This blog is to share the interesting and beneficial hobbies such as collection of coins, banknotes, stamps, coupons, key chains,fridge magnet
Showing posts with label Koleksi wang kertas keluaran Lembaga Suruhanjaya Matawang Malaya. Show all posts
Showing posts with label Koleksi wang kertas keluaran Lembaga Suruhanjaya Matawang Malaya. Show all posts

Sunday, 22 September 2013

$5 Dollars Malaya 1941


Muka Hadapan (A/76 000993)

Wang kertas  five dollars Malaya ini dikeluarkan oleh Lembaga Suruhanjaya Matawang Malaya pada 1st July 1941. Duit ini dikeluarkan dalam dua versi yang berbeza iaitu versi pertama pada tahun 1940 (berwarna biru). Versi pertama  amat sukar ditemui. Manakala versi kedua  berwarna hijau (1941). Duit Five Dollars Malaya ini juga boleh dikatakan "rare" kerana sukar di jumpai dan NH juga mengambil masa agak lama untuk mendapatkannya. Di muka hadapan duit ini tertera potret King George VI. Ia ditandatangani oleh H.Weisberg iaitu Pengerusi Pesuruhjaya dan dicetak oleh Waterlow & Sons Limited, London. Berukuran 135mm x 77mm. Di bahagian hadapan juga terdapat perkataan "BOARD OF COMMISIONERS OF CURRENCY MALAYA", "THIS NOTE IS LEGAL TENDER FOR FIVE DOLLARS IN THE STRAIT SETTLEMENTS AND MALAY STATES" dan tulisan jawi yang bermaksud "WANG KERTAS INI SAH DIPERLAKUKAN DI DALAM NEGERI MELAYU".

Di muka belakang pula masih tertera jata Negeri-negeri Selat  1867 yang terdiri daripada Perak,Pahang, Selangor dan Negeri Sembilan di sebelah kiri. Manakala di sebelah kanan terdapat jata negeri Kedah, Perlis, Johor, Kelantan, Terengganu dan Brunei. Nilai wang dalam tulisan jawi di kedua-dua penjuru sebelah atas. Sementara di kedua-dua penjuru sebelah bawah nilai wang kertas dalam bentuk angka "5".

Tuesday, 25 June 2013

King George VI ( 1936-1952 )


Potret di atas ialah potret yang menghiasi wang kertas Malaya sebelum kita merdeka. Potret tersebut adalah milik King George VI atau nama penuh beliau Albert Frederick Arthur George Windsor. Dilahirkan pada 14 Disember 1895 di Sandringham, Norfolk, United Kingdom. Beliau merupakan Raja England, Tanah Jajahan British, Raja kepada negara India dan raja England yang terakhir bagi negara Ireland. Beliau adalah anak kedua King George V bersama isterinya Mary dari Teck. Sebelum beliau ditabalkan menjadi raja beliau dikenali sebagai Putera Albert dikalangan rakyatnya.

Beliau juga pernah menyertai Angkatan Laut Di raja British semasa Perang Dunia 1. Beliau merupakan ahli pertama dikalangan keluarga diraja yang mempunyai kelayakan sebagai juruterbang. Manakala pada tahun 1919 beliau melanjutkan pelajaran di Trinity College,Cambridge di mana beliau belajar sejarah,ekonomi dan sivik selama setahun. Beliau juga aktif dalam sukan tenis.


Pada tahun 1923 beliau berkahwin dengan Lady Elizaberth Bowes-Lyon. Mereka mempunyai dua orang anak perempuan iaitu Elizaberth, dikenali sebagai "Lilibert" yang kemudiannya menjadi Queen Elizaberth II dan Margaret Rose "Puteri Margaret". Pada tahun 1936 beliau dilantik menjadi Raja George VI menggantikan bapanya George V yang telah meninggal dunia. Pada 12 May 1937,selepas penabalannya beliau telah menukarkan namanya kepada King George VI.

Pada 2hb Jun 1952, beliau telah meninggal dunia disebabkan penyakit paru-paru akibat daripada merokok. Mayatnya dikebumikan di Istana Windsor. Kali terakhir beliau dilihat di lapangan terbang ketika menghantar puteri sulungnya Puteri Elizaberth ke Afrika untuk lawatan rasmi. (Rujukan: www.british royal family history.com,The Roosevelts and the Royals by Will Swift,Buku Banknotes & Coins 2012,K.N.Boon)

Monday, 24 June 2013

1 Cents Malaya King George VI


TAHUN KELUARAN: 1941 & 1942
TANDATANGAN: H.WEISBERG (PENGERUSI PESURUHJAYA)
CETAKAN: THOMAS DE LA RUE & CO
UKURAN: 85MM X 51MM
ANGGARAN HARGA MENGIKUT BUKU  BANKNOTES & COINS 2012 (K.N.BOON): RM30 UNTUK KEADAAN E.FINE

5 Cents Malaya King George VI


Wang kertas 5 cents Malaya ini dikeluarkan pada 1 July 1941 oleh Lembaga Suruhanjaya Matawang Malaya. Ia ditandatangani oleh H.Weisberg dan dicetak oleh Thomas De La Rue & Co. Berukuran 92mm x 57mm. Terdapat empat variasi (variety) iaitu a,b,c dan d. Perbezaan keempat-empat jenis ini berdasarkan kepada warna,tulisan jawi dan potret King George VI yang tertera di muka hadapan wang kertas berkenaan. Koleksi Noraz Hobbies hanya mempunyai variety d sahaja. Manakala variety lain agak sukar diperolehi. Di muka belakang wang kertas 5 cents Malaya ini kosong menyebabkan ia mudah terjejas oleh faktor masa serta alam sekitar. Nilai wang kertas ini mengikut buku Banknotes & Coins 2012 (K.N.Boon) adalah RM90 (variety d) dalam keadaan "Extremely Fine"(EF).

