This blog is to share the interesting and beneficial hobbies such as collection of coins, banknotes, stamps, coupons, key chains,fridge magnet

Sunday 30 June 2013

RM2 Ahmad Mohd Don

Wang kertas RM2 diatas dikeluarkan pada tahun 1996. Berukuran 130mm x 65mm. Ia ditandatangani oleh Tan Sri Dato' Ahmad Mohd Don ditepi sebelah kiri. Wang kertas ini menggunakan cetakan Giesecke & Devrient, Thomas De La Rue serta Harrison & Son. Prefix pertama adalah AA,prefix akhir DF serta replacement prefix ZA, ZB dan ZC. Wang kertas RM2 yang berwarna ungu lembut ini tampil dengan reka bentuk yang bertemakan Wawasan 2020. Di muka hadapan adalah potret DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pertama iaitu Tuanku Abdul Rahman.

Di muka belakang pula tertera imej-imej seperti Menara Kuala Lumpur dan pelancaran satelit MEASAT. Imej-imej tersebut bagi menggambarkan perkembangan, pencapaian pesat ekonomi serta pembangunan di Malaysia. Ia juga turut memaparkan peta Malaysia dan nombor siri berada di muka belakang di penjuru atas sebelah kiri serta di sisi sebelah kanan. (Sumber: Mata wang Malaysia, Coins & Banknotes 2010,Peter Eu & Ben Chiew)

Friday 28 June 2013

$5 Ahmad Mohd Don


Siri ke 7 (1995-1998)
Tandatangan: Tan Sri Dato' Ahmad Mohd Don
Ukuran: 126mm x 68mm
Cetakan: Thomas De La Rue
Prefix Pertama: PW
Prefix Akhir: QJ
Replacement Prefix: NZ07-NZ08

SIRI KE 7 (1995-1998)
TANDATANGAN: TAN SRI DATO ' AHMAD MOHD DON
UKURAN: 126MM X 68MM
CETAKAN: CANADIAN BANKNOTE
PREFIX PERTAMA: QK
PREFIX AKHIR: QW
REPLACEMENT PREFIX: NZ00-NZ02
POTRET CETAKAN CANADIAN BANKNOTE LEBIH GELAP

RM10 Ahmad Mohd Don


Wang kertas diatas adalah siri ke 8 (1996-1998). Ia mula diedarkan pada 19 Januari 1998 yang berukuran 140mm x 65mm. Wang ini berwarna merah. Ia ditandatangani oleh Tan Sri Dato' Ahmad Mohd Don. Cetakan oleh De La Rue Currency International. Prefix pertama adalah AA,prefix akhir AV dan replacement prefix (wang gantian) adalah ZA. Wang kertas cetakan kelapan ini mempamerkan reka bentuk baru yang bertemakan Wawasan 2020. Di muka hadapan tertera potret DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong yang pertama iaitu Tuanku Abdul Rahman.

Di muka belakang pula adalah imej pesawat Boeing 777 Sistem Penerbangan Malaysia (MAS),Tren Putra LRT (Light Transit Railway) dan Kapal Kontena MISC (Malaysian International Shipping Corporation). Ia juga dilengkapi dengan jalur holografik untuk mencegah pemalsuan wang. (Sumber: Wikipedia,Ensiklopedia Bebas,Mata wang Malaysia,Coins & Banknotes 2010,Peter Eu & Ben Chiew,Malaysia,Brunei & Singapore,Banknotes & Coins 2012,K.N.Boon)

$10 Ahmad Mohd Don


Wang kertas $10 diatas adalah siri ke 7 (1995-1998) yang ditandatangani oleh Tan Sri Dato' Ahmad Mohd Don iaitu Gabenor Bank Negara Malaysia yang kelima. Berukuran 132mm x 71mm dan berwarna merah. Wang kertas keluaran ini dicetak oleh Francois Charles Oberthur (FCO) dan Giesecke & Devrient. Bagi keluaran FCO prefix pertama adalah VR,prefix VR-VU,prefix akhir adalah VV. Manakala bagi cetakan Giesecke & Devrient,VV adalah prefix pertama,WK prefix akhir dan replacement prefix adalah QA. Corak serta reka bentuk wang kertas ini masih sama seperti keluaran terdahulu. Di muka hadapan tertera potret Yang Dipertuan Agong yang pertama iaitu Tuanku Abdul Rahman. Sementara di muka belakang terdapat Stesen Besar Keretapi Tanah Melayu di Kuala Lumpur dan bunga raya sebagai bunga kebangsaan negara Malaysia di penjuru sebelah kanan.

RM50 Ahmad Mohd Don

Wang kertas RM50 diatas dikeluarkan pada tahun 1998. Berukuran 145mm x 69mm dan berwarna biru/kelabu. Ia ditandatangani oleh Tan Sri Dato' Ahmad Mohd Don dibahagian tepi (side sign) sebelah kiri. Wang kertas ini menggunakan cetakan Giesecke & Devrient. Prefix pertama adalah AA,prefix akhir BG dan replacement prefix ialah ZA. Secara keseluruhan wang kertas RM50 ini menggunakan reka bentuk baru yang bertemakan Wawasan 2020. Di muka hadapan tertera potret Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong yang pertama iaitu Tuanku Abdul Rahman. 

