This blog is to share the interesting and beneficial hobbies such as collection of coins, banknotes, stamps, coupons, key chains,fridge magnet

Friday 7 June 2013

1) Tan Sri W.H.Wilcock

Bank Negara Malaysia ditubuhkan pada tahun 1959 dan telah ditadbir oleh 7 orang Gabenor iaitu:-




Tan Sri William Howard Wilcock menjadi Gabenor Bank Negara Malaysia dari Januari 1959 - Julai 1962. Beliau merupakan Gabenor Bank Negara yang pertama. Berasal dari Australia. Pada  bulan September 1956 cadangan dan dasar perundangan untuk penubuhan Bank Negara Malaysia dikeluarkan dalam “Laporan Caine Watson”.

Pada ketika itu,beliau berkhidmat sebagai pembantu Gabenor Komanwel Bank Of Australia ( Bank Pusat Australia). Pada tahun 1958,W.H.Wilcock datang ke Tanah Melayu sebagai penasihat perbankan kepada Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu. Pada tahun 1959 ,beliau dilantik oleh Yang Di Pertuan Agong Tuanku Abdul Rahman sebagai Gabenor pertama dan pengerusi Lembaga Bank Pusat Malaya (ketika itu dikenali sebagai Bank Negara Tanah Melayu) selama 2 tahun. Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu memperbaharui kontrak selama 6 bulan lagi. Beliau bersara pada tahun 1962.

Matlamat utama beliau adalah untuk mengetahui bagaimana Bank Pusat boleh membantu orang-orang melayu dan pembangunan industri masa depan negara ini. Pada tahun 1959, Bank Negara Tanah Melayu ditubuhkan dengan modal berbayar $30 juta oleh Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu. Bank Negara Malaysia telah dibuka secara rasmi oleh Yang Di Pertuan Agong pada 24 Januari 1959.

Pada tahun 1962, W.H.Wilcock kembali ke Australia untuk mengisi jawatan sebagai Pengurus Besar cawangan percetakan nota daripada Reserve Bank Of Australia dan menyelia pengenalan matawang perpuluhan Australia. (Sumber: New Straits Times, Buku Warisan Numismatik, HMS.Blogspot.com)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...