This blog is to share the interesting and beneficial hobbies such as collection of coins, banknotes, stamps, coupons, key chains,fridge magnet

Monday 17 June 2013

"Raja" Wang Kertas Malaysia



Sejauh manakah anda mengenali wajah/potret yang terpampang di setiap note wang kertas ringgit Malaysia. Potret siapakah itu? Potret yang terpampang di setiap note samada 1,2,5,10,50,100,500,1000 adalah milik Sri Paduka Tuanku Abdul Rahman Ibni Almarhum Tuanku Muhammad (24 Ogos 1895 - 1 April 1960). Beliau merupakan Yang Di Pertuan Agong yang pertama daripada Persekutuan Tanah Melayu, kelapan Yang Di Pertuan Besar Seri Menanti dan kedua Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan.

Tuanku Abdul Rahman lahir di Seri Menanti, Negeri Sembilan. Merupakan anak kedua Tuanku Muhammad Ibni Almarhum Tuanku Antah iaitu Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan yang pertama, yang ketujuh Yang Di Pertuan Besar Seri Menanti (1888-1933) bersama isterinya yang bernama Puan Chik.

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Jempol sehingga tahun 1907. Pada tahun 1914, beliau meneruskan pengajian di Maktab Melayu Kuala Kangsar selama 7 tahun. Pada tahun 1915 baginda memulakan kerjaya yang cemerlang sebagai Penolong Pemungut Hasil Tanah di Seremban. Manakala pada tahun 1917,beliau dilantik sebagai Tuanku Muda Serting menggantikan abangnya Tunku Abdul Aziz .

Pada tahun 1925,beliau bersama bapanya yang ketika itu pemerintah Negeri Sembilan dalam perjalanan ke United Kingdom untuk menyaksikan Pameran Empayar British di Wembley serta melawat King George V. Kemudian beliau menyambung pelajaran dalam bidang undang-undang dan memperolehi ijazah pada tahun 1930. Baginda diterima menjadi peguam 3 tahun kemudiannya. Setelah beberapa tahun baginda bekerja keras sehingga baginda dilantik sebagai Majistret. Selepas itu,baginda dilantik sebagai Pegawai Daerah.

Pada tahun 1933,baginda ditabalkan sebagai Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan menggantikan ayahandanya yang telah mangkat. Ketika itu baginda seorang peguambela dan baginda adalah satu-satunya Raja Melayu yang mempunyai kelayakan sebagai peguambela dan peguamcara. Pada tahun 1957,baginda dilantik oleh Majlis Raja-Raja sebagai Yang Di Pertuan Agong yang pertama bagi Tanah Melayu. Beliau telah memerintah Negeri Sembilan selama 24 tahun sebelum dilantik sebagai Yang Di Pertuan Agong yang pertama.

Pada 1 April 1960 beliau telah mangkat di Istana Negara, Kuala Lumpur. Beliau telah meninggalkan isteri Tuanku Maharum dan Cik Engku Maimunah bersama 3 putera dan 5 puteri. Antaranya ialah Tuanku Munawir (Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan yang ke sembilan), Tuanku Aidah, Tuanku Ja'afar ( Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan yang ke sepuluh ), Tunku Abdullah dan Tunku Sheilah.

Walaupun baginda telah tiada, namun potret Tuanku Abdul Rahman masih dipaparkan di bahagian depan wang kertas Ringgit Malaysia sejak siri pertama yang dikeluarkan pada tahun 1967 sehinggalah ke hari ini. 
( Sumber: v12together.blogspot,ohartis.com 7 May 2011,budakbenteng.com)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...