This blog is to share the interesting and beneficial hobbies such as collection of coins, banknotes, stamps, coupons, key chains,fridge magnet

Tuesday 30 July 2013

1 Cent Sarawak 1930

Duit syiling 1 cent diatas ditempa pada tahun 1930 dengan potret Sir Charles Vyner Brooke. Rajah Charles Vyner Brooke (1917-1946)  merupakan Raja Putih ketiga dan terakhir memerintah Sarawak selepas Sir James Brooke (1841-1868) dan Sir Charles Johnson Brooke (1868-1917). Duit syiling ini dikeluarkan sebanyak 3,000,000 dengan berat 5.50g dan berdiameter 24.5mm. Duit syiling 5 dan 10 cent turut ditempa dari tahun 1920 hingga 1934 dengan potret Sir Charles Vyner Brooke. Manakala duit syiling gangsa 1 cent antara tahun 1927 hingga 1941 dan diikuti oleh duit syiling 50 sen pada tahun 1927. Di muka belakang duit syiling 1 cent ini pula tertera perkataan "SARAWAK","ONE CENT" dan "1930".

Muka Belakang

Friday 26 July 2013

1 Cent Queen Victoria 1888

Syiling 1 cent ini mula digunakan pada tahun 1886 di negeri-negeri selat (straits settlements). Pada tahun 1826 negeri-negeri Selat ditubuhkan  terdiri daripada negeri Melaka, Perak (Dinding), Penang (Prince Of Wales Island) dan Singapura. Sebelum syiling ini dikeluarkan, British juga menggunakan syiling "East India Company" (1826-1858) dan "India Straits" yang turut mempunyai gambar Queen Victoria. Syiling 1 cent ini diperbuat daripada tembaga (1872-1883) dan gangsa (1884-1901). Syiling 1 cent 1888 ini dikeluarkan sebanyak 10,000,000 dengan berat 9.33g, berdiameter 29mm. Syiling ini ditempa di Royal Mint London, United Kingdom. Duit syiling ini ditera dengan perkataan "QUEEN VICTORIA" (Ratu Victoria)  serta potret Ratu di muka hadapan. Manakala di muka belakang ditera dengan "STRAITS SETTLEMENTS" dan "ONE CENT 1888". (Sumber: Malaysia, Brunei & Singapore, Banknotes & Coins, 6th Edition,2012,K.N.Boon, malaysiancoins.com)

Syiling VOC 1754


Syiling diatas merupakan syiling tembaga yang diperkenalkan pada abad ke 18 semasa pemerintahan Belanda (1602-1800). Di muka hadapan wang syiling ini tertera tahun 1754 dan perkataan VOC. VOC atau dalam bahasa Belanda adalah singkatan kepada (Verenidge Oostindische Compagnie). Ia adalah sebuah Syarikat di Belanda yang disatukan menjadi sebuah Syarikat Hindia Timur Bersatu. Syarikat ini ditubuhkan pada 20 Mac 1602 yang berpusat di Batawi (kini dikenali sebagai Jakarta) di Jawa, Indonesia. Ia mempunyai penempatan di Kepulauan rempah (Maluku),Kepulauan Banda yang mana VOC mendapat monopoli ke atas penanaman buah pala. Mereka juga telah mengawal penempatan di Melaka pada tahun 1641 dan berjaya menawan Melaka daripada Portugis. VOC ini menjalankan perdagangan di Timur dan juga mendirikan kubu-kubu di perairan yang penting untuk menguasai perdagangan di pelabuhan-pelabuhan tempatan.(Sumber: Wikipedia, Ensiklopedia Bebas, cikgurazak.blogspot.com)

 Muka Belakang

Wednesday 24 July 2013

Tips Penjagaan Koleksi

Biasanya terdapat berbagai kuman dan bakteria di permukaan mata wang terutamanya mata wang lama. Kuman-kuman ataupun bakteria-bakteria ini membiak dalam keadaan lembap dan berkulapuk. Ini sedikit sebanyak mengurangkan nilai mata wang tersebut. Oleh itu beberapa langkah perlu di ambilkira dalam memelihara koleksi kita agar ia dijaga dengan rapi dan selamat. Antaranya:-

