This blog is to share the interesting and beneficial hobbies such as collection of coins, banknotes, stamps, coupons, key chains,fridge magnet

Friday 5 July 2013

RM100 Zeti Aziz

Siri ke 11 (2000)
Ukuran: 150mm x 69mm
Tandatangan: Tan Sri Dato' Sri Dr.Zeti Aziz Akhtar Aziz
Cetakan: Giesecke & Devrient
Prefix pertama: AS
Prefix akhir: AZ
Replacement prefix: ZA,ZB,ZC,ZD dan ZE

Muka Belakang

 Wang kertas RM100 diatas merupakan siri ke 12 yang dikeluarkan pada tahun 2012. Ia berukuran 150mm x 69mm yang ditandatangani oleh Tan Sri Dato' Sri Dr.Zeti Akhtar Aziz. Prefix pertama adalah AA. Wang kertas Malaysia siri terbaharu ini memaparkan ciri-ciri unik yang mencorak budaya dan warisan serta keindahan alam semulajadi negara ini. Tema "keunikan Malaysia" menjadi inspirasi dalam reka bentuk wang kertas ini dengan memaparkan seni kraftangan,keajaiban alam semulajadi, flora dan fauna,ekonomi serta tradisi. Pada muka hadapan wang kertas ini masih mengekalkan potret Tuanku Abdul Rahman Ibni Tuanku Muhammad iaitu Yang Dipertuan Agong yang pertama. Bunga kebangsaan iaitu bunga raya (Rosa Sinensis) di bahagian tengah serta corak songket kain tenunan traditional di sebelah kiri dan kanan.

 
Di muka belakang pula memaparkan dua keajaiban alam semulajadi terkemuka negara yang diisytiharkan sebagai 'Tapak Warisan Dunia' oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO). Keajaiban alam semulajadi yang mengagumkan ini adalah Taman Kinabalu di Sabah dengan Gunung Kinabalu yang hebat dan agung (iaitu gunung yang tertinggi di Asia Tenggara). Begitu juga dengan pembentukan mercu batu kapur yang menakjubkan di Lembah Gunung Api yang ditemui di Taman Negara Mulu di Sarawak.(Sumber: Bank Negara Malaysia)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...