Di muka belakang pula terdapat pelantar minyak Petronas sebagai lambang kejayaan Malaysia dalam industri gas asli dan petroleum. Ia juga dilengkapi dengan jalur holografik untuk mencegah pemalsuan wang.

$50 Ahmad Mohd Don


Wang kertas $50 diatas dikeluarkan pada tahun 1995. Berukuran 144mm x 78mm. Ia ditandatangani oleh Tan Sri Dato' Ahmad Mohd Don.Wang kertas ini menggunakan cetakan Francois Charles Oberthur. Prefix pertama adalah ZY dan AC adalah prefix akhir. Secara keseluruhannya, corak serta reka bentuk masih sama seperti sebelumya. Di muka hadapan memaparkan potret Tuanku Abdul Rahman dan di muka belakang pula terdapat Muzium Negara.

Tahun keluaran: 1995-1997
Tandatangan: Tan Sri Dato' Ahmad Mohd Don
Cetakan: Thomas De La Rue
Prefix pertama: AC
Prefix akhir: BQ
Replacement prefix: WA



Thursday 27 June 2013

Fungsi Bank Negara Malaysia

Bank Negara Malaysia ditubuhkan pada 26 Januari 1959 dibawah Akta Bank Negara Malaysia 1958 (Pindaan -1994). Ibu pejabatnya terletak di Kuala Lumpur,ibu negara persekutuan Malaysia. Bank Negara Malaysia merupakan badan berkanun yang dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan Malaysia. Bank bertanggungjawab kepada Menteri Kewangan Malaysia dan memaklumkan hal-hal yang berkaitan dengan dasar sektor monetri dan kewangan kepada Menteri. Sebagai Bank Pusat Malaysia, Bank Negara Malaysia merupakan pihak yang berkuasa yang mengawal selia sistem kewangan dan ekonomi negara.

Fungsi-fungsi utama Bank Negara Malaysia seperti yang termaktub di bawah Akta Bank Negara Malaysia 2009 yang baru dikanunkan adalah untuk:-
  • Membentuk dan melaksanakan dasar monetari di Malaysia
  • Menerbitkan mata wang dan menyimpan rizab bagi menjaga nilai mata wang tersebut
  • Mengawal selia dan mengawas institusi-institusi kewangan yang tertakluk kepada undang-undang yang dikuatkuasakan oleh bank berkenaan
  • Menyediakan pengawasan ke atas pasaran-pasaran wang dan pertukaran asing
  • Melaksanakan pengawasan ke atas sistem-sistem penjelasan pembayaran
  • Menggalakkan sebuah sistem kewangan yang teguh,progresif dan tergolong
  • Menggalakkan sebuah rejim kadar pertukaran yang selaras dengan asas-asas ekonomi
  • Bertindak sebagai penasihat kewangan,jurubank dan agen kewangan kerajaan
(Sumber: Bank Negara Malaysia)

Sejarah Duit Malaya & British Borneo (1952-1963)

Kemasukan negeri Sarawak, Borneo Utara dan Labuan di bawah kuasa pejabat Tanah Jajahan menyebabkan Lembaga Suruhanjaya Mata Wang Malaya telah dibubarkan dan  Lembaga Suruhanjaya Mata Wang Malaya dan British Borneo (1952-1963) ditubuhkan. Ia dikenali sebagai Dollar,Ringgit dalam bahasa Melayu adalah mata wang Malaya,Singapura,Sarawak,Borneo Utara dan Brunei (1953-1967). Semua mata wang ini dikeluarkan oleh Lembaga Pesuruhjaya Mata Wang Malaya dan British Borneo. Sebelum tahun 1952, lembaga itu dikenali sebagai Lembaga Pesuruhjaya Mata Wang Malaya.

Dollar Malaya dan British Borneo telah digunakan di Tanah Melayu selepas kemerdekaan  pada tahun 1957. Manakala di Malaysia selepas penubuhannya pada tahun 1963. Singapura pula pada tahun 1965. Selepas 1967 Singapura dan Brunei mengeluarkan mata wang sendiri. Walau bagaimanapun dolar Malaya & British Borneo terus sah sehingga 16 Januari 1969.

Pada tahun 1952,satu perjanjian telah ditandatangani oleh Persekutuan Tanah Melayu,Singapura,Borneo Utara,Sarawak dan Brunei bagi menubuhkan Lembaga Pesuruhjaya Mata Wang sebagai pengeluar tunggal mata wang bagi Malaya dan British Borneo. Ia mempunyai Lembaga Pengarah yang terdiri daripada lima orang ahli iaitu Setiausaha Kewangan Singapura (Pengerusi Lembaga Pengarah),Menteri Kewangan (Persekutuan Tanah Melayu),Gabenor Sarawak,Gabenor Borneo Utara,Residen British di Brunei serta 2 orang yang dilantik atas persetujuan bersama.

