This blog is to share the interesting and beneficial hobbies such as collection of coins, banknotes, stamps, coupons, key chains,fridge magnet

Monday 8 July 2013

RM50 Zeti Aziz

Siri ke 11 (2000)
Ukuran: 145mm x 69mm
Tandatangan: Tan Sri Dato' Sri Dr.Zeti Aziz Akhtar Aziz
Cetakan: Giesecke & Devrient
Prefix pertama: EB
Prefix akhir: SY
Replacement prefix (prefix gantian): ZA,ZB,ZC,ZD,ZE dan ZF

Muka Belakang

 Wang kertas RM50 diatas diedarkan pada 30 Januari 2008 dengan nombor sirinya bermula dengan AA0020001-AA9999999.Prefix akhir pula adalah AE. Manakala wang kertas gantian untuk RM50 dengan logo 50 tahun kemerdekaan bermula dengan ZA. Berukuran 145mm x 69mm. Ia ditandatangani oleh Tan Sri Dato' Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz menggunakan cetakan Giesecke & Devrient. Wang kertas RM50 yang serba baharu ini merupakan denominasi yang pertama untuk siri ke 4 matawang Malaysia yang akan menggantikan siri sedia ada secara berperingkat-peringkat. Ia masih mengekalkan warna utama hijau-biru tetapi direka dengan tema baru berdasarkan kepada 'Misi Nasional' bagi menyampaikan hasrat Malaysia untuk meningkatkan nilai tambah dalam ekonomi negara. Ini sejajar dengan  transformasi ekonomi Malaysia ke arah kegiatan yang mempunyai nilai tambah yang lebih tinggi dalam sektor pertanian, perkilangan dan perkhidmatan. (Sumber: Mata wang Malaysia, Coins & Banknotes 2010,Peter Eu & Ben Chiew)

Pada bahagian hadapan potret intaglio (ukir benam) Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong yang pertama,Tuanku Abdul Rahman dikekalkan  pada sebelah kanan dan bunga kebangsaan iaitu bunga raya ditampilkan bahagian tengah. Corak-corak anyaman songket pada latar belakang dan sisi wang kertas ini ditampilkan bagi mencerminkan kraf tangan dan sulaman tekstil melayu traditional.

Sebanyak 50 juta keping wang kertas RM50 berlogo 50 tahun merdeka dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia. Ini termasuklah yang limited edition (keluaran khas) sebanyak 20,000 keping (goldline). Di bahagian belakang wang kertas ini menampilkan gambar Perdana Menteri Malaysia yang pertama iaitu Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ,memasyhurkan Kemerdekaan Tanah Melayu serta logo sambutan Ulang Tahun Kemerdekaan ke 50. Wang kertas ini juga turut dimasukkan ciri-ciri keselamatan seperti potret tera air Yang Dipertuan Agong,jalur keselamatan,tulisan huruf mikro,unsur-unsur pendaflour yang hanya kelihatan di bawah cahaya ultra-ungu. Imej yang terpendam yang berwarna warni yang berubah warna apabila di pandang dari sudut yang berbeza. Jalur holografik juga terdapat di sisi wang kertas serta imej yang hanya kelihatan melalui kesan 'moire' demi mencegah pemalsuan wang secara fotokopi.

Pengedaran edisi pertama wang kertas RM50 yang baru ini terpaksa dikurangkan oleh Bank Negara Malaysia disebabkan banyaknya mesin juruwang automatik (ATM) dan Cash Deposit mesin tidak dapat menerimanya. Pada 15 Julai 2009, Bank Negara mengeluarkan semula siri baru ini untuk edaran umum tanpa logo ulang tahun ke 50 itu. Edisi ini disertakan dengan ciri-ciri keselamatan yang dipertingkat seperti unsur pendaflour,nombor dwiwarna dan gentian keselamatan.(Sumber: Bank Negara Malaysia, Wikipedia,Ensiklopedia Bebas)


Wang kertas RM50 tanpa logo 50 tahun kemerdekaan ini mula diedarkan pada 15 Julai 2009. Berukuran 145mm x 69mm. Ia ditandatangani oleh Tan Sri Dato' Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz. Wang tersebut menggunakan cetakan De La Rue Currency International. Prefix pertamanya bermula dengan AF. Manakala ZB pula merupakan wang gantian bagi wang kertas RM50 tanpa logo ini. 

Reka bentuk wang kertas ini masih sama seperti sebelumnya cuma yang membezakan adalah di bahagian belakang iaitu tiada rujukan ulangtahun,benang sekuriti yang baharu serta tiada lambang (logo) 50 tahun kemerdekaan Malaysia. Di muka belakang juga turut memaparkan kelapa sawit dan bioteknologi sebagai ikon ekonomi Malaysia yang berkembang maju. Kelapa sawit telah menjadi tanaman pertanian negara yang paling utama dari segi ekonomi kerana Malaysia merupakan salah satu pengeluar dan pengeksport terbesar kelapa sawit di dunia. Bioteknolgi pula terus meningkatkan kedudukan komoditi dalam rantaian nilai,menyokong transformasi ekonomi negara ke arah aktiviti nilai tambah yang lebih tinggi dalam sektor pertanian,perkilangan dan perkhidmatan.(Sumber: Bank Negara Malaysia, Wikipedia,Ensiklopedia Bebas,Mata wang Malaysia,Coins & Banknotes 2010,Peter Eu & Ben Chiew,Malaysia,Brunei & Singapore,Banknotes & Coins,K.N.Boon)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...