This blog is to share the interesting and beneficial hobbies such as collection of coins, banknotes, stamps, coupons, key chains,fridge magnet

Sunday 9 June 2013

7) Tan Sri Dato’ Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz


Y.M. Tan Sri Dato' Ungku Dr. Zeti Akhtar binti Ungku Abdul Aziz (Lahir 27 Ogos 1947) yang merupakan anak kepada Profesor Diraja Ungku Aziz dan Sharifah Azah Aziz, adalah wanita yang pertama dilantik sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia. Beliau juga dilihat sebagai salah seorang wanita yang begitu berkuasa di Malaysia. Pada 13 September 2010, Zeti terpilih sebagai antara Ketua Bank Pusat Terbaik Dunia oleh majalah Global Finance.

Beliau dilahirkan di Johor Bahru, Johor dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Assunta, Petaling Jaya pada tahun 1958. Pada tahun 1970, beliau menerima Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dalam bidang Ekonomi Analitikal di Universiti Malaya. Beliau kemudiannya melanjutkan pengajian beliau ke peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah dalam bidang kewangan dan ekonomi antarabangsa pada 1978 di Universiti Of Pennsylvania.

Beliau memulakan kerjaya sebagai Penyelidik ekonomi di Pusat Penyelidikan dan Pembelajaran Bank Pusat Asia Tenggara (South-East Asia Central Bank Training & Research Centre) pada tahun 1979 hingga 1984. Kemudian beliau dilantik sebagai Penolong Pengurus Jabatan Ekonomi di Bank Negara Malaysia pada tahun 1994Beliau juga telah dilantik sebagai Ketua Jabatan Ekonomi Bank Negara Malaysia. Pada 1 September 1998, beliau dilantik sebagai Pemangku Gabenor Bank Negara Malaysia selepas Datuk Ahmad Mohd Don mengundurkan diri. Kemudian pada 1 Mei 2000 beliau dilantik sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia ketujuh dan wanita pertama dilantik dalam jawatan tersebut. Beliau juga pernah dilantik sebagai Pengarah Pengurusan Danaharta Nasional Bhd dari tahun 1998-2000. Beliau juga merupakan Ahli Lembaga Pengarah Khazanah Nasional Bhd sejak tahun 2004.
.
Pada 20 April 2011, beliau telah dilantik semula sebagai Gebenor Bank Negara Malaysia (BNM) bagi tempoh lima tahun berkuat kuasa 1 Mei 2011. (Sumber:Wikipedia,Ensiklopedia Bebas) Dr. Zeti mempengerusikan penggubalan Pelan Induk Sektor Kewangan, satu pelan 10 tahun bagi pembangunan sistem kewangan Malaysia. Sepanjang tempoh beliau sebagai Gabenor, Dr. Zeti turut menyelia transformasi sistem kewangan yang melibatkan pembaharuan kewangan yang meluas, penubuhan institusi kewangan baru, pengukuhan pasaran kewangan dan peralihan kepada apungan terurus kadar pertukaran asing Ringgit. Beliau juga terlibat dalam pembangunan kewangan Islam antarabangsa dan kerjasama kewangan serantau.

Dalam mempromosikan inisiatif integrasi serantau, Dr. Zeti mempengerusikan Pasukan Kerja bagi Kerjasama Serantau antara Bank-bank Pusat di Asia di Executives' Meeting of East Asia-Pacific Central Banks (“EMEAP”) untuk membentuk pelan tindakan kerjasama kewangan pada masa hadapan di rantau tersebut. Beliau juga ahli Kumpulan Urus Tadbir Bank Pusat Bank for International Settlements (“BIS”) sejak 2001. Dr. Zeti juga merupakan salah seorang ahli pengasas Majlis Perundingan Asia BIS dan kini beliau adalah Pengerusi Majlis tersebut. (Sumber:www.pidm.gov.my) 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...