Koleksi wang kertas milik Azza yang
masih tersimpan rapi hingga kini.
"Satu saja permintaan nenek, jaga koleksi syiling ini dengan
baik.
"Kalau boleh, teruskan usaha mengumpulnya kerana hobi menyimpan duit lama ini sangat baik untuk tempoh jangka panjang kerana ia akan bernilai lebih tinggi lagi berdasarkan keistimewaan duit berkenaan," pesan arwah Halimah Darus yang panjang lebar kepada cucunya, Fathimah Azzahra Ahmad (Azza), 27. Memandangkan arwah meninggal dunia akibat serangan jantung ketika Azza berada di bangku sekolah rendah, ibunya, Malini Hassan bertanggungjawab meneruskan legasi mengumpul syiling dan wang lama ini pada waktu itu.

"Waktu dulu, tiap-tiap hari arwah pesan supaya tidak putus asa mengumpul
koleksi berharga ini. Ia umpama warisan turun-temurun yang harus dikekalkan
sehingga ke anak cucu. "Ketika arwah bagi pesanan, saya tidak menyangka bahawa itu petanda dia
akan pergi untuk selama-lamanya.
"Bagaimanapun, sebagai hamba ALLAH, saya reda dengan pemergian arwah dan bertekad akan merealisasikan apa yang dimahukan oleh arwah nenek," kata Azza kepada penulis.
Cerita Azza, koleksi arwah neneknya itu kini tersimpan rapi di bawah jagaannya bersama ibunya. Sebahagian koleksi syiling dan wang lama nenek Azza datangnya dari zaman sebelum Merdeka lagi. Ada juga koleksinya terdiri daripada beberapa negara antaranya Thailand, Singapura dan Indonesia.
"Memandangkan koleksi arwah boleh dikatakan datangnya dari seluruh dunia, pernah juga saya bertanyakan padanya kenapa hobi sebegini yang disukai.
"Arwah dengan tenang menyatakan hobi tersebut unik buatnya dan ia datang secara sendiri dan sangat menguntungkan. Hobi itu juga memberi kepuasan kepada dirinya yang sanggup menyimpan duit lama walau berdepan banyak cabaran," ujarnya.
Dia memberitahu, antara koleksi arwah yang paling disayangi adalah syiling lama lima sen yang ditemui dalam perut itik.
Tarik perhatian
Anak sulung daripada empat beradik itu berkata, minat mengumpul syiling dan wang lama sememangnya telah tercetus sejak dari kecil lagi. Mungkin disebabkan telah didedahkan dengan koleksi itu oleh arwah, maka Azza amat menghargai dan menyayangi segala macam barangan lama.
Walaupun koleksi arwah sudah banyak, namun pencarian syiling dan wang lama masih tetap diteruskan oleh jururawat muda ini. Dia mahu merasai bagaimana susahnya mencari dan mendapatkan barang lama itu.
"Memang susah jika kita tidak tahu di mana harus dapatkan koleksi antik sebegini, tetapi jika ada usaha pasti semua itu tiada masalah," ujarnya.
Dia memberitahu sebahagian besar wang kertas lama berjaya diperoleh hasil daripada pencariannya dan pemberian daripada saudara-mara.
"Wang RM1 tandatangan Gabenor Bank Negara kedua, Tun Ismail Mohamed Ali (Julai 1962 – Julai 1980) dan wang RM1 tandatangan Gabenor Bank Negara ketiga, Tan Sri Abdul Aziz Taha (Julai 1980 – Jun 1985) berjaya diperoleh hasil usaha gigih mencarinya.
"Mata wang Indonesia bernilai seratus rupiah dan seribu rupiah juga ada disimpan. Ada beberapa lagi koleksi mata wang lama dan semua ini amat saya sayangi.
"Mungkin satu hari nanti saya akan pamerkan koleksi sebegini untuk penggemar syiling dan wang kertas lama bagi tujuan perkongsian minat," katanya. Isteri kepada Mohamad Firdaus Ahmad Zaki ini memberitahu, syiling lama RM1 antara yang menarik perhatian saudara mara dan rakan. Memandangkan kini syiling RM1 sudah diganti dengan wang kertas RM1, maka ramailah yang berkehendakkan syiling tersebut.
"Mereka mahukannya kerana syiling tersebut sukar ditemui kini. Ada pula beritahu banyak kenangan indah pada syiling itu dan sanggup buat apa saja asalkan memperolehnya. "Mendengarkan sebab musabab mereka, ada kalanya timbul perasaan simpati. Apa yang boleh saya lakukan, mempamerkannya dan berkongsi cerita cara bagaimana memperoleh syiling tersebut. Itu saja," jelas Azza.
Koleksi berharga
Barang lama ini sangat unik dan mempunyai estetika yang tersendiri. Ia perlu dijaga dan dihargai sebaik mungkin supaya anak bangsa kita kelak akan dapat melihat apa yang digunakan oleh masyarakat terdahulu, beritahu Azza.
Menurutnya, mengumpul koleksi ini sebenarnya tidak memerlukan masa tertentu kerana jika terjumpa syiling yang dirasakan unik dan menarik, dia akan terus menyimpannya di dalam bekas simpanan syiling dan juga album khas.
Cerita ibu Fareesa Auni Nasuha yang baru berusia setahun sembilan bulan ini lagi, cabaran mengumpul koleksi syiling dan wang lama pada waktu dulu tidaklah sehebat cabaran yang dihadapinya kini."Kini agak sukar untuk peroleh syiling lama sebab masyarakat kini sudah pandai menghargai barang lama ini.
"Justeru, saya cuma teruskan dengan mengumpul syiling yang ada pada masa sekarang dan jika terjumpa syiling lama, itu satu bonus," katanya.
Dalam perkembangan lain, Azza turut memiliki hobi sampingan iaitu gemar membaca dan mengumpul apa saja jenis majalah. Hobinya yang suka membaca menyebabkan ratusan majalah dikumpulkan. Kebanyakan pilihan bahan bacaannya bersesuaian dengan gaya hidup dan peringkat umur.
"Koleksi majalah saya disimpan di rumah sendiri dan di kampung, Kedah. "Ada kalangan rakan mencadangkan agar dijual majalah lama, namun saya enggan kerana setiap majalah yang dibeli ada kenangan menarik untuk dikongsi dengan suami, anak dan kaum keluarga lain," kata Azza. Sumber: Roshlawaty Raieh, sinarharian.com.my,26/7/2012

No comments:
Post a Comment