Pada tahun 1967,kesatuan mata wang berakhir apabila Malaysia,Singapura dan Brunei masing-masing mula mengeluarkan mata wang mereka sendiri. Mata wang ketiga-tiga negara telah ditukar pada nilai tara di bawah Perjanjian Kesalingbolehtukaran sehingga 8 Mei 1973 apabila kerajaan Malaysia membuat keputusan menamatkannya. Pada 30hb November 1979, Lembaga Pesuruhjaya Mata Wang Malaya & British Borneo secara rasminya dibubarkan.

Semua wang yang dikeluarkan oleh Lembaga Suruhanjaya ini ditandatangani oleh W.C.Taylor,selaku Pengerusi Suruhanjaya Mata Wang. Muka hadapan wang kertas menggambarkan potret Ratu Elizabeth II. Sementara lambang Negeri-negeri Melayu,Singapura dan Brunei di muka belakang. 1,5 dan 10 dolar dicetak oleh Waterlow & Sons,50 dan 100 dolar pula menggunakan cetakan Bradbury Wilkinson & Co Ltd. Manakala 1,000 dan 10,000 note dolar dicetak oleh Thomas De La Rue. Benang keselamatan emas dan tanda bayang kepala harimau telah dimasukkan kedalam wang kertas sebagai perlindungan terhadap pemalsuan wang tersebut. Duit syiling pula boleh didapati dalam 1(duit syiling persegi dikeluarkan antara tahun 1953 & 1961) dan syiling bulat (1962) dalam nilai 5,10,20 dan 50 sen.

Selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaan,wang kertas rekaan baru telah diperkenalkan,1dolar dengan "sampan nelayan"(1959) yang ditandatangani oleh Tun Lee Hau Shik. Manakala $10 dengan gambar "kerbau bajak"(1961) yang ditandatangani oleh Tun Tan Siew Sin. Pada tahun 1959,Bank Negara Tanah Melayu telah ditubuhkan bagi mengeluarkan mata wang tempatan dan tempatnya diganti oleh Bank Negara Malaysia (1963). Pada tahun 1967,pengeluaran wang oleh Lembaga Suruhanjaya Mata Wang Malaya & British Borneo dihentikan. (Rujukan: The Currency History Of Singapore,Monetary Authority Of Singapore.2007-04-09.Retrieved 2010-11-21,History Of Money In Malaysia: "Colonial Notes & Coins".Bank Negara Malaysia.2010.Retrieved 2010-11-21,Malaysia,Brunei & Singapore: Banknotes & Coins 2012,K.N.Boon)



Wednesday 26 June 2013

Queen Elizabeth II (1926 - Kini)


Elizabeth II (Elizabeth Alexandra Mary Windsor,dilahirkan pada 21 April 1926) merupakan Ratu kepada 16 buah negara Komanwel. Gelaran rasminya ialah "Elizabeth the second,Head of Commonwelth dan Defender Of the Faith". Namun beliau sering dirujuk sebagai "The Queen" atau "Her Majesty". Pada 6hb Februari 1952 beliau mewarisi takhta Raja Britain. Beliau merupakan pewaris takhta yang paling lama iaitu kedua panjang di dunia (tempoh terpanjang adalah Raja Bhumibol dari Thailand) dan ketiga panjang di England (selepas George III dan Ratu Victoria).

Beliau dilahirkan di Mayfair,London,United Kingdom. Merupakan puteri sulung kepada King George VI dan Ratu Mary atau lebih dikenali sebagai Lady Elizabeth Bowes-Lyon (The Lady). Beliau menerima pendidikannya di rumah yang diajar oleh tutor. Beliau mempelajari Matematik,Sejarah,Geografi dan pelbagai bahasa. Oleh itu, beliau mahir bertutur dalam pelbagai bahasa terutamanya bahasa Perancis.

Pada tahun 1936,selepas Raja Edward VIII menurunkan takhta kepada Raja George VI secara langsungnya beliau dinamakan sebagai puteri mahkota yang bakal mewarisi takhta tersebut dari ayahnya. Beliau bersama adiknya,Margaret telah dihantar ke Scotland semasa Perang Dunia Kedua.

Pada tahun 1945,Elizabeth menyertai Auxilliart Territorial Service (ATS) untuk membantu dalam peperangan. Beliau hanya dikenali sebagai seorang pegawai tentera yang berpangkat rendah serta dilatih menjadi pemandu dan mekanik. Pada tahun 1947, beliau membuat lawatan rasmi ke Afrika Selatan dengan ditemani oleh kedua ibubapanya. Pada 20hb November 1947, beliau telah berkahwin dengan sepupunya iaitu Putera Philip (The Duke Of Edinburgh) dan memiliki empat orang anak iaitu Putera Charles,Puteri Anne,Putera Andrew dan Putera Edward.

