang ohsemmenanti anda
reader x nak ke? kalau nak join cepat dekat SINI
antara hadiah yang ohsem
novel terpakai (nama je terpakai tapi still cantik dan elok lagi tau)
4 pemenang ( sape cepat bole pilih yang mana satu)

majalah ujang keluaran terbaru x 2 pemenang
(gambar contoh)

Felt keychain yang superb cumel x 1 pemenang

cover photo x 3 pemenang
(gambar contoh)
topup RM10 x 4 pemenang
topup RM5 x 2 pemenang

Fridge magnet x 3 pemenang
(xde gambar)
bloglist x 3 pemenang
bloglist sebulan + review blog x 3 pemenang (dayah sendiri)

apa tunggu lagi??cepat sertai 1st GiveAway by adkdayah..tekan banner diatas

"Segmen Rakan Blogger cikguzamrud.com"



Jom sertai "Segmen Rakan Blogger cikguzamrud.com". Segmen ini berlangsung daripada 1 September 2013 hingga  30 September 2013. Caranya mudah sangat. Cuma lima langkah sahaja.

  1. Follow Blog cikguzamrud.com, Tambah Google+ hijau zamrud
  2. Buat entri bertajuk "Segmen Rakan Blogger cikguzamrud.com"
  3. Copy paste kod HTML yang telah disediakan diruangan HTML new post dan publish entri.
  4. Tinggalkan link (URL entri) anda diruangan komen entri ini.
  5. Klik mana-mana iklan Nuffnang.

Blog rakan blogger yang menyertai "Segmen Rakan Blogger cikguzamrud.com" akan tersenarai dalam bloglist cikguzamrud.com sehingga 31 Disember 2013.

Segmen ini dibuat sempena pertukaran domain pbssainsonline.blogspot.com kepada cikguzamrud.com. Selain itu, ia memberi peluang kepada cikguzamrud mengenali rakan-rakan blogger dan menziarahi blog rakan-rakan blogger. Secara tidak langsung segmen ini dapat merapatkan lagi persahabatan sesama blogger.

Kepada semua rakan blogger, selamat berkenalan. Terima kasih kerana memberi meryertai "Segmen Rakan Blogger cikguzamrud.com". Sokongan kalian amat saya dihargai.

Friday 6 September 2013

MNS Auction

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia...
Persatuan Numismatik Malaysia akan mengadakan lelongan:-

Tarikh: 29 September 2013 (Ahad)
Tempat: Muzium Negara, Jalan Petalawati, Kuala Lumpur
Masa: 9.30 pagi


Untuk maklumat lebih lanjut,boleh layari blog Mr.Niew Dickson http://dniewcollectors.blogspot.com/2013/09/mns-auction-no157-lot26-to-lot-50.html

Wednesday 4 September 2013

Hobi Mengumpul Duit Lama

BERAPAKAH jumlah yang anda sanggup bayar untuk memiliki sekeping wang tinggalan zaman pentadbiran Negeri-Negeri Selat? RM10 atau RM100? Bagaimana kalau harganya mencecah RM1.2 juta?

Bagi kebanyakan kita, nilai sebegitu tinggi tidak munasabah. Bagaimanapun, bagi pengumpul wang lama, kepuasan melengkapkan koleksi lebih diutamakan. Justeru, RM1.2 juta untuk sekeping wang keluaran 1911 yang memiliki nombor siri A000001 sangat berbaloi.

Minat mengumpul wang kertas dan duit syiling lama semakin subur di Malaysia berbanding sekitar 1990an atau 1980an. Disebabkan sudah ramai pengumpul, mendapatkan koleksi wang juga semakin sukar. Harganya juga meningkat setanding nilai mata wang semasa.

Bagi pengumpul di Malaysia melengkapkan koleksi wang tempatan, termasuk Brunei dan Borneo ketika zaman penjajahan Inggeris hingga kini adalah satu kemestian. Dari situ, mereka akan melebarkan koleksi kepada wang negara lain, misalnya mata wang Eropah zaman sebelum pengenalan Euro. Tidak kurang juga yang mengumpul wang negara bermasalah seperti Afghanistan dan Iraq selain negara miskin seperti Uganda atau Brazil kerana kos untuk memilikinya sangat murah.

