SIRI KE 4 ( 1981-1983 )
TANDATANGAN: TAN SRI ABDUL AZIZ BIN HAJI TAHA
CETAKAN: BRADBURY WILKINSON
PREFIX PERTAMA: L/70
PREFIX: L/71-Q/33
PREFIX AKHIR: Q/34
Wang kertas $1 diatas adalah Siri ke 5 (1982-1984). Ia ditandatangani oleh Gabenor yang ke 3 iaitu Tan Sri Abdul Aziz Bin Haji Taha. Wang kertas $1 ini tampil dengan reka bentuk baru yang berunsurkan hiasan tradisi, ukiran kayu, kraftangan dan flora yang lain. Potret Yang Di Pertuan Agong yang pertama masih dikekalkan. Namun di bahagian belakang memaparkan monumen bersejarah di Malaysia iaitu Tugu Peringatan Negara. Wang kertas ini juga menggunakan 2 cetakan iaitu cetakan Thomas De La Rue serta Bradbury Wilkinson. Bagi cetakan Thomas De La Rue, prefix pertama adalah AA. Manakala AV adalah prefix terakhir. Replacement ( wang gantian ) pula adalah BA00-BA06. Sementara AW adalah prefix pertama bagi cetakan Bradbury Wilkinson. Manakala prefix akhir adalah BZ. ( Rujukan: Matawang Malaysia Coins & Banknotes 2010,Peter Eu & Ben Chiew, Malaysia. Brunei & Singapore,Banknotes & Coins, K.N.Boon )
No comments:
Post a Comment