Ratu Elizabeth sering mewakili ayahnya untuk menghadiri persidangan orang ramai apabila kesihatan ayahnya semakin terjejas sejak tahun 1951. Pada tahun 1952,beliau menerima berita kemangkatan ayahnya semasa berada di Kenya. Pada 2hb Jun 1953,Ratu Elizabeth ditabalkan di Westminster Abbey. Pada 2hb Jun 2013 sambutan Jubli Emas diadakan sempena 60 tahun beliau sebagai Ratu. Pada hari yang bersejarah itu Ratu Elizabeth dikelilingi oleh keluarganya termasuk suami Putera Philip,anaknya Putera Charles serta cucu-cicit beliau Putera Harry dan Putera William. Ratu Elizabeth telah berjaya mengatasi Ratu Victoria sebagai pemerintah raja paling lama di Britain yang memerintah selama 63 tahun. Kini beliau berusia 87 tahun. (Sumber:Wikipedia,Ensiklopedia Bebas,www.biography.com,www.royal.gov.uk,www.history.co.uk, Buku Banknotes & Coins 2012 (K.N.Boon)



$1 Malaya & British Borneo (Queen Elizabeth II)


Wang kertas $1 diatas adalah keluaran Lembaga Suruhanjaya Matawang Malaya & British Borneo pada tahun 1953. Ia ditandatangani oleh W.C.Taylor selaku Pengerusi Lembaga Suruhanjaya Mata Wang. Ukurannya adalah 121mm x 63mm dan berwarna biru/merah jambu. Ia menggunakan cetakan Waterlow & Sons Ltd. Muka hadapan wang kertas menggambarkan potret Ratu Elizabeth II. Sementara lambang Negeri-negeri Melayu Bersekutu pada muka belakang. Ia meliputi negeri-negeri seperti Perak,Pahang,Melaka,Sarawak serta Brunei di sebelah kiri. Di sebelah kanan pula terdapat Perlis,Borneo Utara,Terengganu,Penang,Negeri Sembilan,Selangor serta Singapura, Persekutuan Tanah Melayu di bahagian tengah atas dan bawah. Benang keselamatan dan tanda bayang kepala harimau telah dimasukkan kedalam wang kertas ini. Nilai wang kertas ini mengikut buku Banknotes & Coins 2012 (K.N.Boon) adalah RM80 bagi keadaan "very fine".

Tuesday 25 June 2013

$5 Malaya & British Borneo (Queen Elizabeth II)

Muka Hadapan ( A/24 683956 )

Tahun keluaran: 1953
Tandatangan: W.C.Taylor (Pengerusi Pesuruhjaya)
Cetakan: Waterlow & Sons Ltd.
Ukuran: 125mm x 72mm
Warna: Hijau/Kuning
Anggaran harga mengikut buku Banknotes & Coins 2012(K.N.Boon): RM400 untuk keadaan "very fine".

Muka Belakang

Wang Kertas Malaya & British Borneo (Queen Elizabeth II)

Muka Hadapan (A/66 186380)

Wang kertas $10 diatas dikeluarkan oleh Lembaga Suruhanjaya Matawang Malaya & British Borneo pada 21 Mac 1953. Sebelum tahun 1952, lembaga itu dikenali sebagai Lembaga Pesuruhjaya Mata Wang Malaya. Ia ditandatangani oleh W.C.Taylor iaitu Pengerusi Lembaga Pesuruhjaya Mata Wang. Menggunakan cetakan Waterlow & Sons Ltd. Wang kertas ini berukuran 134mm x 80mm. Di muka hadapan memaparkan potret Queen Elizabeth II di sebelah kiri. Tera air kepala harimau di tengah-tengah wang kertas tersebut. Benang keselamatan pecah dimasukkan dalam kertas sebagai perlindungan terhadap pemalsuan wang kertas ini.

Di muka belakang pula, tertera jata persekutuan tanah melayu,negeri-negeri tanah melayu (Perak,Kedah,Pahang,Melaka,Sarawak,Kelantan & Brunei ) disebelah kiri. Manakala di sebelah kanan terdapat jata negeri Perlis,Terengganu,Borneo Utara,Pulau Pinang,Negeri Sembilan,Johor & Selangor. Di bahagian atas pula jata Singapura. Nilai "10" di bahagian atas dikedua-dua penjuru kiri dan kanan. Sementara dipenjuru bahagian bawah pula nilai dipamer dalam tulisan jawi. (Sumber: Wikipedia, Ensiklopedia Bebas,Banknotes & Coins 2012,K.N.Boon)

King George VI ( 1936-1952 )


Potret di atas ialah potret yang menghiasi wang kertas Malaya sebelum kita merdeka. Potret tersebut adalah milik King George VI atau nama penuh beliau Albert Frederick Arthur George Windsor. Dilahirkan pada 14 Disember 1895 di Sandringham, Norfolk, United Kingdom. Beliau merupakan Raja England, Tanah Jajahan British, Raja kepada negara India dan raja England yang terakhir bagi negara Ireland. Beliau adalah anak kedua King George V bersama isterinya Mary dari Teck. Sebelum beliau ditabalkan menjadi raja beliau dikenali sebagai Putera Albert dikalangan rakyatnya.