1. Kulapuk
  • Koleksi harus disimpan ditempat yang kering pada suhu bilik yang optimum.
  • Bekas simpanan sentiasa dalam keadaan kering kontang
  • Elak daripada menggunakan kembali bekas simpanan cecair dan bekas makanan kerana bekas tersebut mengandungi asid yang tinggi.
2. Kesan lubang gigitan serangga/tikus
  • Biasa berlaku pada mata wang kertas
  • Koleksi mata wang kertas haruslah disimpan didalam keadaan persekitran yang kering
  • Elakkan menyimpan wang kertas anda bersama-sama timbunan surat khabar atau majalah
  • Sebaiknya simpanlah koleksi berharga anda ini ditempat dan persekitaran yang sesuai
3. Lipat/longgokan/timbunan
  • Boleh menyebabkan kerosakan pada permukaan mata wang tersebut dalam jangka masa yang panjang samada wang kertas ataupun duit syiling.
  • Elakkan menyentuh secara langsung pada permukaan wang kertas 
  • Gunakan penyepit atau pelindung mata wang yang tidak berasid
4. Pudar/kelunturan warna
  • Hindari koleksi-koleksi tersebut dijemur dibawah cahaya matahari.
  • Meminta pendapat/nasihat/pandangan  daripada para pengumpul/peniaga yang lebih berpengalaman semasa memilih penutup/pelindung/aksesori/peralatan untuk koleksi anda.

Tuesday 23 July 2013

60 Tahun Pemerintahan Queen Elizabeth II (1926-Kini)

 Cover Depan (Limited Edition- Dikeluarkan sebanyak 20 juta sahaja)

 Potret Ratu Elizabeth II bersama suami, Putera Philip

 Muka Hadapan (Potret Ratu Elizabeth ketika berusia 87 tahun)

Muka Belakang (3 imej  Ratu Elizabeth Dulu dan Kini)

Duit Jepun 10 Cents

Mata wang 10 cents diatas dikeluarkan pada September 1942 semasa pemerintahan tentera Jepun di Tanah Melayu. . Ia dicetak bagi mengatasi masalah kekurangan wang syiling pada ketika itu. Wang kertas ini tidak mempunyai nombor siri dengan huruf prefix M/AN. Berukuran 106mm x 51mm dan berwarna kelabu. Note sen ini mempunyai reka bentuk yang lebih mudah dan tidak menonjolkan tanaman ladang di bahagian hadapannya kecuali duit Jepun 50 sen. Wang kertas sen ini lebih kecil saiznya daripada wang kertas dolar.(Sumber: Wikipedia, Ensiklopedia Bebas, Malaysia. Brunei & Singapore, Banknotes & Coins, 2012, K.N.Boon)

Monday 22 July 2013

Duit Jepun 1 Dollar


Wang kertas 1 dolar di atas merupakan duit semasa era pemerintahan tentera Jepun di Tanah Melayu pada tahun 1942 hingga 1945. Ia dikeluarkan pada tahun 1942 bagi menggantikan dolar Malaya dan dolar Selat. Berukuran 141mm x 68mm dan berwarna biru. Duit Jepun ini dikeluarkan dengan dua siri iaitu dengan nombor siri (with serial number) dan tanpa nombor siri (without serial number). Di muka hadapan wang kertas 1 dolar ini memaparkan ilustrasi tanaman ladang seperti kelapa di sebelah kanan. Di bahagian tengah tertulis "THE JAPANESE GOVERNMENT","PROMISES TO PAY THE BEARER ON DEMAND" dan "ONE DOLLAR"dengan prefix MO. Sementara tulisan Jepun berada ditengah bahagian bawah wang kertas tersebut.


Duit Jepun 5 Dollars

Muka Hadapan (MC,MK & MR)

Duit Jepun 5 dolar ini dikeluarkan pada tahun 1942. Bersaiz 149mm x 71mm dan berwarna coklat. Cetakan siri pertama bermula dengan huruf blok MA dengan 6 nombor siri. Manakala siri kedua dicetak tanpa had serta tiada kawalan perbendaharan, tiada nombor siri dan tanda bayang. Siri kedua ini bermula dengan huruf blok MB hingga MR. Koleksi Noraz Hobbies hanya mempunyai tiga keping sahaja dengan huruf blok MC,MK dan MR. Di muka hadapan duit zaman penjajahan Jepun ini tertera imej pokok kelapa di sebelah kiri. Manakala disebelah kanan pula terdapat gambar pokok betik. Nilaian 5 dolar disetiap penjuru wang kertas tersebut. Huruf blok M pula merujuk kepada Tanah Melayu (Ma-rai-ee). Di sebelah kiri juga terdapat tanda bayang berbentuk bunga.

