Wang kertas RM10 diatas dikeluarkan pada tahun 1998. Berukuran 140mm x 65mm dan berwarna merah. Wang ini ditandatangani oleh Tan Sri Dato' Seri Ali Abul Hassan dengan posisi tandatangan ditepi sebelah kiri. Ia menggunakan cetakan BA Banknote. Prefix pertama adalah AW,prefix AX-BD,prefix akhir BE dan replacement prefix ZA. Rekabentuk masih sama seperti sebelumnya dengan muka hadapan potret DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong yang pertama iaitu Tuanku Abdul Rahman.
Di muka belakang pula berimejkan kapalterbang Sistem Penerbangan Malaysia (MAS),Ligh Transit Railway (LRT) dan kapal kontena MISC (Malaysian International Shipping Corporation). Sumber: Mata Wang Malaysia Coins & Banknotes 2010,Peter Eu & Ben Chiew
No comments:
Post a Comment