Beliau juga pernah menyertai Angkatan Laut Di raja British semasa Perang Dunia 1. Beliau merupakan ahli pertama dikalangan keluarga diraja yang mempunyai kelayakan sebagai juruterbang. Manakala pada tahun 1919 beliau melanjutkan pelajaran di Trinity College,Cambridge di mana beliau belajar sejarah,ekonomi dan sivik selama setahun. Beliau juga aktif dalam sukan tenis.


Pada tahun 1923 beliau berkahwin dengan Lady Elizaberth Bowes-Lyon. Mereka mempunyai dua orang anak perempuan iaitu Elizaberth, dikenali sebagai "Lilibert" yang kemudiannya menjadi Queen Elizaberth II dan Margaret Rose "Puteri Margaret". Pada tahun 1936 beliau dilantik menjadi Raja George VI menggantikan bapanya George V yang telah meninggal dunia. Pada 12 May 1937,selepas penabalannya beliau telah menukarkan namanya kepada King George VI.

Pada 2hb Jun 1952, beliau telah meninggal dunia disebabkan penyakit paru-paru akibat daripada merokok. Mayatnya dikebumikan di Istana Windsor. Kali terakhir beliau dilihat di lapangan terbang ketika menghantar puteri sulungnya Puteri Elizaberth ke Afrika untuk lawatan rasmi. (Rujukan: www.british royal family history.com,The Roosevelts and the Royals by Will Swift,Buku Banknotes & Coins 2012,K.N.Boon)

Monday 24 June 2013

1 Cents Malaya King George VI


TAHUN KELUARAN: 1941 & 1942
TANDATANGAN: H.WEISBERG (PENGERUSI PESURUHJAYA)
CETAKAN: THOMAS DE LA RUE & CO
UKURAN: 85MM X 51MM
ANGGARAN HARGA MENGIKUT BUKU  BANKNOTES & COINS 2012 (K.N.BOON): RM30 UNTUK KEADAAN E.FINE

5 Cents Malaya King George VI


Wang kertas 5 cents Malaya ini dikeluarkan pada 1 July 1941 oleh Lembaga Suruhanjaya Matawang Malaya. Ia ditandatangani oleh H.Weisberg dan dicetak oleh Thomas De La Rue & Co. Berukuran 92mm x 57mm. Terdapat empat variasi (variety) iaitu a,b,c dan d. Perbezaan keempat-empat jenis ini berdasarkan kepada warna,tulisan jawi dan potret King George VI yang tertera di muka hadapan wang kertas berkenaan. Koleksi Noraz Hobbies hanya mempunyai variety d sahaja. Manakala variety lain agak sukar diperolehi. Di muka belakang wang kertas 5 cents Malaya ini kosong menyebabkan ia mudah terjejas oleh faktor masa serta alam sekitar. Nilai wang kertas ini mengikut buku Banknotes & Coins 2012 (K.N.Boon) adalah RM90 (variety d) dalam keadaan "Extremely Fine"(EF).

10 Cents Malaya King George VI


Ketiga-tiga wang kertas diatas adalah wang kertas yang dikeluarkan oleh Lembaga Suruhanjaya Matawang Malaya yang bernilai 10 cents. Ia diedarkan pada tahun 1941 & 1942 yang ditandatangani oleh H. Weisberg iaitu Pengerusi Pesuruhjaya. Wang tersebut menggunakan cetakan Thomas De La Rue & Co. Ukurannya lebih kecil iaitu 101mm x 64mm. Menyentuh tentang wang kertas 10 cents Malaya ini terdapat 3 variety yang menjadi buruan para pengumpul wang lama iaitu a,b dan c. Perbezaan variety a (atas),b (tengah) dan c (bawah) biasanya dikesan pada bahagian tertentu terutama pada potret King George VI. Variety a dan b agak biasa dijumpai namun variety c agak sukar. Oleh itu ia dikatakan "rare" bagi para pengumpul.

20 Cents Malaya King George VI

Muka Hadapan

Tahun Keluaran: 1941 & 1942
Tandatangan: H. Weisberg (Pengerusi Pesuruhjaya)
Cetakan: Thomas De La Rue & Co
Ukuran: 114mm x 76mm
Anggaran Harga mengikut Buku Banknotes & Coins (K.N.Boon): RM300 untuk keadaan EF
Muka Belakang

50 Cents Malaya King George VI

Muka Hadapan (A/14 668574)

Wang kertas diatas adalah bernilai 50 cents yang dikeluarkan oleh Lembaga Suruhanjaya Matawang Malaya pada tahun 1941 & 1942. Ia di tandatangani oleh Pengerusi Pesuruhjaya iaitu H. Weisberg. Menggunakan cetakan Thomas De La Rue  & Co. Berukuran 120mm x 80mm. Pada keseluruhannya reka bentuk wang kertas 50 cents ini berasaskan corak geometri dan ukiran kayu. Di muka hadapan masih memaparkan potret King George VI disebelah kiri. Manakala nilai "50" berada disetiap penjuru kiri dan kanan kecuali disebelah kiri nilai ditulis dalam tulisan jawi.

