This blog is to share the interesting and beneficial hobbies such as collection of coins, banknotes, stamps, coupons, key chains,fridge magnet

Monday 1 July 2013

RM5 Ali Abul Hassan

 
Muka Hadapan

Wang kertas RM5 siri 10 dikeluarkan pada tahun 1999. Merupakan siri RM5 baru yang dikeluarkan bagi menggantikan RM5 siri ke 7. Ia ditandatangani oleh Tan Sri Dato' Seri Ali Abul Hassan Bin Sulaiman. Berukuran 130mm x 65mm serta berwarna hijau. Wang kertas ini menggunakan cetakan Thomas De La Rue. Cetakan duit RM5 siri 10 bermula dengan prefix AA dan berakhir dengan prefix AM. Manakala ZA merupakan satu-satunya prefix wang gantian untuk wang ini. Rekabentuk wang kertas ini lebih kurang sama dengan duit RM5 siri ke 11 yang bertemakan Wawasan 2020. Di muka hadapan adalah potret Tuanku Abdul Rahman iaitu Yang Dipertuan Agong yang pertama. Sementara, di muka belakang tertera dengan imej-imej Menara Berkembar Petronas,Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Koridor Raya Multimedia. (Sumber: Wikipedia,Ensiklopedia Bebas, Mata wang Malaysia, Coins & Banknote 2010,Peter Eu & Ben Chiew)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...