Bank Negara Malaysia dengan kerjasama Sukom Ninety Eight Berhad telah mengeluarkan wang polimer RM50 yang pertama bagi memperingati Sukan Komanwel XVI-Kuala Lumpur 98. Sukan ini telah berlangsung dari 11-21 September 1998 di 26 tempat di Kuala Lumpur dan Pulau Langkawi. Wang kertas kenang-kenangan ini juga dikeluarkan dalam jumlah yang terhad. Sempena Sukan Komanwel 1998 yang dilangsungkan di Kuala Lumpur, keluarnya wang polimer RM50 ini sangat istimewa yang jarang sekali kelihatan dalam kegunaan am disebabkan kegunaannya sebagai wang peringatan. Wang kertas polimer ini di cetak oleh Note Printing Australia (NPA). Berukuran 152 x 76 mm. Ia ditandatangani oleh Tan Sri Dato' Ahmad Bin Mohd Don. Wang polimer RM50 ini menggunakan prefix KL/98.
Reka bentuk di bahagian hadapan menggambarkan potret Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong yang pertama disebelah kanan. Bangunan latar langit Kuala Lumpur berserta dengan beberapa mercu tanda utama dibahagian tengah. Corak abstrak rama-rama "Look Programme" Sukan Komanwel berserta Alat Variabel Optik (AVO) berwarna kuning keemasan dengan potret Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong yang pertama pada tingkap pandang telus kelihatan di sebelah kiri. Logo Bank Negara Malaysia kelihatan pada tingkap pandang telus yang lain di sebelah kanan wang berkenaan. Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur digambarkan sebagai latar belakang di bahagian tengah. Manakala di sebelah kanan dipamerkan bayangan artis mengenai reka bentuk latar belakang Koridor Raya Multimedia yang menghubungkan Bandaraya Kuala Lumpur dengan Putrajaya, Cyberjaya dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur yang baru.
Di bahagian belakang pula mempamerkan Stadium Utama Bukit Jalil di tengah-tengah wang tersebut. Logo Sukan Komanwel XVI-Kuala Lumpur 98 kelihatan di sebelah kiri. Wang polimer RM50 ini mempunyai ciri-ciri keselamatan seperti Alat Variabel Optik,dua tingkap pandang telus,tulisan huruf mikro intaglio,cetakan pelangi,tanda pandang telus,pola antipenskan/antipenyalin dan dakwat limunan berpendaflour di bawah cahaya ultraungu.( Sumber: Bank Negara Malaysia, Matawang Malaysia Coins & Banknotes 2010:Peter Eu & Ben Chiew,Wikipedia ,Ensiklopedia Bebas )
No comments:
Post a Comment