Muka Belakang

Saturday 20 July 2013

"Duit Pokok Pisang" 10 Dollars

Wang kertas di atas lebih dikenali sebagai "Duit Pokok Pisang" dikalangan penduduk semasa era penjajahan Jepun di Tanah Melayu. Ia merujuk kepada imej pokok pisang yang terdapat di bahagian hadapan wang kertas tersebut. Wang ini dikeluarkan pada tahun 1942. Berukuran 160mm x 77mm dan berwarna hijau. Di bahagian hadapan duit ini juga terdapat pokok kelapa di sebelah kanan. Manakala nilai 10 terletak di bahagian tengah, penjuru bawah kiri dan kanan. Siri pertama bagi "duit pokok pisang" ini bermula huruf blok MA dan MB dengan nombor siri (with serial number). Sementara siri kedua tanpa nombor siri (without serial number) bermula dengan huruf blok MB, MC, MD, ME, MF, MG, MH, MI, MT, MK, MM, MN dan MPDi bahagian belakang pula memaparkan imej kawasan tepi pantai dengan pokok kelapa dan sebuah kapal sedang belayar. 

Muka Belakang

Duit Jepun 100 Dollars


 Variety I (warna lebih gelap)

Duit Jepun 100 dolar di atas dikeluarkan pada tahun 1944 semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Berukuran 170mm x 82mm dan berwarna kelabu ungu/perang. Ia dicetak dengan dua versi yang amat berbeza dengan menggunakan huruf blok M atau MT. Versi pertama memaparkan kehidupan luar bandar di bahagian hadapan dan belakang wang kertas tersebut. Manakala versi kedua adalah ilustrasi ladang getah di muka hadapan. Sementara di muka belakang ilustrasi kehidupan luar bandar. Ia  berwarna perang dan hijau di bahagian belakang. Koleksi NH hanya mempunyai versi pertama tetapi dua variety (jenis) yang berbeza.

Variety I huruf blok MT adalah tegak dan warna tebal. Begitu juga dengan ilustrasi yang terdapat di muka hadapan dan belakang lebih gelap. Manakala variety II huruf blok MT iaitu M condong sedikit. Sementara ilustrasi yang terdapat di kedua belah muka hadapan dan belakang warnanya agak terang. (Sumber: Wikipedia, Ensiklopedia Bebas, Malaysia,Brunei & Singapore, Banknotes & Coins,K.N.Boon, Galeri Sha Banknotes)

Variety II (warna terang sedikit)


Thursday 18 July 2013

Duit Jepun 1000 Dollars


Duit Jepun 1000 dolar diatas dikeluarkan pada tahun 1944 semasa kemerosotan ekonomi di Tanah Melayu. Kejatuhan nilai wang kertas Jepun memaksa pemerintahan tentera Jepun mencetak jenis mata wang dolar yang lebih besar. Berukuran 170mm x 82mm dan berwarna perang di bahagian hadapan. Manakala di bahagian belakang berwarna hijau. Wang kertas ini dicetak dengan dua versi yang berbeza iaitu  dua huruf blok MU dan MA dengan dakwat hitam. Ilustrasi pada note 1000 dolar ini menumpukan kehidupan luar bandar. Manakala teks pula menggunakan Bahasa Inggeris dan Jepun. Duit Jepun 1000 dolar ini merupakan note baru yang terakhir sebelum Jepun menyerah kalah pada tahun 1945.

