This blog is to share the interesting and beneficial hobbies such as collection of coins, banknotes, stamps, coupons, key chains,fridge magnet

Thursday, 14 November 2013

Muzium Kota Tinggi, Kota Tinggi, Johor



Muzium Kota Tinggi  terletak di Kampung Makam, o.5 KM dari bandar Kota Tinggi, Johor. Kedudukannya tidak jauh dari salah satu hotel terkenal di Johor iaitu Mayres Hotel. Muzium Kota Tinggi ( pada awalnya menggunakan nama Pusat Sejarah Kota Tinggi ) ini mula dibina pada 14 April 1997 dengan keluasan  6, 480 meter persegi  dan telah siap pada 11 Jun 1999. Ia kemudiannya diserahkan kepada Jabatan Muzium dan Antikuiti. Pada 27 Februari 2001 pihak Jabatan Muzium dan Antikuiti menyerahkan Muzium Kota Tinggi ini kepada Kerajaan Negeri Johor dan diselenggarakan oleh Yayasan Warisan Johor. Pada 30 Ogos 2002 ia mula dibuka kepada orang ramai dan dirasmikan oleh D.Y.A.M. Tunku Ibrahim Ismail Ibni Sultan Iskandar, Tunku Mahkota Johor (Sultan Johor pada masa ini) pada 29 Februari 2004 bersamaan 8 Muharam 1425 H bersempena Program Kembara Mahkota Johor. Sumber: Yayasan Warisan Johor.


Umumnya, Muzium Kota Tinggi ini mempamerkan empat fasa peristiwa mengikut urutan kronologi sejarah. Oleh itu tumpuan Muzium Kota Tinggi adalah pada sejarah Kesultanan Johor Lama, Institusi Politik dan Sosioekonomi Daerah Kota Tinggi yang meliputi zaman kegemilangan Johor Lama ( 1529-1705 ) hingga ke zaman ini. Muzium Kota Tinggi mempunyai signifikan yang amat ketara dari segi tinggalan sejarah pemerintahan Kerajaan Johor Lama. Lembah Sungai Johor merupakan wadah kesinambungan Kesultanan Melayu setelah kejatuhan Melaka pada tahun 1511 di tangan Portugis.  Pada tahun 1529 bermulanya pusat Kerajaan Johor di Pekan Tua (Pasir Raja) dan diikuti oleh Johor Lama dalam tahun 1540 bererti tamadun Melayu telah bertapak di Kota Tinggi selama lebih 400 tahun. Di lembah Sungai Johor inilah lahirnya Tun Sri Lanang iaitu Pengarang Melayu tersohor dan terawal menghasilkan Sejarah Melayu, sebuah historiografi Melayu yang agung. Di lembah sungai ini juga dikatakan lahirnya Badang, manusia yang mempunyai kegagahan yang luar biasa. Sumber: attractionsinmalaysia.com, kotatinggitravel.blogspot.com


Salasilah Kesultanan Johor


Barangan Tembaga


Tembikar


Parang Jambul dan Parang Jengkuk

Parang merupakan sejenis alat seakan pisau yang berasal dari Asia Tenggara, khususnya Nusantara. Ia digunakan untuk memotong kayu yang lebih keras dengan mata yang lebih keras dan pusat pukulan yang jauh ke hadapan tangkai. Matanya lebih cekah serong supaya tidak tersekat semasa memotong. Mata parang biasanya 30cm (12inci) panjang dan jisimnya tidak melebihi 0.75kg. Mata yang lengkung membolehkan penggunaan daya maksimum semasa memotong kayu balak, dahan pokok, buah kelapa, sembelih haiwan korban dan lain-lain. Parang mempunyai 3 mata iaitu mata depan yang amat tajam serta digunakan untuk mengupas. Mata tengah yang lebih lebar serta digunakan untuk mencantas. Mata belakang (dekat tangkai) yang amat halus dan digunakan untuk mengukir. Sumber: tukangparang.weebly.com/informasi.html


t 

Keris

Keris ialah sejenis senjata pendek Austronesia yang digunakan sejak melebihi 600 tahun dahulu. Senjata ini memang unik di dunia Melayu dan boleh didapati di kawasan berpenduduk Melayu seperti Indonesia, Malaysia, Singapura, Thailand Selatan, Filipina Selatan (Mindanao) dan Brunei. Nama yang digunakan untuk keris berbeza mengikut daerah misalnya sundang di Mindanao, kedutan di Bali dan kareh di Sumatera. Perkataan keris dikatakan berasal dari bahasa Jawa Kuno iaitu malang kerik yang bermaksud bercekak pinggang.      
    
Keris digunakan untuk mempertahankan diri (misalnya sewaktu bersilat) dan sebagai alat kebesaran diraja. Senjata ini juga merupakan lambang kedaulatan orang Melayu. Keris yang paling masyhur ialah keris Taming Sari yang merupakan senjata Hang Tuah, seorang pahlawan Melayu yang terkenal.

