This blog is to share the interesting and beneficial hobbies such as collection of coins, banknotes, stamps, coupons, key chains,fridge magnet

Tuesday 16 July 2013

Uncut RM10 ( Pair of 3 in 1 )

Cover Depan



Wang kertas bercantum RM10 siri baru ini berwarna merah yang dikeluarkan pada bulan September 1997 adalah satu daripada siri yang bertemakan Wawasan 2020. Ia mencerminkan pembangunan dan pencapaina ekonomi Malaysia. Bagi RM10 yang merupakan denominasi yang ketiga siri baru ini, pengangkutan moden telah dipilih sebagai motifnya. Bahagian hadapan wang kertas bercantum ini mengekalkan potret Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Pertama dalam cetakan intaglio dengan ciri keselamatan anti salinan pendua berbentuk empat segi yang nyata di bahagian tengah wang kertas berkenaan.



Reka bentuk utama di bahagian belakang pula memaparkan rangkaian pengangkutan udara, darat dan laut. Ia dipaparkan melalui kapal terbang Sistem Penerbangan Malaysia, Sistem Transit Aliran Ringan dan kapal kontena Perbadanan Perkapalan Antarabangsa Malaysia yang membayangkan peri pentingnya pengangkutan dalam ekonomi Malaysia. Ciri-ciri keselamatan pada wang kertas ini termasuklah benang keselamatan berwarna pelangi dengan cetakan RM10, potret tanda bayang tiga dimensi, cetakan timbul anti salinan pendua berbentuk empat segi dan gentian keselamatan pada kertasnya.



Wang kertas bercantum RM10 siri ke 7 ini telah diedarkan pada bulan September 1983. Rekabentuknya adalah berasaskan kepada perhiasan traditional Malaysia, ukiran kayu, kraftangan dan bunga-bungaan serta vignet bangunan terkenal di Ibu Negara. Bahagian hadapan mempunyai potret Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Pertama. Latar belakang umum reka bentuk pula berasaskan perhiasan traditional Malaysia, batik, ukiran kayu dan lain-lain kraftangan. 



Reka bentuk utama di bahagian belakang wang kertas bercantum ini adalah vignet Stesen Keretapi Kuala Lumpur iaitu salah satu mercu tanda di Ibu Negara. Bunga raya yang merupakan bunga kebangsaan digambarkan pada penjuru kanan bahagian bawah wang kertas tersebut. Ciri-ciri keselamatan pula termasuklah benang keselamatan, imej pendam denominasi, tanda pandang telus dan potret tanda bayang Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pertama iaitu Tuanku Abdul Rahman. Wang kertas bercantum RM10 ini merupakan siri ke 7 & siri ke 8 yang ditandatangani oleh Tan Sri Dato' Ahmad Mohd Don dengan nombor siri yang sama tetapi berbeza prefix. Ia dikeluarkan secara 3 keping bercantum dengan jumlah 20,000 keping sahaja. Mengikut buku K.N.Boon nilainya dianggarkan berharga RM600. (Sumber: Bank Negara Malaysia, Buku K.N.Boon: Malaysia, Brunei & Singapore, Banknotes & Coins 6th Edition,2012)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...