Muka Belakang

Sejarah Duit Jepun di Tanah Melayu (1942-1945)

Pada bulan Disember 1942, Asia Tenggara telah jatuh ke tangan tentera Jepun. Oleh itu, pihak pentadbiran tentera Jepun telah memperkenalkan mata wang sendiri bagi urusan jual beli di wilayah jajahan mereka. Ia mempunyai jenis nilai yang sama dengan mata wang Negeri-negeri Selat. Wang kertas yang dikeluarkan di kawasan penjajahan Jepun dapat dibezakan dengan abjad pertama huruf bloknya. Di Burma ia bermula dengan blok huruf B dan dikenali sebagai rupee Jepun. Manakala di Indonesia (guilder Jepun) blok hurufnya bermula dengan S. Blok P pula untuk Filipina yang dikenali sebagai peso Jepun. Sementara blok huruf M adalah untuk Tanah Melayu (atau Ma-rai-ee). Di Tanah Melayu duit Jepun ini lebih sinonim dengan nama "duit pokok pisang". Panggilan tersebut sebenarnya berasal daripada motif pokok pisang yang tertera pada note 10 dolarnya.

Pada tahun  1942 siri pertama bagi duit Jepun telah dikeluarkan dalam jenis 1,5 dan 10 dolar yang dicetak dengan blok MA dan MB diikuti 6 nombor siri. Terdapat tanda bayang berbentuk bunga di sebelah kiri pada wang kertas 5 dan 10 dolar. Pada bulan September 1942, sejumlah wang kertas menggunakan huruf blok tanpa nombor siri telah dikeluarkan. Wang kertas jenis nilai 5 sen,10 sen dan 50 sen telah dikeluarkan oleh pihak tentera Jepun semasa berlakunya kekurangan wang syiling. Wang kertas 50 sen dicetak dengan huruf blok MA dan MB tanpa tanda bayangan.

Duit pokok pisang ini telah menyebabkan kadar inflasi yang tinggi apabila pihak pentadbiran tentera Jepun dengan sewenang-wenangnya mengeluarkan wang kertas tersebut tanpa had. Ketiadaan nombor siri serta pemalsuan note dolar ini menambahkan lagi kemerosotan ekonomi di Tanah Melayu. Kadar inflasi yang meningkat memberi impak yang besar kepada penduduk sehinggakan penduduk terpaksa hidup dengan memakan ubi kayu dan bubur nasi. Semua wang kertas Jepun tidak bernilai langsung pada waktu itu.

Pada tahun 1944, Southern Development Bank telah mengeluarkan wang kertas jenis nilai 10,100 dan 1000 dolar. Barangan import dan harga barang naik dengan mendadak akibat sekatan Kesatuan Berikat. Pihak tentera Jepun telah mencetak wang kertas 100 dan 1000 dolar dengan banyak untuk mendapatkan barangan keperluan. Nilai mata wang Jepun jatuh dan harga barang melambung naik setiap kali Jepun kalah dalam peperangan.

Sebaik sahaja Jepun telah menyerah kalah pada tahun 1945, pihak British telah menggunakan wang kertas 5,10,100 dan 1000 dolar tentera Jepun dicetak dengan tulisan MALAYAN  berwarna merah pada bahagian atas, WAR SOURVENIR di bahagian bawah,bersama-sama VJ dan Grim Memories of 1941-1945 di tengah-tengah dengan dakwat hitam. Pada 20 Ogos 1945 wang kertas ini digugurkan dari udara untuk menyebarkan berita kemenangan terhadap Jepun serta menghapuskan mata wang penjajahan Jepun. (Sumber: Wikipedia: Ensiklopedia Bebas, Malaysia, Brunei & Singapore, Banknotes & Coins,6th Edition 2012,K.N.Boon)


Tuesday 16 July 2013

"FIRST GIVEAWAY BY A&D kRAF".



*

Hai semua.Apa khabar?Harap-harap sihat la yer..Malam ini dengan rasminya, owner A&D Kraf ingin membuat GA.Ini merupakan GA pertama kami buat julung-julung kalinya.GA ni sangat la simple mimple.Syarat pun mestilah simple kan.Semua hadiah GA ni disponsor oleh A&D Kraf sendiri yer..Jemput-jemputlah join.Harap-harap ramai yang sudi support First Giveaway By A&D KRAF ni yer..

KLIK BANNER UNTUK JOIN


SYARAT-SYARAT
1. Wajib ada facebook dan blog.
2. Buat entri bertajuk "FIRST GIVEAWAY BY A&D kRAF".
3. Copy coding dibawah dan paste diruang HTML entri.

