This blog is to share the interesting and beneficial hobbies such as collection of coins, banknotes, stamps, coupons, key chains,fridge magnet

Friday, 7 June 2013

$1 Tan Sri Ismail Mohd. Ali



Wang kertas $1 yang pertama dikeluarkan pada tahun 1967 sehingga tahun 1981. Siri 1(1967-1972), siri 2 (1972-1976) dan siri 3 (1976-1981). Ketiga-tiga siri tersebut ditandatangani oleh Tan Sri Ismail Mohd. Ali. Wang ini dicetak oleh Bradbury Wilkinson. Siri pertama menggunakan ejaan lama iaitu "Di-perlakukan", & "Gabenor". Manakala cetakan ke-dua (1972-1976) dengan perubahan  ejaan baru iaitu "Diperlakukan" & "Gabenur". Keluaran ke-tiga pula dengan perubahan bahagian sudut bawah sebelah kiri serta menggunakan imej pendam (Latent Image) sebagai ciri keselamatan.

Di muka hadapan adalah potret DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Pertama, Tuanku Abdul Rahman. Tera air adalah kepala harimau di sebelah kiri. Muka belakang adalah lambang Bank Negara Malaysia yang dilatarbelakangkan dengan reka bentuk geometri.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...