ABDULLAH ISMAIL bergambar bersama sebahagian
daripada kira-kira 20,000 wang lama yang terdapat
dalam koleksinya di Shah Alam, Selangor.
Abdullah Ismail mempunyai hobi mengumpul wang-wang lama dan antara simpanannya ialah wang Sultan Muzaffar Shah pada tahun 1445. Mengapa dia meminati wang lama?
BERMULA
daripada tiga keping duit kertas lama yang dihadiahkan bapanya ketika berusia
15 tahun, Abdullah Ismail menambah koleksi wang lama sehingga kini jumlahnya
melebihi 20,000 keping. Jumlah ini mungkin lebih banyak memandangkan dia tidak
merekodkan bilangannya.
Daripada tiga keping wang kertas ini iaitu
satu dolar Malaya Borneo dengan lambang kapal layar, 10 dolar Malaya British
Borneo dengan gambar kerbau dan sekeping wang kertas zaman Jepun, minat
Abdullah untuk mengumpul duit-duit lama mula membuak-buak.
"Masa itu, saya bersekolah di tingkatan
tiga. Ayah saya berikan saya wang yang telah lama disimpannya sebagai hadiah
kerana dia tahu saya minat mengumpul wang. Sejak itu, saya mula 'jatuh cinta'
terhadap wang lama dan mahu mengumpul lebih banyak lagi," kata Abdullah,
38, ketika ditemui di rumahnya di Shah Alam, Selangor baru-baru ini.
Koleksi persendiriannya mengagumkan. Walaupun
belum cukup layak untuk digelar muzium, namun sedikit sebanyak, ia mampu
membawa kita melayari sejarah wang silam di negara ini. Kebanyakan wang kertas
milik Abdullah disimpan rapi di dalam album-album dan kebanyakan wang syiling
pula disimpan secara berpaket di dalam peti.
Beliau bukan sekadar menyimpan wang dari zaman
penjajahan British dan Jepun. Turut terdapat di dalam koleksi duit lamanya
ialah duit zaman Kesultanan Melayu Melaka. Duit dari zaman Sultan Muzaffar Shah
pada tahun 1445 adalah antara yang paling lama usianya.
DUIT-DUIT lama mempunyai keunikan tersendiri.
Pada tahun 1840-an, token
yang mempunyai lambang ayam jantan dan tertulis tulisan jawi 'Tanah Melayu' itu
telah digunakan secara meluas di Kedah dan negeri-negeri sekitarnya sebagai
medium pertukaran. Apabila syiling diperkenalkan di Negeri-Negeri Selat pada tahun 1848,
penggunaan token mula dilarang dan menjelang tahun 1853, token-token ini tidak
lagi digunakan di Semenanjung Tanah Melayu.
Selain token, ada juga medium pertukaran yang berbentuk kupon seperti kupon yang diperkenalkan British pada tahun 1941 yang digunakan dalam hal jual-beli getah kering. Ditanya bagaimana cara dia mendapatkan wang-wang lama itu, Abdullah berkata, dia lazimnya akan bertukar-tukar dengan sahabat yang mempunyai minat yang sama, bertanya kepada orang-orang tua di kampung-kampung atau membelinya.
"Biasanya, saya bertukar-tukar dengan kawan-kawan. Tetapi, kalau pergi ke kampung-kampung, ada juga saya bertanyakan kepada mereka kalau-kalau mereka masih menyimpan duit lama.
"Ada juga yang saya beli atau bertukar dengan barangan lain yang saya miliki," jelasnya. Katanya, hal ini membuatkan penulis memahami mengapa terdapat beberapa barang antik di rumah Abdullah seperti seterika tembaga, radio lama, keris dan sebagainya.
"Saya dapat syiling Sultan Muzaffar Shah ini melalui pertukaran barangan dengan seorang kawan. Saya tukarkan seterika tembaga kepala ayam milik saya untuk dapatkan duit ini," ujarnya.
Abdullah memberitahu kos terbanyak yang dilaburkan untuk membeli sesuatu duit lama ialah RM1,200. Duit lama itu ialah wang kertas 10 dolar King George yang merupakan antara yang paling sukar didapati. Ditanya yang mana satukah antara wang lama dalam koleksinya yang paling disayanginya, Abdullah berkata, tiga wang kertas yang diberikan ayahnya, Ismail Yusof, 70, dan sekeping wang kertas yang dibelinya buat kali pertama.
"Ia adalah duit pertama yang saya beli dengan wang poket sendiri selepas mula bekerja sebagai peniaga kedai runcit pada tahun 1989. Duit itu ialah wang kertas 10 sen yang dikeluarkan pada tahun 1941.

ANTARA
wang kertas lama yang digunakan di negara ini
ketika pemerintahan British dan Jepun
Kata Abdullah, apa yang dilakukannya ini adalah sebagai lambang apresiasinya terhadap wang. "Saya amat menghargai wang. Apabila saya melihat orang ramai membuang duit satu sen, saya rasa sedih. Orang tidak sedar, duit itu walaupun sekecil mana nilainya mungkin boleh membantu kita satu hari nanti," katanya yang turut menyimpan duit yang tidak lagi dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) seperti wang kertas RM20, RM500 dan RM1,000 dan syiling RM1 berkeris emas.
Beliau mengakui koleksinya belum lengkap. Masih banyak yang perlu dicari dan sebagai pengumpul sejati, beliau tidak akan berhenti. "Apabila sudah jadi hobi, saya rasa tidak puas selagi tidak melengkapkannya. Lagi susah mendapatkannya, lagi terasa mencabar," katanya sambil memberitahu dia merujuk buku-buku wang yang menghidangkan informasi yang sahih termasuk buku keluaran BNM untuk mengetahui tentang wang-wang lama. Sumber: http://mforum2.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=340765
No comments:
Post a Comment