Creadit to : Mialiana

3. Follow blog dan  like fanpage.
(FANPAGE ) A&D kRAF


4. Klik iklan sponsor -  *TUNGGU SAMPAI HABIS LOADING. TOLONG JUJUR*
5. Publish! Dan tinggalkan link entri diruang komen.Tempat lain tidak akan diterima..
6. Tarikh tamat 2 OGOS 2013. Umum pemenang 3 OGOS 2013.


*

Uncut RM10 ( Pair of 3 in 1 )

Cover Depan



Wang kertas bercantum RM10 siri baru ini berwarna merah yang dikeluarkan pada bulan September 1997 adalah satu daripada siri yang bertemakan Wawasan 2020. Ia mencerminkan pembangunan dan pencapaina ekonomi Malaysia. Bagi RM10 yang merupakan denominasi yang ketiga siri baru ini, pengangkutan moden telah dipilih sebagai motifnya. Bahagian hadapan wang kertas bercantum ini mengekalkan potret Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Pertama dalam cetakan intaglio dengan ciri keselamatan anti salinan pendua berbentuk empat segi yang nyata di bahagian tengah wang kertas berkenaan.



Reka bentuk utama di bahagian belakang pula memaparkan rangkaian pengangkutan udara, darat dan laut. Ia dipaparkan melalui kapal terbang Sistem Penerbangan Malaysia, Sistem Transit Aliran Ringan dan kapal kontena Perbadanan Perkapalan Antarabangsa Malaysia yang membayangkan peri pentingnya pengangkutan dalam ekonomi Malaysia. Ciri-ciri keselamatan pada wang kertas ini termasuklah benang keselamatan berwarna pelangi dengan cetakan RM10, potret tanda bayang tiga dimensi, cetakan timbul anti salinan pendua berbentuk empat segi dan gentian keselamatan pada kertasnya.



Wang kertas bercantum RM10 siri ke 7 ini telah diedarkan pada bulan September 1983. Rekabentuknya adalah berasaskan kepada perhiasan traditional Malaysia, ukiran kayu, kraftangan dan bunga-bungaan serta vignet bangunan terkenal di Ibu Negara. Bahagian hadapan mempunyai potret Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Pertama. Latar belakang umum reka bentuk pula berasaskan perhiasan traditional Malaysia, batik, ukiran kayu dan lain-lain kraftangan. 



Reka bentuk utama di bahagian belakang wang kertas bercantum ini adalah vignet Stesen Keretapi Kuala Lumpur iaitu salah satu mercu tanda di Ibu Negara. Bunga raya yang merupakan bunga kebangsaan digambarkan pada penjuru kanan bahagian bawah wang kertas tersebut. Ciri-ciri keselamatan pula termasuklah benang keselamatan, imej pendam denominasi, tanda pandang telus dan potret tanda bayang Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pertama iaitu Tuanku Abdul Rahman. Wang kertas bercantum RM10 ini merupakan siri ke 7 & siri ke 8 yang ditandatangani oleh Tan Sri Dato' Ahmad Mohd Don dengan nombor siri yang sama tetapi berbeza prefix. Ia dikeluarkan secara 3 keping bercantum dengan jumlah 20,000 keping sahaja. Mengikut buku K.N.Boon nilainya dianggarkan berharga RM600. (Sumber: Bank Negara Malaysia, Buku K.N.Boon: Malaysia, Brunei & Singapore, Banknotes & Coins 6th Edition,2012)

Monday 15 July 2013

Giveaway Ramadhan By JiwarOsak


Giveaway Ramadhan by JiwarOsak

JOM Sertai Giveaway Ramadhan yang dianjurkan oleh Jiwarosak.Com dan disponser oleh
AbgferOz | Emma Eshya | Cik Amabee | Puteri Insyirah | Atie Eryati | JR EvolusiKu | Miszz Nadea | Nor Syazwani | Amirul Syahnaz | Ieta Mat Sa’ad | Nadz Fisol | Nurmujahidah Ismail | Kak Noor Noorlia | Delima Zamrud | Nurul Syarafina | Edo Hayra | Schu Hada | Anastasia Ann | Khairul Zamri | MahaMahu | MahaGosip | Diari sedetik lebih Farisha | Ainul Asyirah Asyiqeen | Sempoi Jerk | Masni Abdul Kadir | Ahmad Siddiq Adnan

hanya 3 STEP dan anda mungkin memenangi hadiah yang menarik..
Terdapat pelbagai jenis hadiah dan cash yang boleh dimenangi.. untuk maklumat lanjut layari blog penganjur di AbgferOz