Pengumpul mata wang, Lawrence de Souza, berkata sebelum merdeka, Malaysia atau Tanah Melayu menggunakan mata wang Dolar dan ia turut digunakan di British Borneo merangkumi Sabah, Brunei dan Sarawak. Justeru, kata de Souza, melengkapkan koleksi mata wang dolar bermula 1901 hingga 1967 adalah antara impian besar pengumpul mata wang.

Pada 1901 hingga 1910, Tanah Melayu menggunakan mata wang dengan imej Raja Edward Ketujuh. Ia kemudian bertukar kepada dolar dengan gambar George V (1910-1936), George VI (1936-1952) dan Ratu Elizabeth (1952-1967). “Pada 1967 Malaysia memperkenalkan mata wang dikenali sebagai Siri Parlimen dan ia kekal hingga 1988. Ketika itu, Malaysia memiliki  wang kertas bernilai RM1,000 yang ditulis sebagai “saribu”,” katanya.

Kata de Souza, nilai sekeping wang saribu yang berkeadaan baik dan nombor siri menarik boleh mencecah hingga RM50,000. Bagaimanapun, dalam koleksi wang kertas lama Malaysia, wang dengan nilai saribu itu paling susah ditemui. Jika adapun, pemiliknya tidak akan menjualkannya kerana nilai sentimental yang ada pada wang itu.


Sebenarnya, dalam menilai kegilaan mengumpul wang lama, nilai muka tidak penting. Harga ditawar berdasarkan keadaan atau kualiti duit, tahun dikeluarkan dan nombor siri duit berkenaan. Wang kertas RM2 yang berkeadaan baik, misalnya boleh mencecah hingga ratusan ringgit. Apatah lagi jika ia edisi khas, misalnya 10 keping RM2 yang tidak dipotong. Selain wang era Siri Parlimen, wang zaman Negeri-Negeri Selat, Negeri-Negeri Bersekutu dan Negeri-Negeri Tidak Bersekutu juga adalah antara yang popular. Duit syiling dan syiling  peringatan juga mendapat permintaan tinggi. Duit syiling suku sen yang digunakan di Negeri-Negeri Selat, misalnya boleh mencecah hingga RM150,000. Selain keunikannya, syiling ini bersepuh emas. Duit syiling setengah sen dan satu sen keluaran 1891 juga boleh mencecah nilai sama.

“Ada banyak sebab orang mengumpul wang lama. Mungkin keasyikan melengkapkan koleksi atau mungkin bermula dengan suka-suka tetapi akhirnya ketagih,” katanya. Bagi de Souza, dia mula mengumpul wang lama sejak remaja tetapi minatnya semakin bertambah apabila bertugas di bank komersial. Hari ini sebagai pesara bank, dia memiliki banyak koleksi wang lama terutama pada era pemerintahan Inggeris. “Mengumpulkan wang lama pada hari ini tidak lagi seperti dulu kerana dulu jumlah pengumpul sedikit, manakala wang lama yang ada di pasaran banyak. Hari ini sebaliknya,” katanya.

Selain membeli di kedai menjual mata wang lama, de Souza melengkapkan koleksinya dengan menghadiri lelongan wang lama yang dianjurkan Persatuan Numismatik Malaysia. Ada kala, jika acara lelongan itu tidak menemukannya dengan mata wang yang dicari, de Souza seperti pengumpul wang lama akan mencarinya pada acara lelongan mata wang lama di luar negara seperti di Hong Kong.
Pengumpul mata wang dengan modal besar pula boleh mendapatkan mata wang yang dikehendaki dengan membelinya melalui ejen mata wang yang berkhidmat secara bebas. Mereka biasanya warga asing yang mahir dalam selok belok urusan mata wang.

Walaupun dianggap sebagai hobi yang mahal bagi sesetengah orang, hobi mengumpul mata wang lama sebenarnya banyak bergantung kepada keadaan kewangan individu. Ini kerana walaupun ada wang lama yang boleh mencecah nilai hingga ratusan dan jutaan ringgit, ada juga wang yang boleh dibeli pada harga RM3 saja.

Lebih istimewa, seni pembuatan wang itu sendiri berbeza walaupun datang dari negara sama selaras dengan perkembangan budaya dan kemajuan negara berkenaan. Sesebuah negara, misalnya menukar mata wang yang digunakan lebih daripada sekali dalam masa 10 tahun. Semua ini dilakukan bagi memantapkan lagi mekanisme keselamatannya, selain perkembangan semasa yang menuntutnya berbuat demikian.


