This blog is to share the interesting and beneficial hobbies such as collection of coins, banknotes, stamps, coupons, key chains,fridge magnet

Monday 10 June 2013

Syiling (Siri Kedua)

Siri kedua wang syiling sen diedarkan mulai akhir tahun 1989, tampil dengan reka bentuk serba baru pada kedua-dua muka, tetapi masih mengekalkan reka bentuk sisi, diameter dan komposisi siri yang terdahulu, kecuali syiling seringgit. Antara ciri-ciri reka bentuk baru ini termasuk gambar peralatan tradisional Melayu di muka hadapan, serta peneraan bunga raya, iaitu bunga kebangsaan Malaysia, di bahagian atas muka belakangnya. Siri kedua ini direka oleh Low Yee Kheng.

Selain perubahan pada muka-mukanya, syiling 1 ringgit turut dikecilkan diameternya daripada 33 mm kepada 24 mm, dan bahannya ditukar daripada kupronikel kepada aloi tembaga, zink dan timah. Lambang $ turut dibawa ke syiling baru itu, tetapi digugurkan untuk membuka laluan kepada "RINGGIT" bagi syiling-syiling yang ditempa mulai tahun 1993. Pada 7 Disember 2005, syiling 1 ringgit dinyahwang dan ditarik keluar dari edaran. Antara sebabnya ialah masalah berkenaan penyelarasan (ditempanya dua versi berlainan dalam siri kedua ini) serta pemalsuan.


Setakat 1 April 2008, berkuatkuasanya mekanisme pembundaran harga kepada 5 sen yang terdekat dalam pembilan jumlah harga, yang mula-mula diumumkan oleh Bank Negara pada tahun 2007 sebagai langkah menyingkirkan syiling 1 sen Barang-barang dan perkhidmatan individu masih boleh diberi harga berangka kandungan 1 sen sementara jumlah harga muktamad dibundarkan kepada 5 sen yang terdekat. Misalnya, dua barang yang masing-masing berharga RM4.88 dan RM3.14, maka berjumlah RM8.02, dibundarkan kepada RM8.00. Jika setiap barang itu dibundarkan satu demi satu (masing-masing kepada RM4.90 dan RM3.15), maka jumlah yang tidak betul ialah RM8.05. Secara amali, barang-barangan individu kekal berharga pada "titik harga" (atau harga psikologi dan harga nombor ganjil) yang berakhir dengan 98 dan 99 untuk memaksimumkan untung pembundaran bagi pihak penjual, terutamanya ketika pembelian barang tunggal. Syiling-syiling 1 sen yang masih diedarkan masih diterima sebagai wang sah untuk pembayaran hingga RM2.00.(Sumber: "Soalan Lazim Mengenai Mekanisme Penggenapan", Bank Negara Malaysia. Dicapai pada 2008-04-08.)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...