Sunday 14 July 2013

Uncut RM5 (8 Keping)

 Cover Depan



Wang kertas baru RM5 berwarna hijau yang dikeluarkan pada bulan September 1999 adalah bertemakan Wawasan 2020. Ia menggambarkan perkembangan serta pencapaian pesat ekonomi Malaysia menuju ke arah sebuah negara maju. Bagi RM5 siri baru yang telah dikeluarkan, sektor pembinaan dipilih sebagai motif reka bentuk utama. Bahagian hadapan wang kertas bercantum ini mengekalkan potret DYMM Seri paduka baginda Yang Dipertuan Agong pertama dalam cetakan intaglio dengan ciri keselamatan antisalinan pendua yang berbentuk empat segi yang nyata di bahagian tengah wang kertas berkenaan


Reka bentuk utama bahagian belakang pula memaparkan bangunan seperti KLIA, Menara Berkembar Petronas dan lakaran peta simbol lambang Putrajaya dan Cyberjaya. Ciri-ciri keselamatan pada wang kertas ini meliputi benang keselamatan dengan teks "BNM RM5" dicetak berulang-ulang, imej tanda bayang tiga dimensi, ciri anti salinan "PEAK" dan benang serat keselamatan pada kertasnya. Bagi wang kertas bercantum RM5  8 in 1 ini hanya dikeluarkan sebanyak 5,000 keping dan dianggarkan berharga RM800. (Sumber: Bank Negara Malaysia, K.N.Boon, Banknotes & Coins 2012)

Uncut RM5 (3 Keping)

 Cover Depan


 Info Dalam Bahasa Melayu


Muka Hadapan


 Muka Belakang


Info Dalam Bahasa Inggeris

Uncut RM1 (3 Keping)

Bank negara Malaysia kini memperkenalkan semula wang kertas RM1 baru yang merupakan denominasi keenam yang terbaharu (siri ke 3). Wang kertas RM1 baru ditandatangani oleh Gabenor sekarang,Dato Dr. Zeti Akhtar Aziz yang menyandang jawatan pada 1 Mei 2000. Wang kertas RM1 baru yang dicetak sebelumnya telah ditandatangani oleh Gabenor yang lepas iaitu Tan Sri Dato Seri Ali Abul Hassan bin Sulaiman. Wang kertas RM1 siri baru ini mengandungi ciri-ciri keselamatan terkini sebagai langkah mencegah pemalsuan.

Reka bentuk wang kertas RM1 siri baru ini bertemakan Wawasan 2020 yang menggambarkan perkembangan serta pencapaian pesat ekonomi Malaysia menuju ke arah sebuah negara maju. Fokus utama yang digambarkan pada motif latar belakang ialah sektor pelancongan. Ia memaparkan ilustrasi layang-layang Malaysia, pantai, Gunung Kinabalu dan puncak-puncak Gunung Api yang terletak di Taman Negara Mulu. Motif ini juga menggambarkan antara tempat pelancongan yang menarik di dalam negara. Sebagaimana denominasi lain bagi siri yang sama, wang kertas RM1 baru ini juga menggunakan simbol RM sebagai simbol mata wang Ringgit Malaysia. Mengikut buku K.N.Boon  bagi wang kertas bercantum 3 in 1 ini dianggarkan bernilai RM300. Wang kertas bercantum (Uncut Banknotes) ini hanya dikeluarkan sebanyak 30,000 keping sahaja. (Sumber: Bank Negara Malaysia, Malaysia,Brunei & Singapore, Banknotes & Coins,K.N.Boon) 

Friday 12 July 2013

Pencipta Automated Teller Machine (ATM)


Mesin wang pengeluar automatik (ATM) dicipta oleh John Shepherd Barron. Beliau merupakan bekas pekerja sebuah syarikat pencetak wang kertas. Beliau adalah orang yang pertama mencipta mesin Automated Teller Machine (ATM) yang dicipta pada 23 Jun 1925. ATM mula dipasang di London branch Barclays,daerah Enfield. Pada 27 Jun 1967 pelakon komedi iaitu Reg Varney bintang sitkom TV "On Busess" menjadi orang yang pertama di negara itu menggunakan satu mesin tunai pada Barclays Enfield. Pada masa itu ATM dikenali sebagai DACS FOR DE LA RUE AUTOMATIC CASH SYSTEM.