Di muka belakang pula, masih tertera jata negeri-negeri Selat 1967 (Melaka, Perak,Pulau Pinang & Singapura),negeri-negeri melayu tidak bersekutu (Terengganu, Kedah, Kelantan, Johor & Perlis),negeri-negeri melayu bersekutu (Pahang, Selangor, Negeri Sembilan & Perak) serta Brunei. Nilai "50 Cents" berada dikedua-dua belah kiri dan kanan wang tersebut. Wang kertas 50 cents ini mempunyai 4 jenis (variety) berdasarkan kepada potret King George VI dan tulisan jawi. Namun Koleksi Noraz Hobbies hanya ada jenis yang pertama kerana variety yang lain agak sukar di jumpai. Nilai wang kertas 50 cents ini mengikut buku Banknotes & Coins 2012 (K.N.Boon) adalah RM240 untuk keadaan "Extremely Fine" (EF).

Sunday 23 June 2013

$10 Malaya King George VI

Muka hadapan (E/3 099302)

Wang kertas $10 di atas diterbitkan pada 1 July 1941. Ia dikeluarkan bagi menggantikan $10 berwarna ungu yang telah di tarik balik dari edaran. Berukuran 153mm x 83mm.Wang kertas ini ditandatangani oleh H.Weisberg iaitu Pengerusi Pesuruhjaya. Ia menggunakan ukiran serta cetakan Waterlow & Sons Ltd di London. Di muka hadapan memaparkan potret King George VI dengan tera air kepala harimau di bahagian tengah wang kertas tersebut. Ia juga menggunakan bahasa Inggeris serta tulisan jawi.

Muka Belakang

Di muka belakang pula terdapat jata negeri-negeri Selat (Melaka, Perak, Singapura & Pulau Pinang), negeri melayu tidak bersekutu (Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu & Johor),negeri melayu bersekutu (Perak, Selangor, Pahang & Negeri Sembilan) serta Brunei. Nilai wang kertas $10 ini mengikut buku Banknotes & Coins 2012 (K.N Boon) adalah RM650 untuk keadaan "very fine".

Saturday 22 June 2013

$1 Jaffar Hussein

Siri ke 6 (1986-1995)
Tandatangan: Tan Sri Dato' Jaffar Bin Hussein
Ukuran: 120mm x 64mm
Cetakan: Thomas De La Rue
Variety(jenis): Without Silver Thread
Prefix pertama: CA
Prefix CA-CF
Prefix akhir: FC
Replacement prefix: BA07-BA33


Siri ke 6 (1986-1995)
Tandatangan: Tan Sri Dato' Jaffar Bin Hussein
Cetakan: Thomas De La Rue
Variety: Jenis benang sekuriti tambahan (Extra security thread variety)
Prefix pertama: FD
Prefix akhir: HJ
Replacement prefix: BA

$5 Jaffar Hussein

Muka depan (NE 4858821)

Siri Ke 6 ( 1986-1995 )
Ukuran: 126mm x 68mm
Tandatangan: Tan Sri Dato' Jaffar Bin Hussein
Cetakan: Thomas De La Rue
Prefix pertama: NE
Prefix NF-NJ
Prefix akhir: NK0
Replacement prefix: NZ008-018

Muka belakang (jenis berpalang/Cross variety)

Friday 21 June 2013

$20 Jaffar Hussein

Muka Depan

SIRI KE 6 (1986-1995)
GABENOR: TAN SRI DATO' JAFFAR BIN HUSSEIN
CETAKAN: THOMAS DE LA RUE
PREFIX PERTAMA: TF
PREFIX: TG
PREFIX AKHIR: TH0-TH1
REPLACEMENT PREFIX: UZ

Muka Belakang

$10 Jaffar Hussein


Wang kertas $10 di atas adalah siri yang ke 6 (1986-1995). Berukuran 132mm x 71mm. Ditandatangani oleh Tan Sri Dato' Jaffar Bin Hussein. Siri ke 6 ini mempunyai 2 jenis cetakan iaitu menggunakan cetakan Thomas De La Rue dan BA Banknote. Bagi cetakan Thomas De La Rue prefix pertama adalah PR, prefix PS-VL dan VM adalah prefix akhir. Manakala bagi jenis kedua menggunakan cetakan BA Banknote menggunakan VM sebagai prefix pertama. VR prefix akhir dan QA adalah replacement  prefix (wang gantian). Reka bentuk wang kertas $10 ini masih sama seperti sebelumnya dengan kertas berwarna merah serta di muka belakang memaparkan Stesen Besar Keretapi Tanah Melayu di Kuala Lumpur.

$50 Jaffar Hussein

Muka Depan

Wang kertas $50 ini dikeluarkan pada tahun 1986. Ia ditandatangani oleh Gabenor Bank Negara yang ke 4 iaitu Tan Sri Dato' Jaffar Bin Hussein. Ia menggunakan dua cetakan iaitu Thomas De La Rue (TDLR) dan BA Banknote pada tahun 1994. Bagi cetakan TDLR, prefix pertama adalah VP. Manakala XS adalah prefix yang terakhir. Replacement prefix pula adalah WA. Sementara bagi keluaran BA Banknote XS adalah prefix pertama. Prefix akhir pula adalah YL dan WA adalah wang gantian (replacement prefix). Keunikan serta kecantikan reka bentuk wang kertas $50 ini masih dikekalkan seperti keluaran sebelumnya dengan kertas yang berwarna biru/kelabu. Begitu juga di muka hadapan masih mengekalkan potret Tuanku Abdul Rahman. Manakala di muka belakang masih memaparkan Muzium Negara,sekuntum bunga teratai dan pisau tumbok lada.