Banjir naikkan nilai syiling 10 sen 1971

APA yang membuatkan sekeping wang lama boleh mencecah hingga ratusan ringgit? Pengumpul dan pekerja kedai menjual mata wang lama, Tan Meng Fong, berkata antara faktor yang membuatkan wang lama bernilai tinggi ialah keadaannya yang masih baik, tidak berlipat, jauh sekali terkoyak. “Ada juga wang lama sedikit terjejas, misalnya berlipat tetapi hanya satu lipatan. Dengan satu lipatan pun, ia berupaya menurunkan nilainya,” katanya.

Kata Tan, satu lipatan pada wang boleh menjejaskan sehingga 50 peratus nilainya. Justeru, harganya akan terus menurun jika wang itu memiliki dua atau tiga lipatan. “Pengumpul jarang memilih wang yang dilipat lebih dari sekali melainkan ia benar-benar sukar diperoleh. Namun, harganya tidak semahal harga wang sama tetapi masih elok,” katanya.

Selain kualiti, wang yang dihasilkan dalam jumlah yang terhad juga melonjakkan harga. Misalnya, duit syiling keluaran 1971 memiliki nilai tinggi di kalangan pengumpul kerana ditempa di Jerman Barat. Duit syiling itu adalah duit syiling Malaysia yang terakhir ditempa di luar negara. Pada tahun sama, sebahagian duit syiling ditempa di kilang wang Bank Negara Malaysia di Shah Alam.

Bagaimanapun, penempaannya terhad kepada syiling 10 sen saja.  Banjir besar yang melanda Selangor dan Kuala Lumpur menjejaskan operasi penempaan apabila limpahan banjir masuk ke dalam mesin pencetak. Kejadian itu menyebabkan hanya 32,000 keping sempat ditempa. Jumlah yang sedikit melonjakkan permintaannya. Kata Tan, sekeping duit syiling 10 sen yang dikeluarkan pada 1971 boleh mencecah harga RM2,500.

“Syiling peringatan juga memiliki peminat tersendiri. Lebih ramai peminat, lebih tinggi nilainya. Wang syiling peringatan RM5 boleh bernilai RM1,800,” katanya. Faktor sukar diperoleh juga meningkatkan nilai wang berkenaan. Bagi wang kertas Malaysia atau Tanah Melayu dan Negeri-Negeri Selat, keluaran terhad menyumbang kepada nilainya.

Adakala edisi wang terhad disebabkan perkhidmatan Gabenor Bank Negara yang singkat melonjakkan harga wang lama. Misalnya, untuk 1981 hingga 1984, Bank Negara Malaysia diterajui Tan Sri Aziz Taha. Dalam tempoh tiga tahun menjadi Gabenor Bank Negara, Aziz menandatangani dua siri wang kertas Malaysia (siri 4 dan siri 5). Faktor ini menjadikan nilai wang kertas pada era Aziz sangat mahal.
Apatah lagi jika wang itu memiliki nombor siri berturutan atau berlaku kesilapan pencetakan pada permukaannya. Wang dengan nombor siri yang tersusun cantik juga sangat mahal. Untuk sekeping wang kertas RM50 era Gabenor Bank Negara, Tan Sri Ahmad Don misalnya, ia boleh mencecah hingga RM1,000.

Wang dengan nombor siri bersusun, tiga, lapan dan sembilan mencecah RM1,000 sekeping, manakala wang dengan nombor siri BB888888 boleh mencecah 10,000. Namun, urutan siri nombor empat tidak popular di kalangan pengumpul bangsa Cina. Ia hanya dibeli pengumpul Melayu atau India. Nilainya pula berlegar sekitar RM400 saja.

Nilai wang lama juga dipengaruhi oleh nilai mata wang semasa negara berkenaan. Sebagai contoh, wang kertas lama negara seperti Britain dan New Zealand serta wang negara Eropah sangat tinggi nilainya berbanding wang kertas dari Iraq atau Afghanistan. Satu set wang Jerman sebelum pengenalan Euro boleh mencecah hingga RM12,000, manakala wang kertas era Saddam Hussein atau wang kertas era Taliban boleh dibeli pada harga RM3 saja. Termasuk dalam kategori wang murah ini ialah wang kertas Kemboja keluaran 1972, wang Brazil keluaran 1980 dan mata wang Guyana dari 1966-1992. Sumber: bharian.com.my, 22/11/2009


Gigih kumpul duit lama

Koleksi wang kertas milik Azza yang masih tersimpan rapi hingga kini.

