Setem ialah
bukti pembayaran yuran perkhidmatan pos yang lazimnya berbentuk helaian kertas segiempat kecil
yang dilekat pada sampul surat atau poskad. Setem ini menandakan bahawa orang yang mengirim
surat atau pakej itu mungkin telah membayar yuran pengiriman terdahulu sama ada
dalam jumlah penuh atau ansuran. Setem merupakan kaedah paling laris bagi
membayar untuk perkhidmatan pos runcit; alternatifnya termasuk sampul surat pos prabayar dan meter pos.
Setem pemposan julung
kali diperkenalkan di United Kingdom pada bulan Mei 1840sebagai sebahagian
rombakan perkhidmatan pos pimpinan Rowland Hill. Oleh itu yuran pos mula
dibayar oleh pengirim dan bukannya penerima seperti sebelum itu, namun mengirim
secara prabayar bukanlah wajib. Setem pos pertama, Penny Black julung kali dikeluarkan
pada 1 Mei bagi
kegunaan mulai 6 Mei, dan dua
hari kemudian, Two Pence Blue, dengan ukiran Ratu Victoria yang
muda, merupakan kejayaan besar, namun penapisan seperti tebukan tepi hanya
digunakan bagi setem yang diterbitkan tidak lama kemudian.
Negara-negara lain
turut mencontohi UK dengan memakai sistem setem; Kanton Zurich di Switzerland menghasilkan
setem 4 dan 6 rappen Zurich;
meskipun Penny Black boleh digunakan untuk menghantar mana-mana surat yang beratnya
kurang 15 gram dalam United Kingdom, perkhidmatan pos Switzerland masih mengira
kadar pos berdasarkan jarak pengiriman. Brazil mengeluarkan setem Mata lembu (Bull's Eyes) pada
tahun 1843,
menggunakan mesin cetak yang sama seperti yang digunakan untuk Penny Black.
Kerajaan Brazil memilih rekabentuk abstrak dan bukannya
gambar Maharaja Pedro II agar
imej baginda tidak dicacatkan oleh cop pos. Pada tahun1845 sebilangan
pegawai pos di Amerika Syarikat menghasilkan setem sendiri, tetapi setem yang pertama
kali dikeluarkan secara rasmi muncul pada tahun 1847, dengan setem 5 dan
10 sen yang menampilkan potret Benjamin Franklin dan George Washington. Sebilangan negara lain mengeluarkan setem sendiri pada
akhir 1840-an, tetapi banyak lagi negara lain memulakan sistem setem pada
1850-an dan menjelang 1860-an kebanyakan negara di dunia sudah menghasilkan
setem pos.
Semenjak lahirnya setem
pos di United Kingdom bilangan surat yang dikirim naik mendadak dari 82 juta
pada tahun 1839 ke 170 juta pada
tahun 1841.
Hari ini purata 21 bilion benda dikirim melalui pos setiap tahun di UK sahaja.
Terdapat pelbagai jenis
setem. Antaranya ialah setem definitive,setem peringatan,lembaran mini,buku
setem,sampul surat hari pertama,setem hasil,setem denda,setem keluaran
bersama,setem peribadi dan setem tidak berdenominasi.
No comments:
Post a Comment