This blog is to share the interesting and beneficial hobbies such as collection of coins, banknotes, stamps, coupons, key chains,fridge magnet

Thursday 27 June 2013

Sejarah Duit Malaya & British Borneo (1952-1963)

Kemasukan negeri Sarawak, Borneo Utara dan Labuan di bawah kuasa pejabat Tanah Jajahan menyebabkan Lembaga Suruhanjaya Mata Wang Malaya telah dibubarkan dan  Lembaga Suruhanjaya Mata Wang Malaya dan British Borneo (1952-1963) ditubuhkan. Ia dikenali sebagai Dollar,Ringgit dalam bahasa Melayu adalah mata wang Malaya,Singapura,Sarawak,Borneo Utara dan Brunei (1953-1967). Semua mata wang ini dikeluarkan oleh Lembaga Pesuruhjaya Mata Wang Malaya dan British Borneo. Sebelum tahun 1952, lembaga itu dikenali sebagai Lembaga Pesuruhjaya Mata Wang Malaya.

Dollar Malaya dan British Borneo telah digunakan di Tanah Melayu selepas kemerdekaan  pada tahun 1957. Manakala di Malaysia selepas penubuhannya pada tahun 1963. Singapura pula pada tahun 1965. Selepas 1967 Singapura dan Brunei mengeluarkan mata wang sendiri. Walau bagaimanapun dolar Malaya & British Borneo terus sah sehingga 16 Januari 1969.

Pada tahun 1952,satu perjanjian telah ditandatangani oleh Persekutuan Tanah Melayu,Singapura,Borneo Utara,Sarawak dan Brunei bagi menubuhkan Lembaga Pesuruhjaya Mata Wang sebagai pengeluar tunggal mata wang bagi Malaya dan British Borneo. Ia mempunyai Lembaga Pengarah yang terdiri daripada lima orang ahli iaitu Setiausaha Kewangan Singapura (Pengerusi Lembaga Pengarah),Menteri Kewangan (Persekutuan Tanah Melayu),Gabenor Sarawak,Gabenor Borneo Utara,Residen British di Brunei serta 2 orang yang dilantik atas persetujuan bersama.

Pada tahun 1967,kesatuan mata wang berakhir apabila Malaysia,Singapura dan Brunei masing-masing mula mengeluarkan mata wang mereka sendiri. Mata wang ketiga-tiga negara telah ditukar pada nilai tara di bawah Perjanjian Kesalingbolehtukaran sehingga 8 Mei 1973 apabila kerajaan Malaysia membuat keputusan menamatkannya. Pada 30hb November 1979, Lembaga Pesuruhjaya Mata Wang Malaya & British Borneo secara rasminya dibubarkan.

Semua wang yang dikeluarkan oleh Lembaga Suruhanjaya ini ditandatangani oleh W.C.Taylor,selaku Pengerusi Suruhanjaya Mata Wang. Muka hadapan wang kertas menggambarkan potret Ratu Elizabeth II. Sementara lambang Negeri-negeri Melayu,Singapura dan Brunei di muka belakang. 1,5 dan 10 dolar dicetak oleh Waterlow & Sons,50 dan 100 dolar pula menggunakan cetakan Bradbury Wilkinson & Co Ltd. Manakala 1,000 dan 10,000 note dolar dicetak oleh Thomas De La Rue. Benang keselamatan emas dan tanda bayang kepala harimau telah dimasukkan kedalam wang kertas sebagai perlindungan terhadap pemalsuan wang tersebut. Duit syiling pula boleh didapati dalam 1(duit syiling persegi dikeluarkan antara tahun 1953 & 1961) dan syiling bulat (1962) dalam nilai 5,10,20 dan 50 sen.

Selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaan,wang kertas rekaan baru telah diperkenalkan,1dolar dengan "sampan nelayan"(1959) yang ditandatangani oleh Tun Lee Hau Shik. Manakala $10 dengan gambar "kerbau bajak"(1961) yang ditandatangani oleh Tun Tan Siew Sin. Pada tahun 1959,Bank Negara Tanah Melayu telah ditubuhkan bagi mengeluarkan mata wang tempatan dan tempatnya diganti oleh Bank Negara Malaysia (1963). Pada tahun 1967,pengeluaran wang oleh Lembaga Suruhanjaya Mata Wang Malaya & British Borneo dihentikan. (Rujukan: The Currency History Of Singapore,Monetary Authority Of Singapore.2007-04-09.Retrieved 2010-11-21,History Of Money In Malaysia: "Colonial Notes & Coins".Bank Negara Malaysia.2010.Retrieved 2010-11-21,Malaysia,Brunei & Singapore: Banknotes & Coins 2012,K.N.Boon)



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...