"Satu saja permintaan nenek, jaga koleksi syiling ini dengan baik.
"Kalau boleh, teruskan usaha mengumpulnya kerana hobi menyimpan duit lama ini sangat baik untuk tempoh jangka panjang kerana ia akan bernilai lebih tinggi lagi berdasarkan keistimewaan duit berkenaan," pesan arwah Halimah Darus yang panjang lebar kepada cucunya, Fathimah
Azzahra Ahmad (Azza), 27. Memandangkan arwah meninggal dunia akibat serangan jantung ketika Azza berada di bangku sekolah rendah, ibunya, Malini Hassan bertanggungjawab meneruskan legasi mengumpul syiling dan wang lama ini pada waktu itu. 

"Waktu dulu, tiap-tiap hari arwah pesan supaya tidak putus asa mengumpul koleksi berharga ini. Ia umpama warisan turun-temurun yang harus dikekalkan sehingga ke anak cucu. "Ketika arwah bagi pesanan, saya tidak menyangka bahawa itu petanda dia akan pergi untuk selama-lamanya.

"Bagaimanapun, sebagai hamba ALLAH, saya reda dengan pemergian arwah dan bertekad akan merealisasikan apa yang dimahukan oleh arwah nenek," kata Azza kepada penulis.

Cerita Azza, koleksi arwah neneknya itu kini tersimpan rapi di bawah jagaannya bersama ibunya. Sebahagian koleksi syiling dan wang lama nenek Azza datangnya dari zaman sebelum Merdeka lagi. Ada juga koleksinya terdiri daripada beberapa negara antaranya Thailand, Singapura dan Indonesia.

"Memandangkan koleksi arwah boleh dikatakan datangnya dari seluruh dunia, pernah juga saya bertanyakan padanya kenapa hobi sebegini yang disukai.

"Arwah dengan tenang menyatakan hobi tersebut unik buatnya dan ia datang secara sendiri dan sangat menguntungkan. Hobi itu juga memberi kepuasan kepada dirinya yang sanggup menyimpan duit lama walau berdepan banyak cabaran," ujarnya.

Dia memberitahu, antara koleksi arwah yang paling disayangi adalah syiling lama lima sen yang ditemui dalam perut itik.

Tarik perhatian

Anak sulung daripada empat beradik itu berkata, minat mengumpul syiling dan wang lama sememangnya telah tercetus sejak dari kecil lagi. Mungkin disebabkan telah didedahkan dengan koleksi itu oleh arwah, maka Azza amat menghargai dan menyayangi segala macam barangan lama.

Walaupun koleksi arwah sudah banyak, namun pencarian syiling dan wang lama masih tetap diteruskan oleh jururawat muda ini. Dia mahu merasai bagaimana susahnya mencari dan mendapatkan barang lama itu.

"Memang susah jika kita tidak tahu di mana harus dapatkan koleksi antik sebegini, tetapi jika ada usaha pasti semua itu tiada masalah," ujarnya.
Dia memberitahu sebahagian besar wang kertas lama berjaya diperoleh hasil daripada pencariannya dan pemberian daripada saudara-mara.

"Wang RM1 tandatangan Gabenor Bank Negara kedua, Tun Ismail Mohamed Ali (Julai 1962 – Julai 1980) dan wang RM1 tandatangan Gabenor Bank Negara ketiga, Tan Sri Abdul Aziz Taha (Julai 1980 – Jun 1985) berjaya diperoleh hasil usaha gigih mencarinya.

"Mata wang Indonesia bernilai seratus rupiah dan seribu rupiah juga ada disimpan. Ada beberapa lagi koleksi mata wang lama dan semua ini amat saya sayangi.

"Mungkin satu hari nanti saya akan pamerkan koleksi sebegini untuk penggemar syiling dan wang kertas lama bagi tujuan perkongsian minat," katanya. Isteri kepada Mohamad Firdaus Ahmad Zaki ini memberitahu, syiling lama RM1 antara yang menarik perhatian saudara mara dan rakan. Memandangkan kini syiling RM1 sudah diganti dengan wang kertas RM1, maka ramailah yang berkehendakkan syiling tersebut.