John Shepherd Barron merupakan pengarah urusan De La Rue Instruments iaitu sebuah syarikat yang membuat mesin ATM yang pertama. Beliau mendapat idea itu dengan menggunakan konsep mesin coklat. Beliau kemudian menjual konsep mesin pengeluar wang automatik itu kepada Bank Barclays di Britain. Pada mulanya,mesin itu tidak menggunakan kad tetapi cek khas. Pada permulaan kad ATM ini dibuat ia menggunakan sedikit bahan radioaktif. Pada masa itu kad-kad ATM plastik masih tidak wujud lagi. Mesin ATM ini mengambil pemeriksaan yang mensenyawakan dengan karbon 14 (bahan radioaktif). Ia juga akan mengesan karbon 14 dan mempunyai nombor pin. John Shepherd Barron mencipta idea satu nombor pengenalan peribadi atau PIN sebagai satu kata laluan sebelum mengeluarkan duit. Idea ini kemudian disemak oleh isterinya iaitu Caroline. Pada asalnya nombor PIN ini mempunyai enam bilangan digit tetapi ditukar kepada empat digit supaya mudah diingati.

Giveaway 10K Followers Mialiana.com


Giveaway 10K Followers Mialiana.com bermula pada hari ini, 7 Julai 2013, iaitu tepat jam 5.45 petang sehingga 11.59 malam 21 Julai 2013. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Terbuka kepada semua blogger yang bermastautin di Malaysia sahaja
  2. Follow blog Mialiana.com, Add  Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  3. Wajib Follow blog, Like Fanpage dan Add Google+ semua sponsor (rujuk senarai sponsor)
  4. Buat entri bertajuk Giveaway 10K Followers Mialiana.com
  5. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  6. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senarai sponsor :
❤ Kerinchi MyKeledek | Fanpage
❤ Alycia | Fanpage
❤ Aida Hanafiah
❤ Amir Rofie | Google+
❤ Chekgu Skolah | Fanpage
❤ Anastasyea | Google+
❤ Sha Dhira | Fanpage
❤ Rafina Mimi | Fanpage
❤ Paly | Fanpage
❤ Dayang Deno | Fanpage
❤ Cikgu Kaca Mata | Fanpage
❤ Ieta | Fanpage
❤ Deq'Nyss | Google+
❤ Keyme Keymo | Google+
❤ Nur Dzafirah | Fanpage

Senarai hadiah yang ditaja bernilai RM 1,474 :
❤ 1 x Jus Delima Pompure bernilai RM 150
❤ 1 x Glutaking bernilai RM 150
❤ 1 x Tropica Bioherb Shampoo Herba bernilai RM 35
❤ 1 x Kain pasang Satin Cotton Vietnam bernilai RM 65
❤ 1 x BB Plus Collagen bernilai RM 180
❤ 3 x tudung DeZahra bernilai RM 75 serta Brooch bernilai RM 6
❤ 1 x Teddy Bear bernilai RM 100
❤ 2 x Bantal Love mialiana.com bernilai RM 35
❤ 1 x Wang Tunai RM 50
❤ 1 x Novel Cintaku Luruh di Oxford bernilai RM 34
❤ 1 x Novel Dia Yang Aku Pilih bernilai RM 22
❤ 1 x Farcheese Powder bernilai RM 25
❤ 3 x Doodle bernilai RM 10
❤ 2 x Multifunctional Buff (Seamless Magic Scarf) bernilai RM 15
❤ 9 x Topup bernilai RM 10
❤ 4 x hadiah misteri bernilai RM50.00

 jom support Mia Liana ya... join Giveaway ini dengan klik banner di atas...