10 Cents Malaya King George VI


Ketiga-tiga wang kertas diatas adalah wang kertas yang dikeluarkan oleh Lembaga Suruhanjaya Matawang Malaya yang bernilai 10 cents. Ia diedarkan pada tahun 1941 & 1942 yang ditandatangani oleh H. Weisberg iaitu Pengerusi Pesuruhjaya. Wang tersebut menggunakan cetakan Thomas De La Rue & Co. Ukurannya lebih kecil iaitu 101mm x 64mm. Menyentuh tentang wang kertas 10 cents Malaya ini terdapat 3 variety yang menjadi buruan para pengumpul wang lama iaitu a,b dan c. Perbezaan variety a (atas),b (tengah) dan c (bawah) biasanya dikesan pada bahagian tertentu terutama pada potret King George VI. Variety a dan b agak biasa dijumpai namun variety c agak sukar. Oleh itu ia dikatakan "rare" bagi para pengumpul.

20 Cents Malaya King George VI

Muka Hadapan

Tahun Keluaran: 1941 & 1942
Tandatangan: H. Weisberg (Pengerusi Pesuruhjaya)
Cetakan: Thomas De La Rue & Co
Ukuran: 114mm x 76mm
Anggaran Harga mengikut Buku Banknotes & Coins (K.N.Boon): RM300 untuk keadaan EF
Muka Belakang

50 Cents Malaya King George VI

Muka Hadapan (A/14 668574)

Wang kertas diatas adalah bernilai 50 cents yang dikeluarkan oleh Lembaga Suruhanjaya Matawang Malaya pada tahun 1941 & 1942. Ia di tandatangani oleh Pengerusi Pesuruhjaya iaitu H. Weisberg. Menggunakan cetakan Thomas De La Rue  & Co. Berukuran 120mm x 80mm. Pada keseluruhannya reka bentuk wang kertas 50 cents ini berasaskan corak geometri dan ukiran kayu. Di muka hadapan masih memaparkan potret King George VI disebelah kiri. Manakala nilai "50" berada disetiap penjuru kiri dan kanan kecuali disebelah kiri nilai ditulis dalam tulisan jawi.

Di muka belakang pula, masih tertera jata negeri-negeri Selat 1967 (Melaka, Perak,Pulau Pinang & Singapura),negeri-negeri melayu tidak bersekutu (Terengganu, Kedah, Kelantan, Johor & Perlis),negeri-negeri melayu bersekutu (Pahang, Selangor, Negeri Sembilan & Perak) serta Brunei. Nilai "50 Cents" berada dikedua-dua belah kiri dan kanan wang tersebut. Wang kertas 50 cents ini mempunyai 4 jenis (variety) berdasarkan kepada potret King George VI dan tulisan jawi. Namun Koleksi Noraz Hobbies hanya ada jenis yang pertama kerana variety yang lain agak sukar di jumpai. Nilai wang kertas 50 cents ini mengikut buku Banknotes & Coins 2012 (K.N.Boon) adalah RM240 untuk keadaan "Extremely Fine" (EF).

Sunday, 23 June 2013

$10 Malaya King George VI

Muka hadapan (E/3 099302)

Wang kertas $10 di atas diterbitkan pada 1 July 1941. Ia dikeluarkan bagi menggantikan $10 berwarna ungu yang telah di tarik balik dari edaran. Berukuran 153mm x 83mm.Wang kertas ini ditandatangani oleh H.Weisberg iaitu Pengerusi Pesuruhjaya. Ia menggunakan ukiran serta cetakan Waterlow & Sons Ltd di London. Di muka hadapan memaparkan potret King George VI dengan tera air kepala harimau di bahagian tengah wang kertas tersebut. Ia juga menggunakan bahasa Inggeris serta tulisan jawi.

Muka Belakang

Di muka belakang pula terdapat jata negeri-negeri Selat (Melaka, Perak, Singapura & Pulau Pinang), negeri melayu tidak bersekutu (Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu & Johor),negeri melayu bersekutu (Perak, Selangor, Pahang & Negeri Sembilan) serta Brunei. Nilai wang kertas $10 ini mengikut buku Banknotes & Coins 2012 (K.N Boon) adalah RM650 untuk keadaan "very fine".

Wednesday, 5 June 2013

Wang Kertas Malaya King George VI


Duit $1 ini adalah dikeluarkan oleh Lembaga Suruhanjaya Mata Wang Malaya pada tahun 1941 yang ditandatangani oleh H. Weisberg. Muka depan duit ini tertera wajah King George VI, manakala muka belakangnya tertera jata negeri selat (Melaka, Singapura & Pulau Pinang), negeri melayu tidak bersekutu (Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu & Johor), negeri melayu bersekutu (Perak, Selangor, Pahang & Negeri Sembilan) dan Brunei. Nilai duit ini mengikut buku Banknotes & Coins 2012 (KN Boon) adalah RM80 untuk keadaan "Very Fine".
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...