"Mereka mahukannya kerana syiling tersebut sukar ditemui kini. Ada pula beritahu banyak kenangan indah pada syiling itu dan sanggup buat apa saja asalkan memperolehnya. "Mendengarkan sebab musabab mereka, ada kalanya timbul perasaan simpati. Apa yang boleh saya lakukan, mempamerkannya dan berkongsi cerita cara bagaimana memperoleh syiling tersebut. Itu saja," jelas Azza.  

Koleksi berharga

Barang lama ini sangat unik dan mempunyai estetika yang tersendiri. Ia perlu dijaga dan dihargai sebaik mungkin supaya anak bangsa kita kelak akan dapat melihat apa yang digunakan oleh masyarakat terdahulu, beritahu Azza.

Menurutnya, mengumpul koleksi ini sebenarnya tidak memerlukan masa tertentu kerana jika terjumpa syiling yang dirasakan unik dan menarik, dia akan terus menyimpannya di dalam bekas simpanan syiling dan juga album khas.

Cerita ibu Fareesa Auni Nasuha yang baru berusia setahun sembilan bulan ini lagi, cabaran mengumpul koleksi syiling dan wang lama pada waktu dulu tidaklah sehebat cabaran yang dihadapinya kini."Kini agak sukar untuk peroleh syiling lama sebab masyarakat kini sudah pandai menghargai barang lama ini.

"Justeru, saya cuma teruskan dengan mengumpul syiling yang ada pada masa sekarang dan jika terjumpa syiling lama, itu satu bonus," katanya.

Dalam perkembangan lain, Azza turut memiliki hobi sampingan iaitu gemar membaca dan mengumpul apa saja jenis majalah. Hobinya yang suka membaca menyebabkan ratusan majalah dikumpulkan. Kebanyakan pilihan bahan bacaannya bersesuaian dengan gaya hidup dan peringkat umur.

"Koleksi majalah saya disimpan di rumah sendiri dan di kampung, Kedah. "Ada kalangan rakan mencadangkan agar dijual majalah lama, namun saya enggan kerana setiap majalah yang dibeli ada kenangan menarik untuk dikongsi dengan suami, anak dan kaum keluarga lain," kata Azza. Sumber: Roshlawaty Raieh, sinarharian.com.my,26/7/2012

Kumpul wang lama bernilai RM400,675

SHARUDDIN Yusof menunjukkan koleksi kesayangannya, Pohon Pitih Terengganu dari zaman pemerintahan Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah bernilai RM15,000 di Bandar Tun Abdul Razak, Jengka, Kuala Krau, baru-baru ini.


KUALA KRAU 4 Julai - Minat mendalam seorang usahawan, Datuk Sharuddin Yusof, 54, dari Bandar Tun Abdul Razak, Jengka di sini mengumpul duit lama dari seluruh dunia ternyata membuahkan hasil lumayan. Ini apabila nilai keseluruhan koleksi mata wang lama pelbagai negara beliau yang dikenali 'Sha Banknote' kini mencecah RM400,675.

Koleksi milik Sharuddin ini terdiri daripada mata wang Malaysia bermula tahun 1971 hingga 2011 yang kini bernilai RM100,656, duit syiling Malaysia (RM24,030), Banknote Strait Settlement (RM84,000), mata wang Very Rare (RM154,611), mata wang Errow RM22 dan mata wang luar negara bernilai RM15,000.

Sharuddin anak kelahiran Kampung Bukit Nikmat, Jerantut mula menyimpan duit syiling dan wang kertas pada tahun 1973. Menurutnya, minat itu bercambah berikutan bapanya membuka kedai runcit dan turut berurus niaga getah dengan orang kampung. Dari situ ujarnya, mana-mana duit syiling dan wang kertas yang baru dan menarik akan disimpan di tempat khas.

''Pada masa sama, saya juga menyimpan duit pada zaman pemerintahan Inggeris dan Jepun tahun 1950-an. Hobi yang unik seperti ini datang secara sendiri dan sangat menguntungkan, malah memberi kepuasan kepada diri yang sanggup menyimpan duit lama," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Tambah beliau, nilai duit lama mempunyai harga yang lebih tinggi daripada nilai muka yang tertulis. Ia boleh dikenal pasti menerusi buku rujukan wang. ''Ini boleh dijadikan rujukan semasa membeli ataupun menjual duit lama. Contoh duit UNC dan Rare berwarna emas, harganya boleh mencecah RM500," katanya.

