This blog is to share the interesting and beneficial hobbies such as collection of coins, banknotes, stamps, coupons, key chains,fridge magnet

Monday 1 July 2013

RM100 Ali Abul Hassan

Wang kertas RM100 dibawah dikeluarkan pada tahun 1998. Berukuran 150mm x 69mm dan berwarna ungu. Ia ditandatangani oleh Gabenor Bank Negara Malaysia yang keenam iaitu Tan Sri Dato' Seri Ali Abul Hassan  bahagian tepi (side sign) di sebelah kiri. Terdapat 2 posisi  tandatangan dalam wang kertas ini iaitu bahagian tepi dan bahagian tengah. Namun koleksi Noraz Hobbies hanya mempunyai tandatangan tepi sahaja. Wang kertas ini menggunakan cetakan Giesecke & Devrient. Prefix pertama adalah AF,prefix akhir AK dan ZA adalah replacement prefix.

Rekabentuk wang kertas RM50 ini bertemakan Wawasan 2020. Di muka hadapan tertera potret DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong yang pertama iaitu Tuanku Abdul Rahman. Di muka belakang pula menunjukkan gambar  kemajuan Industri kereta Perusahaan Otomobil Negara (PROTON). Ia juga turut memaparkan barisan pemasangan serta enjin kereta Proton. Proton telah ditubuhkan pada 7 Mei 1983 dan mengeluarkan kereta pertama Malaysia iaitu Proton Saga.

Muka Belakang (AF 0944492)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...