This blog is to share the interesting and beneficial hobbies such as collection of coins, banknotes, stamps, coupons, key chains,fridge magnet

Wednesday 4 September 2013

Hobi kumpul duit lama beri keuntungan


MOHD. Sharkar Shamsudin (kiri) dan Sharuddin Yusof (dua dari kiri) melihat koleksi duit lama yang dipamerkan di Kuantan, Pahang, kelmarin.

KUANTAN 16 Jun - Hobi mengumpul dan menyimpan duit lama mampu memberikan keuntungan berlipat kali ganda kepada peminatnya. Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan dan Pelancongan negeri, Datuk Mohd. Sharkar Shamsudin berkata, hobi menyimpan duit lama dalam jangka masa panjang akan bernilai tinggi berdasarkan keistimewaan duit tersebut.

"Selain dapat memberikan keuntungan, numismatik juga merupakan sejarah dan warisan yang perlu dijaga dan dipelihara oleh semua pihak. "Saya berharap rakyat terutama kalangan orang Melayu menyedari tentang kepentingan duit-duit lama ini, semakin lama dan jarang ditemui duit tersebut, maka harganya semakin hari semakin meningkat," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Seminar Error Coins Malaysia Peringkat Kebangsaan anjuran Kelab Warisan Numismatik Malaysia (KWNM) di sini semalam. Turut hadir, Presiden KWNM, Datuk Sharuddin Yusof dan Timbalan Presiden, Azmi Abd. Malik dan Penasihat kelab tersebut, Dickson Niew.

Pada majlis berkenaan, ahli KWNM telah bersetuju melantik Mohd. Sharkar sebagai Penaung untuk kelab warisan tersebut. Mohd. Sharkar berkata, kerajaan negeri akan memastikan numismatik akan terus dikenali oleh rakyat bukan sahaja di negeri ini malah di seluruh negara.

"Kita akan bermula dengan pameran yang akan kita adakan jika tidak di muzium, kita akan buat di pasar raya. Pameran ini bagi memberikan kesedaran kepada rakyat bahawa pentingnya duit-duit lama ini," katanya. Sumber: Utusanpahang@utusan.com.my,17/6/2013

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...