This blog is to share the interesting and beneficial hobbies such as collection of coins, banknotes, stamps, coupons, key chains,fridge magnet

Tuesday 9 July 2013

RM5 Zeti Aziz

Wang RM5 diatas merupakan wang polimer edaran pertama yang dikeluarkan pada 26 Oktober 2004. Berukuran 130mm x 65mm dan berwarna hijau. Wang RM5 polimer ini ditandatangani oleh Tan Sri Dato' Sri Dr.Zeti Aziz Akhtar Aziz. Menggunakan cetakan Note Printing Australia (NPA). Prefix pertama bagi wang polimer RM5 ini adalah CA. Manakala ZA pula merupakan wang gantian. Wang polimer RM5 masih mengekalkan reka bentuk,warna,saiz dan beberapa ciri keselamatan asal yang terdapat pada wang kertas RM5 sebelumnya. 

Di bahagian hadapan masih tertera potret Yang Dipertuan Agong yang pertama iaitu Tuanku Abdul Rahman. Ciri-ciri keselamatan baru turut dimasukkan dalam wang polimer ini iaitu tingkap pandang telus dengan imej tanda bayang Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya dan cetakan timbul angka 5 pada tingkap pandang telus. Logo Bank Negara Malaysia juga terdapat di bahagian hadapan wang polimer ini. Beberapa teks juga mengalami perubahan kecil iaitu pada frasa "WANG KERTAS INI SAH DIPERLAKUKAN DENGAN NILAI" diubah kepada "WANG INI SAH DIPERLAKUKAN DENGAN NILAI".

Di muka belakang pula ditera dengan imej-imej Menara Berkembar Petronas,Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Koridor Raya Multimedia. Saiz perkataan jawi disebelah kiri dikecilkan. Begitu juga dengan perkataan jawi dan nombor siri (menegak) disebelah kiri bertukar tempat. Tingkap legap (tingkap tidak telus) dengan imej logo Bank Negara di bahagian belakang wang polimer. (Sumber: Bank Negara Malaysia)

Wang polimer RM5 siri baharu ini mula dikeluarkan pada 16 Julai 2012. Berukuran 135mm x 65mm dan berwarna hijau. Ia ditandatangani oleh Tan Sri Dato' Sri Dr. Zeti Aziz Akhtar Aziz. Prefix pertama bermula dengan AA. Reka bentuk dan corak wang polimer ini bertemakan 'Keunikan Malaysia". Keunikan kebudayaan,kesenian serta warisan alam semulajadi menjadi sumber inspirasi dalam menghasilkan reka bentuk wang polimer siri baharu ini. Di bahagian hadapan memaparkan bunga kebangsaan iaitu bunga raya sebagai simbol keberanian serta keteguhan politik dan ekonomi negara Malaysia. Secara keseluruhan  wang polimer RM5 ini berasaskan kepada corak tenunan songket traditional.

Pada bahagian belakang wang polimer RM5 baharu ini dipaparkan  Burung Enggang (Buceros rhinocerus) iaitu salah satu spesies burung Enggang terbesar dan paling mengagumkan di dunia. Burung hutan yang menarik,bersayap lebar dan berekor panjang yang boleh ditemui dalam kelompok kecil di hutan hujan di negara ini. Ia memainkan peranan yang penting dalam budaya dan upacara traditional negeri Sarawak yang turut dikenali sebagai "Bumi Kenyalang". Burung Enggang juga melambangkan simbol kekuatan dan keberanian bagi masyarakat asli di negeri Sarawak. (Sumber: Bank Negara Malaysia, malaysiamerdeka.gov.my,bharian.com,sinarharian.com.my)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...