This blog is to share the interesting and beneficial hobbies such as collection of coins, banknotes, stamps, coupons, key chains,fridge magnet
Showing posts with label Wang Kertas Tan Sri Abdul Aziz Bin Haji Taha. Show all posts
Showing posts with label Wang Kertas Tan Sri Abdul Aziz Bin Haji Taha. Show all posts

Saturday, 15 June 2013

$1 Aziz Taha


SIRI KE 4 ( 1981-1983 )
TANDATANGAN: TAN SRI ABDUL AZIZ BIN HAJI TAHA
CETAKAN: BRADBURY WILKINSON
PREFIX PERTAMA: L/70
PREFIX: L/71-Q/33
PREFIX AKHIR: Q/34



Wang kertas $1 diatas adalah Siri ke 5 (1982-1984). Ia ditandatangani oleh Gabenor yang ke 3 iaitu  Tan Sri Abdul Aziz Bin Haji Taha. Wang kertas $1 ini tampil dengan reka bentuk baru yang berunsurkan hiasan tradisi, ukiran kayu, kraftangan dan flora yang lain. Potret Yang Di Pertuan Agong yang pertama masih dikekalkan. Namun di bahagian belakang memaparkan monumen bersejarah di Malaysia iaitu Tugu Peringatan Negara. Wang kertas ini juga menggunakan 2 cetakan iaitu cetakan Thomas De La Rue serta Bradbury Wilkinson. Bagi cetakan Thomas De La Rue, prefix pertama adalah AA. Manakala AV adalah prefix terakhir. Replacement ( wang gantian ) pula adalah BA00-BA06. Sementara AW adalah prefix pertama bagi cetakan Bradbury Wilkinson. Manakala prefix akhir adalah BZ. ( Rujukan: Matawang Malaysia Coins & Banknotes 2010,Peter Eu & Ben Chiew, Malaysia. Brunei & Singapore,Banknotes & Coins, K.N.Boon )

Thursday, 13 June 2013

$5 Aziz Taha

Wang kertas $5 siri ke 4 ini dikeluarkan pada tahun 1981 sehingga tahun 1983. Ia ditandatangani oleh Gabenor Bank Negara Malaysia yang ke 3 iaitu Tan Sri Abdul Aziz Bin Haji Taha. Dicetak oleh Bradbury Wilkinson.Wang kertas ini menggunakan sistem ejaan baru Bahasa Malaysia yang diperkenalkan pada tahun 1972. Prefix pertama adalah B/19,seterusnya prefix B/20 hingga B/29. Manakala prefix akhir adalah B/30. (Rujukan: Malaysia, Brunei & Singapore,Banknotes & coins: K.N.Boon)


Wang kertas diatas merupakan siri ke 5 (1984-1986 ). Ditandatangani oleh Tan Sri Abdul Aziz Bin Haji Taha dengan menggunakan cetakan Thomas De La Rue. Wang kertas keluaran pertama ini juga dikenali sebagai "keluaran Blidman". Secara keseluruhannya reka bentuk wang kertas ini berdasarkan kepada reka bentuk kain songket. Prefix pertama adalah NA,seterusnya prefix NB sehingga NC. Manakala ND adalah prefix yang terakhir. Replacement prefix pula bermula dengan NZ001-NZ007.

Muka belakang pula menggambarkan keindahan Istana Negara yang dikelilingi oleh pokok-pokok tumbuhan. Manakala disebelah atas adalah hiasan perak yang dipakai oleh kaum Kadazan di negeri Sabah. Sementara dipenjuru sebelah kanan dihiasi oleh bunga-bunga Seri Pagi ( Morning Glory ). ( Sumber: Mata wang Malaysia coins & Banknotes 2010,Peter Eu & Ben Chiew )

$10 Aziz Taha


Siri ke 4( 1981-1983 )
Tandatangan : Tan Sri Abdul Aziz Bin Haji Taha
Cetakan: Thomas De La Rue 
Prefix Pertama: F/51
Prefix Akhir: G/21
Replacement prefix: X/1




Siri ke 5 ( 1982-1984)
Tandatangan: Tan Sri  Abdul Aziz Bin Haji Taha
Cetakan: Thomas De La Rue
Prefix pertama: PA
Prefix: PB-PP
Prefix akhir: PQ
Replacement prefix: QA00-QA06