Thursday 11 July 2013

RM1 Zeti Aziz

Wang kertas RM1 mula diperkenalkan semula pada 8 November 2000 menggantikan syiling RM1 yang dimansuhkan serta dinyahwang pada 7 Disember 2005. Berukuran 12mm x 65mm dan berwarna biru. Wang kertas ini ditandatangani oleh Tan Sri Dato' Sri Dr. Zeti Aziz Akhtar Aziz. Ia menggunanakan cetakan Francois Charles Oberthur Fiduciarie,Giesecke & Devrient dan De La Rue Currency International. Prefix pertama bermula dengan AA. Manakala ZA,ZB,ZC,ZD,ZE,ZW adalah wang kertas gantian. Begitu juga dengan prefix yang bermula dengan ZAA,ZAB,ZAC dan ZAD.

Di bahagian hadapan wang kertas ini memaparkan potret Yang Dipertuan Agong yang pertama iaitu Tuanku Abdul Rahman. Sementara di bahagian belakang pula memaparkan gunung Kinabalu dan Wau Bulan. Gunung Kinabalu yang terletak di Sabah merupakan puncak tertinggi di Malaysia serta yang kelima di Asia Tenggara. Ia merupakan lambang kemegahan setiap penduduk yang tinggal di Sabah. Sesetengah menganggap Gunung Kinabalu ini dapat memberikan semangat juang dan satu padu rakyat Sabah. Menurut kepercayaan masyarakat Kadazan Sabah, Gunung Kinabalu merupakan tempat bersemadinya semangat mereka selepas meninggal dunia.

Manakala wau bulan yang dipaparkan dalam wang kertas RM1 ini melambangkan semangat kemasyarakatan yang utuh yang tercermin dalam aktiviti permainan traditional ini. Permainan wau atau layang-layang ini amat popular di Pantai Timur, Malaysia terutamanya negeri Kelantan. Wau Bulan antara jenis wau yang paling tersohor dikalangan masyarakat melayu. Ia dimainkan sejak kurun ke 15 lagi. Reka corak wau biasanya bermotifkan tumbuhan dan haiwan serta diwarnakan dengan pelbagai warna. Selain dijadikan permainan, wau juga menjadi hasil kraftangan dan hiasan dinding.


Wang gantian (ZAD 0700755)

Wang kertas RM1 diatas merupakan wang gantian (replacement)  yang dikeluarkan untuk menggantikan wang kertas yang rosak atau salah cetak. Biasanya ia mempunyai prefix khas seperti Z1, ZA ,ZB, ZC atau ZAA, ZAB, ZAC dan ZAD.


Wang RM1 polimer siri baharu diatas dikeluarkan pada 16 Julai 2012. Berwarna biru dan bersaiz 120mm x 65mm. Ia ditandatangani oleh Gabenor Bank Negara Tan Sri Dato' Sri Dr.Zeti Aziz Akhtar Aziz. Prefix pertama bermula dengan AA. Bank Negara Malaysia memperkenalkan wang polimer ini kerana ia lebih berkualiti serta tahan lama dan jangka hayatnya adalah antara dua hingga tiga kali lebih lama berbanding dengan wang kertas. Siri terbaru mata wang polimer ini mengambil inspirasi daripada pelbagai ciri-ciri unik Malaysia dengan menggunakan elemen khazanah semulajadi,budaya dan warisan negara. Secara keseluruhan reka bentuk wang polimer ini berasaskan kepada corak tenunan songket traditional melayu. Di bahagian hadapan memaparkan potret Tuanku Abdul Rahman iaitu Yang Dipertuan Agong yang pertama di sebelah kiri. Manakala bunga raya iaitu bunga kebangsaan di bahagian tengah wang polimer tersebut.


Di bahagian belakang pula memaparkan sejenis permainan traditional masyarakat melayu iaitu permainan wau. Permainan wau merupakan sukan traditional yang popular di Malaysia terutamanya di Kelantan dan Terengganu. Permainan wau secara tradisinya adalah suatu acara untuk meraikan hasil tuaian yang baik. Ia juga secara tidak langsung merapatkan masyarakat tempatan melalui permainan ini. Wau bulan adalah antara wau Malaysia yang paling terkenal yang terdapat pada wang RM1 polimer siri baharu ini. Wau bulan buatan tangan yang diperbuat daripada buluh dan kertas juga menjadi barang hiasan popular yang menghiasi rumah-rumah di Malaysia. (Sumber: Bank Negara Malaysia,Sinarharian.com.my,bharian.com.my)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...