Muka Belakang

Thursday 20 June 2013

$500 Jaffar Hussein

Muka depan

Siri ke 6 ( 1986-1995 )
Tandatangan: Tan Sri Dato' Jaffar Bin Hussein
Cetakan: Thomas De La Rue
Ukuran: 155mm x 83mm
Prefix:  ZV9139744
Replacement prefix: ZX

Muka Belakang

Wednesday 19 June 2013

$1000 Jaffar Hussein


Wang kertas $1000 ini dikeluarkan pada tahun 1985 yang ditandatangani oleh Tan Sri Dato' Jaffar Bin Hussein. Ia menggunakan cetakan Thomas De La Rue. Wang kertas $1000 ini hanya menggunakan satu prefix sahaja iaitu ZY. Manakala replacement prefix (wang gantian) adalah ZZ. Reka bentuk secara keseluruhannya adalah berdasarkan kepada kain songket bercorak telok berantai. Di muka hadapan, potret Yang Di Pertuan Agong yang pertama dikelilingi dengan reka bentuk berdasarkan kepada Gendang Nobat Terengganu. Sementara di bahagian tengah adalah berasaskan corak batik pucuk rebung.


Di muka belakang pula reka bentuk terdiri daripada bangunan Parlimen, bunga sandpaper vice di sebelah kanan serta kain anyaman kaum Bajau dan Kadazan di sebelah kiri. Lambang Bank Negara Malaysia terletak di penjuru atas sebelah kiri. Wang kertas $1000 ini telah diberhentikan penggunaannya selepas berlaku krisis ekonomi pada tahun 1998. 

Tuesday 18 June 2013

RM50 SUKAN KOMANWEL XVI (SUKOM)


Bank Negara Malaysia dengan kerjasama Sukom Ninety Eight Berhad telah mengeluarkan wang polimer RM50 yang pertama bagi memperingati Sukan Komanwel XVI-Kuala Lumpur 98. Sukan ini telah berlangsung dari 11-21 September 1998 di 26 tempat di Kuala Lumpur dan Pulau Langkawi. Wang kertas kenang-kenangan ini juga dikeluarkan dalam jumlah yang terhad. Sempena Sukan Komanwel 1998 yang dilangsungkan di Kuala Lumpur, keluarnya wang polimer RM50 ini sangat istimewa yang jarang sekali kelihatan dalam kegunaan am disebabkan kegunaannya sebagai wang peringatan. Wang kertas polimer ini di cetak oleh Note Printing Australia (NPA). Berukuran 152 x 76 mm. Ia ditandatangani oleh Tan Sri Dato' Ahmad Bin Mohd Don. Wang polimer RM50 ini menggunakan prefix KL/98.


Reka bentuk di bahagian hadapan menggambarkan potret Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong yang pertama disebelah kanan. Bangunan latar langit Kuala Lumpur berserta dengan beberapa mercu tanda utama dibahagian tengah. Corak abstrak rama-rama "Look Programme" Sukan Komanwel berserta Alat Variabel Optik (AVO) berwarna kuning keemasan dengan potret Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong yang pertama pada tingkap pandang telus kelihatan di sebelah kiri. Logo Bank Negara Malaysia kelihatan pada tingkap pandang telus yang lain di sebelah kanan wang berkenaan. Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur digambarkan sebagai latar belakang di bahagian tengah. Manakala di sebelah kanan dipamerkan bayangan artis mengenai reka bentuk latar belakang Koridor Raya Multimedia yang menghubungkan Bandaraya Kuala Lumpur dengan Putrajaya, Cyberjaya dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur yang baru.


Di bahagian belakang pula mempamerkan Stadium Utama Bukit Jalil di tengah-tengah wang tersebut. Logo Sukan Komanwel XVI-Kuala Lumpur 98 kelihatan di sebelah kiri. Wang polimer RM50 ini mempunyai ciri-ciri keselamatan seperti Alat Variabel Optik,dua tingkap pandang telus,tulisan huruf mikro intaglio,cetakan pelangi,tanda pandang telus,pola antipenskan/antipenyalin dan dakwat limunan berpendaflour di bawah cahaya ultraungu.( Sumber: Bank Negara Malaysia, Matawang Malaysia Coins & Banknotes 2010:Peter Eu & Ben Chiew,Wikipedia ,Ensiklopedia Bebas )

Monday 17 June 2013

"Raja" Wang Kertas Malaysia



Sejauh manakah anda mengenali wajah/potret yang terpampang di setiap note wang kertas ringgit Malaysia. Potret siapakah itu? Potret yang terpampang di setiap note samada 1,2,5,10,50,100,500,1000 adalah milik Sri Paduka Tuanku Abdul Rahman Ibni Almarhum Tuanku Muhammad (24 Ogos 1895 - 1 April 1960). Beliau merupakan Yang Di Pertuan Agong yang pertama daripada Persekutuan Tanah Melayu, kelapan Yang Di Pertuan Besar Seri Menanti dan kedua Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan.

