This blog is to share the interesting and beneficial hobbies such as collection of coins, banknotes, stamps, coupons, key chains,fridge magnet

Monday 8 July 2013

RM20 Zeti Aziz


Wang kertas RM20 siri baru ini mula diperkenalkan pada 20 Mei 2011 menggantikan wang kertas $20 siri ke 3. Bank Negara Malaysia memperkenalkan kembali wang kertas RM20 ini selepas 16 tahun dihentikan pengeluarannya pada tahun 1995. Ia mula diedarkan pada 16 Julai 2012. Berukuran 145mm x 65mm dan berwarna jingga. Wang kertas ini ditandatangani oleh Tan Sri Dato' Sri Dr.Zeti Aziz Akhtar Aziz. Prefix pertama bermula dengan AA. Pengenalan semula wang kertas RM20 dalam siri matawang baru ini penting kerana ia berfungsi sebagai perantara yang menghubungkan jurang nilai di antara RM0 hingga RM50. Di muka hadapan masih mengekalkan potret DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong yang pertama iaitu Tuanku Abdul Rahman,bunga kebangsaan (bunga raya),nilai muka bagi mata wang serta corak fabrik tenunan traditional songket.


Di bahagian belakang pula,ia menampilkan elemen berlainan mengikut nilai termasuk alam sekitar,budaya,tradisi,flora dan fauna yang mencerminkan identiti Malaysia. Mata wang baru RM20 ini juga masih mengekalkan logo Bank Negara Malaysia, nombor siri, perkataan bertulis jawi serta corak tenunan songket pada bahagian belakangnya. Siri baru RM20 ini juga menggunakan ciri-ciri keselamatan dipertingkatakan sejajar dengan kemajuan terbaru dalam teknologi mata wang. Ini termasuklah imej bayangan, tetingkap lebih jelas, potret bertanda keselamatan dengan piksel dan angka yang diserlahkan, benang keselamatan berwarna, benang lensa mikro serta tampalan berkilat bagi memudahkan orang ramai mengenalpasti nilainya. Satu lagi ciri yang dipertingkatkan adalah pengenalan secara sentuhan yang membolehkan individu  kurang penglihatan dapat mengenalpasti serta membezakan nilai mata wang.

Dua jenis penyu yang terkenal dan hanya dijumpai di perairan Malaysia iaitu Penyu Karah (Eretmochelys imbricata) dan Penyu Belimbing (Dermochelys coriacia) merupakan lambang hidupan laut yang pelbagai dan berwarna-warni di perairan Tropika kita turut dipaparkan pada bahagian belakang wang kertas RM20 baharu ini. Penyu karah mudah dikenali melalui muncungnya yang melengkung dan kulitnya yang bersisik. Manakala Penyu Belimbing pula mempunyai kulit yang keras dan tujuh jaluran pada cengkerangnya. Kewujudan penyu-penyu ini memberi peringatan bahawa kehidupan mereka bergantung pada imbangan aktiviti manusia serta pemuliharaan hidupan laut yang perlu dikendalikan secara bijaksana.(Sumber: Bank Negara Malaysia,Utusan Malaysia,26 Mei 2011,Berita Harian,22 Disember 2011)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...