Wednesday, 12 June 2013

$20 Aziz Taha


Wang kertas $20 diatas mula diperkenalkan dan dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia pada tahun 1982 sehingga tahun 1997. Ia ditandatangani oleh Tan Sri Abdul Aziz Bin Haji Taha. Dicetak oleh Bradbury Wilkinson. Prefix pertama adalah TA,seterusnya prefix TB sehingga prefix TD. Manakala prefix TE adalah prefix yang terakhir. Secara keseluruhannya,reka bentuk wang kertas ini adalah berdasarkan kepada corak-corak bertam atau pelupoh. Potret Yang Di Pertuan Agong dikelilingi oleh corak hiasan yang biasa digunakan di dulang perak Melayu. Disebelah kiri pula,adalah "bangau",iaitu ukiran di hilir sebuah kapal Melayu.


Di muka belakang pula terdapat Bangunan Bank Negara Malaysia di Kuala Lumpur serta logo disebelah kiri pada bahagian atas. Ia juga turut dihiasi dengan pokok mangkuk kera (pitcher plant) dari negeri Sabah. Manakala disebelah kanan adalah corak dari perisai Sarawak.

Tuesday, 11 June 2013

$50 Aziz Taha



Wang kertas $50 ini dikeluarkan pada tahun 1983. Berukuran 144mm x 78mm. Ditandatangani oleh Tan Sri Abdul Aziz Bin Haji Taha.Ia dicetak oleh Thomas De La Rue. Prefix pertama adalah VA,seterusnya prefix VB sehingga VM. Manakala prefix akhir ialah VN. Di bahagian hadapan wang kertas ini terdapatnya potret Yang Dipertuan Agong yang pertama iaitu Tuanku Abdul Rahman yang dikelilingi dengan corak hiasan daun kayap. Di tengah-tengah adalah tikar Penan. Manakala di bawah adalah hiasan yang dipakai sebagai loket. Sementara di muka belakang menggambarkan Muzium Negara dan keris tajun di sebelah kanan. Di bahagian bawah pula adalah pisau tumbok lada dan sekuntum bunga teratai. (Sumber: Matawang Malaysia,Coins & Banknotes 2010,Peter Eu & Ben Chiew)

$100 Aziz Taha


Wang kertas ini diedarkan pada tahun 1983.Ukuran 150mm x 83mm.Ditandatangani oleh Tan Sri Abdul Aziz Bin Haji Taha.Dicetak oleh Thomas De La Rue. Prefix pertama ZA, prefix ZB, prefix akhir ZC dan replacement prefix ZZ. Rekabentuk secara keseluruhannya adalah berdasarkan kepada corak-corak Bidayuh. Di muka hadapan, potret Agong dikelilingi oleh corak dari dulang Melayu lama. Muka belakang menggambarkan Masjid Negara dan bunga-bunga orkid jenis Vanda Hybrid disebelah atas dan bawah. 

$500 Aziz Taha


Wang kertas $500 yang pertama ini dikeluarkan pada tahun 1982 semasa Gabenor Bank Negara yang ketiga iaitu Tan Sri Abdul Aziz Bin Haji Taha. Berukuran 155mm x 83mm. Wang kertas ini dicetak oleh Bradbury Wilkinson. Hanya 1 prefix sahaja digunakan iaitu ZV. Rekabentuk secara keseluruhannya adalah berdasarkan kepada kain songket dengan corak pucuk rebung dan lawi ayam. Di bawah adalah corak yang diambil dari ukiran di sebuah masjid di Kampung Laut, Kelantan. Manakala, di muka belakang menggambarkan bangunan Sultan Abdul Samad dan sekuntum bunga Rafflesia (bunga terbesar di dunia) dari Sabah di sebelah kiri. Pada tahun 1999, wang kertas RM500  telah ditamatkan pengeluarannya  dan diperakui tidak sah. Hal ini disebabkan jumlah ringgit yang sangat besar telah dibawa keluar ke negara lain pada krisis kewangan Asia 1997.( Sumber: The History Of Malaysian Money)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...