This blog is to share the interesting and beneficial hobbies such as collection of coins, banknotes, stamps, coupons, key chains,fridge magnet
Showing posts with label Sejarah Wang Kertas Malaysia (1967-terkini). Show all posts
Showing posts with label Sejarah Wang Kertas Malaysia (1967-terkini). Show all posts

Monday, 17 June 2013

"Raja" Wang Kertas Malaysia



Sejauh manakah anda mengenali wajah/potret yang terpampang di setiap note wang kertas ringgit Malaysia. Potret siapakah itu? Potret yang terpampang di setiap note samada 1,2,5,10,50,100,500,1000 adalah milik Sri Paduka Tuanku Abdul Rahman Ibni Almarhum Tuanku Muhammad (24 Ogos 1895 - 1 April 1960). Beliau merupakan Yang Di Pertuan Agong yang pertama daripada Persekutuan Tanah Melayu, kelapan Yang Di Pertuan Besar Seri Menanti dan kedua Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan.

Tuanku Abdul Rahman lahir di Seri Menanti, Negeri Sembilan. Merupakan anak kedua Tuanku Muhammad Ibni Almarhum Tuanku Antah iaitu Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan yang pertama, yang ketujuh Yang Di Pertuan Besar Seri Menanti (1888-1933) bersama isterinya yang bernama Puan Chik.

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Jempol sehingga tahun 1907. Pada tahun 1914, beliau meneruskan pengajian di Maktab Melayu Kuala Kangsar selama 7 tahun. Pada tahun 1915 baginda memulakan kerjaya yang cemerlang sebagai Penolong Pemungut Hasil Tanah di Seremban. Manakala pada tahun 1917,beliau dilantik sebagai Tuanku Muda Serting menggantikan abangnya Tunku Abdul Aziz .

Pada tahun 1925,beliau bersama bapanya yang ketika itu pemerintah Negeri Sembilan dalam perjalanan ke United Kingdom untuk menyaksikan Pameran Empayar British di Wembley serta melawat King George V. Kemudian beliau menyambung pelajaran dalam bidang undang-undang dan memperolehi ijazah pada tahun 1930. Baginda diterima menjadi peguam 3 tahun kemudiannya. Setelah beberapa tahun baginda bekerja keras sehingga baginda dilantik sebagai Majistret. Selepas itu,baginda dilantik sebagai Pegawai Daerah.

Pada tahun 1933,baginda ditabalkan sebagai Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan menggantikan ayahandanya yang telah mangkat. Ketika itu baginda seorang peguambela dan baginda adalah satu-satunya Raja Melayu yang mempunyai kelayakan sebagai peguambela dan peguamcara. Pada tahun 1957,baginda dilantik oleh Majlis Raja-Raja sebagai Yang Di Pertuan Agong yang pertama bagi Tanah Melayu. Beliau telah memerintah Negeri Sembilan selama 24 tahun sebelum dilantik sebagai Yang Di Pertuan Agong yang pertama.

Pada 1 April 1960 beliau telah mangkat di Istana Negara, Kuala Lumpur. Beliau telah meninggalkan isteri Tuanku Maharum dan Cik Engku Maimunah bersama 3 putera dan 5 puteri. Antaranya ialah Tuanku Munawir (Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan yang ke sembilan), Tuanku Aidah, Tuanku Ja'afar ( Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan yang ke sepuluh ), Tunku Abdullah dan Tunku Sheilah.

Walaupun baginda telah tiada, namun potret Tuanku Abdul Rahman masih dipaparkan di bahagian depan wang kertas Ringgit Malaysia sejak siri pertama yang dikeluarkan pada tahun 1967 sehinggalah ke hari ini. 
( Sumber: v12together.blogspot,ohartis.com 7 May 2011,budakbenteng.com)

Tuesday, 4 June 2013

Sejarah Wang Kertas Malaysia


Bank Negara Malaysia (BNM) mula mengeluarkan wang kertas Malaysia yang pertama pada tahun 1967 mengandungi jenis nilai $1, $5 $10, $50 dan $100. Wang kertas jenis $1,000 dikeluarkan pada 2 September 1968. Reka bentuk asal bagi kesemua wang kertas ini adalah sama bagi semua jenis nilai iaitu muka depannya mengandungi potret DYMM Yang Di-Pertuan Agong yang pertama berserta dengan perkataan Bank Negara Malaysia dan ditandatangani oleh Gabenor BNM Tun Ismail Bin Mohamed Ali.

Muka belakang wang kertas mengandungi logo BNM dan dihiasi dengan bentuk geometri Sempena pelaksanaan rasmi sistem ejaan baru Bahasa Malaysia pada 16 Ogos 1972, BNM telah menggunakan sistem ejaan baru dalam percetakannya tapi masih mengekalkan reka bentuk wang kertas yang sama. Contohnya perkataan "SA-PULOH" ditukarkan kepada "SE-PULUH" pada muka depan wang kertas jenis nilai $10. 


Pada tahun 1976, langkah keselamatan tambahan iaitu imej pendam (latent image) telah digunakan dimana angka Arab akan timbul kelihatan apabila wang kertas ini dicondongkan sedikit pada suatu sudut. Pada awal tahun 1982, wang kertas yang dikeluarkan ditandatangani oleh Gabenor BNM baru Tan Sri Aziz Bin Hj Taha. Pada 1 September 1982, BNM telah mengeluarkan 2 jenis nilai baru $20 dan $500. Wang kertas baru pada keseluruhanya mempunyai reka bentuk baru dan mencerminkan kebudayaan Malaysia. 


Tera air kepala harimau pada muka depan siri lama telah digantikan dengan potret DYMM Yang Di-Pertuan Agong yang pertama. Wang kertas keluaran baru sejak September 1983 dicetak dengan sketsa bangunan atau mercu tanda penting di ibu kota. Saiz ukuran wang juga lebih kecil berbanding dengan wang kertas siri terdahulu.

Pada Februari 1996, BNM telah memperkenalkan RM2 (wang kertas Malaysia dikenali sebagai Ringgit Malaysia,RM). Justeru mata wang jenis nilai RM1, RM5, RM10, RM50 dan RM100 turut diperkenalkan dan direka dengan ciri-ciri keselamatan yang baru. Selepas krisis ekonomi pada tahun 1998, RM500 dan RM1000 telah diberhentikan pengunaannya.  


Semenjak Bank Negara Malaysia (BNM) ditubuhkan pada tahun 1959 sehingga kini iaitu tahun 2011, BNM telah ditadbir oleh 7 orang Gabenor tetapi hanya 6 gabenor sahaja yang menurunkan tandatangan iaitu;

Tan Sri W H Wilcock (Januari 1959 - Julai 1962)

Pada masa itu, beliau bukanlah individu yang menurunkan cop tandatangan beliau pada duit Malaysia tetapi ditandatangani oleh Tun Lee Hau Shik. Siapakah beliau ini? 









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...