Menurutnya, mata wang lama dalam koleksinya ialah wang Straits Settlements 1931-1935 yang bernilai antara RM250 sehingga RM12,000. Sebagai contoh kata Sharuddin, wang kertas Ten Dollars Straits Settements yang dikeluarkan tahun 1935 bernilai RM5,800 sekeping dan nilai tertinggi ialah wang Fifty Dollars Queen Malaya British tahun 1953 bernilai RM12,000 sekeping. Tambahnya, mata wang Five Dollars Straits Settlements tahun 1935 siri Rex Curral bernilai RM5,500 sekeping manakala Ten Cents Sarawak tahun 1940 siri CV Brooke bernilai RM1,500.

''Jenis mata wang Ten Dollars King Malaya British tahun 1940 siri H. Weisberg pula bernilai RM6,000 dan 50 Dollars King Malaya British bernilai RM8,000," ujarnya. Menurut beliau, koleksi kesayangan lain ialah duit Proof RM1 yang ditandatangan Gabenor Bank Negara kedua, Tun Ismail Mohamed Ali keluaran tahun 1976 siri tiga bernilai RM8,000 manakala duit contoh RM1 tandatangan Gabenor Bank Negara ketujuh, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz tahun 2000 siri 11 bernilai RM8,800.

''Duit contoh atau specimen RM5 tandatangan Gabenor Bank Negara keempat, Tan Sri Jaffar Hussein siri lapan bernilai RM9,800 di pasaran yang mendapat permintaan tinggi peminat mata wang lama," katanya. Sharuddin mengakui antara koleksi kesayangan ialah Pohon Pitih Terengganu zaman pemerintahan Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah bernilai RM15,000. Menurutnya, ramai yang tidak peka bahawa duit 10 sen keluaran 1971 kini bernilai RM500 sekeping.

Tambah beliau, koleksi lain ialah wang RM2 Gabenor Bank Negara keenam, Tan Sri Ali Abul Hassan Sulaiman tahun 1999 bernilai RM2,500, RM1 Ismail bernilai RM2,650 dan RM5 keluaran tahun 1995 bernilai RM3,456. ''Banyak lagi koleksi mata wang lama ini dalam simpanan saya dan ia akan dipamerkan secara terhad kepada penggemar bagi tujuan berkongsi minat, jualan dan belian duit lama," katanya.

Tambah beliau, hobi mengumpul koleksi mata wang ini tidak dikongsi ramai tetapi usaha menyuburkan minat seperti ini perlu dilakukan. Katanya, hobi menyimpan duit lama ini sangat baik kerana dalam jangka panjang ia akan bernilai lebih tinggi lagi berdasarkan keistimewaan duit berkenaan. Sumber: Salehudin Mat Rasad, utusanpahang@utusan.com.my,5/7/2012

Hobi kumpul duit lama beri keuntungan


MOHD. Sharkar Shamsudin (kiri) dan Sharuddin Yusof (dua dari kiri) melihat koleksi duit lama yang dipamerkan di Kuantan, Pahang, kelmarin.

KUANTAN 16 Jun - Hobi mengumpul dan menyimpan duit lama mampu memberikan keuntungan berlipat kali ganda kepada peminatnya. Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan dan Pelancongan negeri, Datuk Mohd. Sharkar Shamsudin berkata, hobi menyimpan duit lama dalam jangka masa panjang akan bernilai tinggi berdasarkan keistimewaan duit tersebut.

"Selain dapat memberikan keuntungan, numismatik juga merupakan sejarah dan warisan yang perlu dijaga dan dipelihara oleh semua pihak. "Saya berharap rakyat terutama kalangan orang Melayu menyedari tentang kepentingan duit-duit lama ini, semakin lama dan jarang ditemui duit tersebut, maka harganya semakin hari semakin meningkat," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Seminar Error Coins Malaysia Peringkat Kebangsaan anjuran Kelab Warisan Numismatik Malaysia (KWNM) di sini semalam. Turut hadir, Presiden KWNM, Datuk Sharuddin Yusof dan Timbalan Presiden, Azmi Abd. Malik dan Penasihat kelab tersebut, Dickson Niew.

