This blog is to share the interesting and beneficial hobbies such as collection of coins, banknotes, stamps, coupons, key chains,fridge magnet

Tuesday 2 July 2013

RM50 Goldline 50 tahun Kemerdekaan

 Special Folder

Jalur Motif Tenunan Songket yang berwarna keemasan (Goldline) di sebelah kiri dan kanan

Wang kertas peringatan RM50 diatas dikeluarkan pada 26 Disember 2007 sempena Ulang Tahun ke-50 Kemerdekaan Malaysia (1957-2007). Wang kertas ini mengabadikan Malaysia sebagai sebuah negara berperlembagaan, kaya dengan warisan budaya dan kemajuan pembangunan ekonominya.Pengeluaran wang ini juga sempena pengenalan versi baru RM50. Berukuran 145mm x 69mm. Ia ditandatangani oleh Tan Sri Dato' Seri Dr.Zeti Aziz Akhtar Aziz. Menggunakan cetakan Giesecke & Devrient. Pengeluarannya terhad kepada 20,000 unit sahaja bermula dengan prefix AA0000001-AA0020000 dengan folder exclusive.

Motif reka bentuk bahagian hadapan menggambarkan potret Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong yang pertama,Tuanku Abdul Rahman pada sebelah kanan dan bunga kebangsaan iaitu bunga raya pada bahagian tengah. Corak reka bentuk daripada tenunan songket pada bahagian latar dan bahagian tepi wang kertas menggambarkan kraf tangan tekstil serta sulaman traditional rakyat Malaysia. Wang ini juga turut dimasukkan ciri keselamatan terkini iaitu imej pendam pelbagai warna dalam denominasi 50 dapat dilihat apabila wang kertas disengetkan sedikit dan akan bertukar warna apabila kedudukan wang kertas tersebut dipusingkan. Jalur holografik memaparkan denominasi 50 dan bunga raya dengan warna yang membelau serta kesan struktur yang pusam.

 
Muka Belakang (AA 0012875)

Rekaan pada bahagian belakang menggambarkan transformasi ekonomi Malaysia daripada sebuah negara berasaskan pertanian kepada ekonomi yang berasaskan perkilangan serta perkhidmatan yang mempunyai nilai tambah yang lebih tinggi. Perdana Menteri Malaysia yang pertama iaitu Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj digambarkan dalam perisytiharan bersejarah kemerdekaan Malaya. Logo Ulang Tahun Kemerdekaan yang ke-50 diilhamkan daripada bendera negara iaitu "Jalur Gemilang". Logo itu melambangkan kejayaan negara sejak mencapai kemerdekaan dan simbol perpaduan pelbagai kumpulan etnik yang dapat hidup bersama. Bank Negara Malaysia telah mengeluarkan wang kertas reka bentuk baharu ini bagi memperingati Ulang Tahun Kemerdekaan Negara yang ke 50. Wang RM50 keluaran khas ini juga mempunyai ciri-ciri keselamatan utama seperti potret tera air dengan 'electrotype highlight', benang keselamatan, huruf mikro intaglio, tanda pandang telus, antipengimbas/penyalin, imej tersembunyi beserta kesan 'moire', imej pendam pelbagai warna dan jalur holografik.(Sumber: Bank Negara Malaysia)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...