Tuanku Abdul Rahman lahir di Seri Menanti, Negeri Sembilan. Merupakan anak kedua Tuanku Muhammad Ibni Almarhum Tuanku Antah iaitu Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan yang pertama, yang ketujuh Yang Di Pertuan Besar Seri Menanti (1888-1933) bersama isterinya yang bernama Puan Chik.

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Jempol sehingga tahun 1907. Pada tahun 1914, beliau meneruskan pengajian di Maktab Melayu Kuala Kangsar selama 7 tahun. Pada tahun 1915 baginda memulakan kerjaya yang cemerlang sebagai Penolong Pemungut Hasil Tanah di Seremban. Manakala pada tahun 1917,beliau dilantik sebagai Tuanku Muda Serting menggantikan abangnya Tunku Abdul Aziz .

Pada tahun 1925,beliau bersama bapanya yang ketika itu pemerintah Negeri Sembilan dalam perjalanan ke United Kingdom untuk menyaksikan Pameran Empayar British di Wembley serta melawat King George V. Kemudian beliau menyambung pelajaran dalam bidang undang-undang dan memperolehi ijazah pada tahun 1930. Baginda diterima menjadi peguam 3 tahun kemudiannya. Setelah beberapa tahun baginda bekerja keras sehingga baginda dilantik sebagai Majistret. Selepas itu,baginda dilantik sebagai Pegawai Daerah.

Pada tahun 1933,baginda ditabalkan sebagai Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan menggantikan ayahandanya yang telah mangkat. Ketika itu baginda seorang peguambela dan baginda adalah satu-satunya Raja Melayu yang mempunyai kelayakan sebagai peguambela dan peguamcara. Pada tahun 1957,baginda dilantik oleh Majlis Raja-Raja sebagai Yang Di Pertuan Agong yang pertama bagi Tanah Melayu. Beliau telah memerintah Negeri Sembilan selama 24 tahun sebelum dilantik sebagai Yang Di Pertuan Agong yang pertama.

Pada 1 April 1960 beliau telah mangkat di Istana Negara, Kuala Lumpur. Beliau telah meninggalkan isteri Tuanku Maharum dan Cik Engku Maimunah bersama 3 putera dan 5 puteri. Antaranya ialah Tuanku Munawir (Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan yang ke sembilan), Tuanku Aidah, Tuanku Ja'afar ( Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan yang ke sepuluh ), Tunku Abdullah dan Tunku Sheilah.

Walaupun baginda telah tiada, namun potret Tuanku Abdul Rahman masih dipaparkan di bahagian depan wang kertas Ringgit Malaysia sejak siri pertama yang dikeluarkan pada tahun 1967 sehinggalah ke hari ini. 
( Sumber: v12together.blogspot,ohartis.com 7 May 2011,budakbenteng.com)

Saturday 15 June 2013

Kupon Getah 5 Katis Sarawak


Seterusnya Kupon getah atau "Rubber Coupon" ini juga turut dikenali sebagai Katis/kati. Ia bernilai 5 katis/kati. Kupon eksport getah ini diperkenalkan semasa kemerosotan dalam Industri Getah selepas Perang Dunia Pertama di bawah Skim Sekatan Stevenson 1922. Sistem kupon diperkenalkan oleh British untuk mengawal pengekspotan getah. Kupon getah Sarawak ini hanya sah sehingga 31 December 1941. Kupon eksport ini telah dikeluarkan oleh negeri Johor,Kedah,Terengganu,Kelantan,Pulau Pinang dan Persekutuan Tanah Melayu ( terdiri daripada Perak,Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang ) termasuk Sarawak. Kupon ini juga mempunyai berat yang berbeza dalam kati seperti 5,10 dan 25. Manakala  picul/pikul pula 1 dan 5.  Ia telah dicetak oleh The Survey Dept.F.M.S. 5 Katis/kati bersamaan dengan 5 x 600 gram= 3 kilogram.( Sumber: belajarsejarah.blogspot,slcollectors.com )

 Muka Depan

Muka Belakang

Kupon Getah 10 Katis Sarawak

 Muka Depan

Berikut merupakan kupon atau dikenali sebagai "Rubber Coupons" yang diterbitkan secara rasminya pada tahun 1941. Kupon ini bernilai 10 Katis/Kati. Apa yang menariknya,ia dicetak dalam pelbagai bahasa iaitu Bahasa Inggeris,Cina dan Jawi. Reka bentuk dan cetakan oleh The Survey Dept.F.M.S. Kupon Sarawak ini  bernombor 274808. Biasanya kupon getah ini ditandatangani oleh Pengurus Kebun atau wakil buruh. 1 Katis/kati bersamaan dengan 600 gram ( 100 kati=1 picul/pikul ) ( Sumber: goldenemas.com )

Muka Belakang
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...