Pada majlis berkenaan, ahli KWNM telah bersetuju melantik Mohd. Sharkar sebagai Penaung untuk kelab warisan tersebut. Mohd. Sharkar berkata, kerajaan negeri akan memastikan numismatik akan terus dikenali oleh rakyat bukan sahaja di negeri ini malah di seluruh negara.

"Kita akan bermula dengan pameran yang akan kita adakan jika tidak di muzium, kita akan buat di pasar raya. Pameran ini bagi memberikan kesedaran kepada rakyat bahawa pentingnya duit-duit lama ini," katanya. Sumber: Utusanpahang@utusan.com.my,17/6/2013

"Segmen Khas Sempena Ulang Tahun Kelahiran Mama'D"

Segmen Khas Sempena Ulang Tahun Kelahiran Mama'D pada 06/September/2013 , dianjurkan oleh www.nazlee.com


Assalamualaikum dan salam sejahtera ..

Terdapat 3 kategori untuk membolehkan anda join segmen ini, sebelum itu baca syarat-syaratnya terlebih dahulu ;

Syarat-syarat penyertaan
  1. Terbuka kepada semua blogger
  2. Like Page P.C.L
  3. Join dalam tempoh masa yang ditetapkan ( 01 ~ 06 September 2013 11:59 malam)
Kategori 1
Para peserta tidak perlu buat entri cuma dikehendaki  mendedikasikan ucapan kreatif ~ terus ke Wall Facebook Nordiana Mohd Saad [klik sini].
*Hanya pada tarikh 06 September 2013 / 12am-12pm SAHAJA.
*Sila nyataka url blog anda selepas ucapan.

#Hadiah : Review Blog/Page (6 pemenang akan dipilih oleh mamaD sendiri ~ kreativiti ayat diutamakan)

Kategori 2
Peserta  memberikan cadangan satu hadiah yang munasabah dari PCL kepada mamaD, taipkan ke dalam kotak komen entri ini ~ contoh ;
Saya cadangkan Pcl hadiahkan mamaD sepasang Jubah Hajaba...supaya mamaD sentiasa nampak ayu di pandangan mata pcl.

#Hadiah : Promosi header/banner anda selama 6 hari di ruangan bawah header blog penganjur . (6 blog akan dipilih oleh Penganjur)

Kategori 3
Boleh buat entri dengan tajuk "Segmen Khas Sempena Ulang Tahun Kelahiran Mama'D", hanya salin kod html dalam entri segmen penganjur  (klik banner) ; sila letakkan url entri penyertaan anda di ruangan komen segmen ini.

#Hadiah : Review enam   1 entri dalam blog anda yang terpilih.(6 + 6 blog akan dipilih oleh Penganjur)

Didahului dengan ucapan Terima Kasih.
~pcl

Di bawah ni adalah code HTML yang dimaksudkan, hanya perlu  >>  klik [New Post] kemudian [HTML] dan masukkan kod tersebut di dalam post entri anda.

Tuesday 3 September 2013

Lambang apresiasi wang

ABDULLAH ISMAIL bergambar bersama sebahagian 
daripada kira-kira 20,000 wang lama yang terdapat 
dalam koleksinya di Shah Alam, Selangor. 

Abdullah Ismail mempunyai hobi mengumpul wang-wang lama dan antara simpanannya ialah wang Sultan Muzaffar Shah pada tahun 1445. Mengapa dia meminati wang lama?


BERMULA daripada tiga keping duit kertas lama yang dihadiahkan bapanya ketika berusia 15 tahun, Abdullah Ismail menambah koleksi wang lama sehingga kini jumlahnya melebihi 20,000 keping. Jumlah ini mungkin lebih banyak memandangkan dia tidak merekodkan bilangannya.

Daripada tiga keping wang kertas ini iaitu satu dolar Malaya Borneo dengan lambang kapal layar, 10 dolar Malaya British Borneo dengan gambar kerbau dan sekeping wang kertas zaman Jepun, minat Abdullah untuk mengumpul duit-duit lama mula membuak-buak.

"Masa itu, saya bersekolah di tingkatan tiga. Ayah saya berikan saya wang yang telah lama disimpannya sebagai hadiah kerana dia tahu saya minat mengumpul wang. Sejak itu, saya mula 'jatuh cinta' terhadap wang lama dan mahu mengumpul lebih banyak lagi," kata Abdullah, 38, ketika ditemui di rumahnya di Shah Alam, Selangor baru-baru ini.

