This blog is to share the interesting and beneficial hobbies such as collection of coins, banknotes, stamps, coupons, key chains,fridge magnet
Showing posts with label Tips/Panduan. Show all posts
Showing posts with label Tips/Panduan. Show all posts

Saturday, 21 September 2013

Tahap Gred Mata Wang Kertas

Assalamualaikum....

Entri kali ini NH nak berkongsi serba sedikit panduan untuk mengred mata wang kertas, terutama bagi yang sedang berjinak-jinak dalam hobi Numismatik (akak pun newbie juga dalam bidang ni). So,sebelum kita mengumpul item-item yang menjadi "buruan" dan "rare", collector hendaklah mengetahui kondisi/keadaan mata wang tersebut. Tahap-tahap Grednya mengikut buku K.N.Boon dan Peter Eu & Ben Chiew adalah:-

UNCIRCULATED (UNC) - Sempurna. Mempunyai penjuru yang tajam dan tiada kesan lipatan. Tiada kepudaran warna. Kertasnya kukuh dan bersih.

ABOUT UNCIRCULATED (AU) - Wang kertas kelihatan sempurna, namun bahagian tengah atau penjurunya terdapat sedikit kesan lipatan. Mempunyai penjuru yang tajam. Tiada kesan calar. Tiada kepudaran warna serta permukaannya bersih.

EXTREMELY FINE (EF) - Maksimum 3 kesan lipatan yang minor atau 1 kesan calar. Mempunyai penjuru yang tajam. Tiada kepudaran warna dan permukaannya bersih.

VERY FINE (VF) - Terdapat beberapa kesan lipatan. Permukaan sedikit kotor dan warnanya sedikit pudar. Penjuru mungkin terkoyak tetapi tidak dibahagian sisi. Masih mempunyai penjuru yang tajam serta kertas masih kelihatan keras.

FINE (F) - Terdapat banyak kesan lipatan dan calar. Terdapat sedikit kotoran. Sisinya mungkin terkoyak sedikit, terdapat lubang staple atau lubang pin (pinholes) tetapi tidak ditengahnya. Warnanya masih kelihatan tetapi tidak terang.

VERY GOOD (VG) - Penjuru koyak dan tidak tajam. Warna pudar serta terdapat lubang-lubang kecil tetapi tidak menjejaskan keseluruhan imej permukaan.

GOOD (G) - Permukaan koyak, mempunyai banyak kesan lipatan dan calar yang kuat. Terdapat lubang-lubang tetapi tidak menjejaskan keseluruhan imej permukaan. Terdapat kesan contengan tulisan.

FAIR (FA) - Permukaan yang lenyai, koyak, kotor dan kepudaran warna. Lubangnya lebih besar. Sebahagian daripada permukaan hilang dan terdapat contengan tulisan.

POOR (P) - Permukaan yang lenyai, koyak, kotor dan kepudaran warna. Lubangnya lebih besar. Sebahagian besar daripada permukaan hilang. Terdapat contengan tulisan dan bahagian-bahagian disambung dengan selotape.

Wednesday, 18 September 2013

Gred Duit Syiling


  • POOR/FAIR ( P ) -Tulisan dan gambarnya amat sukar dibaca. Namun keseluruhan reka bentuk masih dapat dilihat. Biasanya ia tidak dihiraukan oleh para pengumpul.
  • GOOD ( G ) - Tulisan dan gambarnya pudar tetapi masih dapat dibaca. Permukaannya telah diratakan. Sebahagian daripada tulisan mungkin sukar dikenalpasti. Terdapat kesan calar dan pinggiran yang pecah. Melainkan ianya duit syiling yang sukar dijunpai, ia tidak digemari oleh para pengumpul.
  • FINE ( F ) - Masih menunjukkan keseluruhan reka bentuknya. Terdapat kesan calar dan pinggiran yang pecah.

  • VERY FINE ( VF )  - Terdapat kesan calar, tompok pada permukaan  namun  reka bentuk lain masih jelas kelihatan.
  • EXTREMELY FINE ( EF ) - Kelusuhan ringan di keseluruhan reka bentuk tetapi kesan kilauan masih kelihatan.
  • ABOUT UNCIRCULATED ( AU )- Kesan kelusuhan ringan di kebanyakkan ciri-ciri tinggi. Sekurang-kurangnya setengah kilauan mungkin kelihatan.
  • UNCIRCULATED ( UNC ) - Tiada kesan calar atau pecahan. Kesan calar yang sedikit mungkin disebabkan ketidak sempurnaan semasa penempaan. Permukaan mungkin berbintik atau kehilangan sedikit kilauan.
  • BRILLIANT UNCIRCULATED ( BU ) - Warna asal yang jelas. Tiada kesan kotoran atau kesan calar.
  • PROOF ( PF ) - Duit syiling yang ditempa khas dan boleh dibezakan dari corak bentuk yang terperinci. Permukaan berkilau bagaikan cermin. Peruf merujuk kepada cara penempaan dan bukan keadaan duit syiling.
Sumber: Mata wang Malaysia,Coins & Banknotes 2010, Peter Eu & Ben Chiew, Malaysia, Brunei & Singapore, Banknotes & Coins, 2012, K.N.Boon.

Wednesday, 24 July 2013

Tips Penjagaan Koleksi

Biasanya terdapat berbagai kuman dan bakteria di permukaan mata wang terutamanya mata wang lama. Kuman-kuman ataupun bakteria-bakteria ini membiak dalam keadaan lembap dan berkulapuk. Ini sedikit sebanyak mengurangkan nilai mata wang tersebut. Oleh itu beberapa langkah perlu di ambilkira dalam memelihara koleksi kita agar ia dijaga dengan rapi dan selamat. Antaranya:-

1. Kulapuk
  • Koleksi harus disimpan ditempat yang kering pada suhu bilik yang optimum.
  • Bekas simpanan sentiasa dalam keadaan kering kontang
  • Elak daripada menggunakan kembali bekas simpanan cecair dan bekas makanan kerana bekas tersebut mengandungi asid yang tinggi.
2. Kesan lubang gigitan serangga/tikus
  • Biasa berlaku pada mata wang kertas
  • Koleksi mata wang kertas haruslah disimpan didalam keadaan persekitran yang kering
  • Elakkan menyimpan wang kertas anda bersama-sama timbunan surat khabar atau majalah
  • Sebaiknya simpanlah koleksi berharga anda ini ditempat dan persekitaran yang sesuai
3. Lipat/longgokan/timbunan
  • Boleh menyebabkan kerosakan pada permukaan mata wang tersebut dalam jangka masa yang panjang samada wang kertas ataupun duit syiling.
  • Elakkan menyentuh secara langsung pada permukaan wang kertas 
  • Gunakan penyepit atau pelindung mata wang yang tidak berasid
4. Pudar/kelunturan warna
  • Hindari koleksi-koleksi tersebut dijemur dibawah cahaya matahari.
  • Meminta pendapat/nasihat/pandangan  daripada para pengumpul/peniaga yang lebih berpengalaman semasa memilih penutup/pelindung/aksesori/peralatan untuk koleksi anda.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...