Koleksi persendiriannya mengagumkan. Walaupun belum cukup layak untuk digelar muzium, namun sedikit sebanyak, ia mampu membawa kita melayari sejarah wang silam di negara ini. Kebanyakan wang kertas milik Abdullah disimpan rapi di dalam album-album dan kebanyakan wang syiling pula disimpan secara berpaket di dalam peti.

Beliau bukan sekadar menyimpan wang dari zaman penjajahan British dan Jepun. Turut terdapat di dalam koleksi duit lamanya ialah duit zaman Kesultanan Melayu Melaka. Duit dari zaman Sultan Muzaffar Shah pada tahun 1445 adalah antara yang paling lama usianya.

DUIT-DUIT lama mempunyai keunikan tersendiri

Pada tahun 1840-an, token yang mempunyai lambang ayam jantan dan tertulis tulisan jawi 'Tanah Melayu' itu telah digunakan secara meluas di Kedah dan negeri-negeri sekitarnya sebagai medium pertukaran. Apabila syiling diperkenalkan di Negeri-Negeri Selat pada tahun 1848, penggunaan token mula dilarang dan menjelang tahun 1853, token-token ini tidak lagi digunakan di Semenanjung Tanah Melayu.

Selain token, ada juga medium pertukaran yang berbentuk kupon seperti kupon yang diperkenalkan British pada tahun 1941 yang digunakan dalam hal jual-beli getah kering. Ditanya bagaimana cara dia mendapatkan wang-wang lama itu, Abdullah berkata, dia lazimnya akan bertukar-tukar dengan sahabat yang mempunyai minat yang sama, bertanya kepada orang-orang tua di kampung-kampung atau membelinya.

"Biasanya, saya bertukar-tukar dengan kawan-kawan. Tetapi, kalau pergi ke kampung-kampung, ada juga saya bertanyakan kepada mereka kalau-kalau mereka masih menyimpan duit lama.

"Ada juga yang saya beli atau bertukar dengan barangan lain yang saya miliki," jelasnya. Katanya, hal ini membuatkan penulis memahami mengapa terdapat beberapa barang antik di rumah Abdullah seperti seterika tembaga, radio lama, keris dan sebagainya.

"Saya dapat syiling Sultan Muzaffar Shah ini melalui pertukaran barangan dengan seorang kawan. Saya tukarkan seterika tembaga kepala ayam milik saya untuk dapatkan duit ini," ujarnya.

Abdullah memberitahu kos terbanyak yang dilaburkan untuk membeli sesuatu duit lama ialah RM1,200. Duit lama itu ialah wang kertas 10 dolar King George yang merupakan antara yang paling sukar didapati. Ditanya yang mana satukah antara wang lama dalam koleksinya yang paling disayanginya, Abdullah berkata, tiga wang kertas yang diberikan ayahnya, Ismail Yusof, 70, dan sekeping wang kertas yang dibelinya buat kali pertama.

"Ia adalah duit pertama yang saya beli dengan wang poket sendiri selepas mula bekerja sebagai peniaga kedai runcit pada tahun 1989. Duit itu ialah wang kertas 10 sen yang dikeluarkan pada tahun 1941.

ANTARA wang kertas lama yang digunakan di negara ini 
ketika pemerintahan British dan Jepun


Kata Abdullah, apa yang dilakukannya ini adalah sebagai lambang apresiasinya terhadap wang. "Saya amat menghargai wang. Apabila saya melihat orang ramai membuang duit satu sen, saya rasa sedih. Orang tidak sedar, duit itu walaupun sekecil mana nilainya mungkin boleh membantu kita satu hari nanti," katanya yang turut menyimpan duit yang tidak lagi dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) seperti wang kertas RM20, RM500 dan RM1,000 dan syiling RM1 berkeris emas.

Beliau mengakui koleksinya belum lengkap. Masih banyak yang perlu dicari dan sebagai pengumpul sejati, beliau tidak akan berhenti. 
"Apabila sudah jadi hobi, saya rasa tidak puas selagi tidak melengkapkannya. Lagi susah mendapatkannya, lagi terasa mencabar," katanya sambil memberitahu dia merujuk buku-buku wang yang menghidangkan informasi yang sahih termasuk buku keluaran BNM untuk mengetahui tentang wang-wang lama.  Sumber: http://mforum2.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=340765
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...