Keris berasal dari Kepulauan Jawa dan keris purba telah digunakan antara abad ke-9 dan abad ke-14. Senjata ini terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu mata, hulu dan sarung. Keris sering dikaitkan dengan kuasa mistik oleh orang Melayu pada zaman dahulu. Antara lain, terdapat kepercayaan bahawa keris mempunyai semangatnya yang tersendiri. Sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Keris




Pedang

Pedang adalah sejenis senjata tajam yang memiliki bilah panjang. Pedang dapat memiliki dua sisi tajam atau hanya satu sisi tajam saja. Dalam beberapa kebudayaan, jika dibandingkan senjata lainnya, pedang biasanya memiliki prestij yang lebih atau paling tinggi.

Bilah pedang biasanya dibuat daripada logam keras seperti besi atau baja. Meskipun begitu terdapat pedang daripada emas yang digunakan sebagai hiasan sahaja. Untuk latihan biasanya pedang kayu yang digunakan, meskipun pedang daripada kayu keras masih berbahaya. Senjata serupa pedang dan tombak yang menggunakan bilah obsidian digunakan oleh suku-suku asli Amerika Tengah dan Selatan yang pada saat kolonisasi Eropah belum mengenali logam. Sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Pedang


Kukur Kelapa

KUKUR KELAPA adalah sejenis alat bergerigi yang digunakan untuk mengukur atau mengikis isi kelapa dari tempurungnya. Kukur kelapa traditional dibentuk daripada batang kayu untuk tempat duduk dan dihujungnya diletakkan besi mata kukur. Kukur kelapa traditional direka bentuk berasaskan rupa bentuk binatang berkaki empat dan bermotifkan tumbuh-tumbuhan. Sumber: myinfotainmentpage.blogspot.com

Penggunaan alatan ini sangatlah efektif dan boleh dianggap satu alat yang berjaya dicipta. Selepas munculnya Mesin Kukur Kelapa yang menggunakan kuasa elektrik, penggunaan alat Kukur Kelapa Tradisional semakin dilupakan. Pada hari ini, barangan tersebut dijadikan sebagai barangan antik yang menarik dan berharga. Sumber: www.cahayakeagugan.com

Teko Tembaga

Mesin Jahit Lama


Telefon dan Bekas Lilin Tembaga

Telefon berasal daripada (bahasa Yunani: tele = jauh dan phone = suara) adalah alat telekomunikasi yang digunakan bagi memancar dan menerima bunyi (kebiasaanya suara dan percakapan) pada jarak jauh tanpa terikat, secara bebas. Kebanyakan telefon beroperasi melalui pemancaran isyarat eletrik melalui jaringan telefon rumit yang membenarkan sebarang pengguna telefon untuk berhubung dengan hampir kesemua yang lain. Terdapat telefon awam yang mana mengutip sedikit bayaran, menurut tempoh penggunaan, bagi kegunaan orang awam yang tidak memiliki telefon.


Radio Antik

Radio merupakan sejenis komunikasi yang menggunakan gelombang elektromagnet, atau isyarat-isyarat radio, untuk menghantar maklumat elektronik dari satu tempat ke tempat lain tanpa menggunakan wayar. Unit penghantar dipanggil pemancar (transmitter), manakala unit yang menukar isyarat radio ke bunyi yang boleh didengar dipanggil penerima (receiver). Biasanya, penerima adalah dirujuk sebagai satu "radio" atau peti radio. Sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Radio

Mesin Taip Lama

Mesin taip adalah peranti elektronik, elektromekanik atau mekanik dengan set "kekunci" yang, apabila ditekan, menyebabkan huruf dicetak pada dokumen, biasanya kertas. Mereka yang menggunakan mesin taip dikenali sebagai jurutaip.
Mesin taip mempunyai kekunci mesin taip, dengan kekunci untuk huruf pada muka taip. Kaedah bagaimana mesin taip meletak tanda pada kertas sekarang pelbagai sebagaimana jenis pencetak, tetapi sehingga akhir abad ke-20, ia merupakan dengan hentaman logam (atau, kemudiannya, unsur jenis plastik berlogam pada jalur berdakwat yang menyebabkan dakwat melekat pada kertas. Kertas karbon kadang kala diselit antara beberapa lapisan kertas, agar salinan huruf dicetak pada setiap lapisan kertas. Sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Mesin_taip

Piring Hitam Klasik

Piring hitam (juga dikenali sebagai rekod gramofon, rekod fonograf atau hanya rekod) merujuk kepada kepingan peranti storan bahan audio berekod. Sekiranya dibuat daripada PVC, piring hitam juga dikenali sebagai rekod vinil.

Badang yang gagah perkasa


Kain Limar

Kain Cindai atau juga dikenali sebagai kain Limar, merujuk kepada kain tenunan sutera halus yang bermutu tinggi. Kain Cindai merupakan kain yang mempunyai tenunan benang tinggi setiap inci dan dikatakan mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Jumlah tenunan ikat berkembar yang tinggi ini menjadikan kain Cindai amat kukuh dan menjadi rebutan kerana dianggap mampu menahan tikaman senjata. Ini boleh dianggap sebanding dengan pengunaan baju sutera oleh pahlawan Mongol yang menyebabkan panah yang menembusi tubuh mereka tidak mampu menembusi alas baju sutera mereka, dengan itu membolehkan mata panah ditarik keluar.


Pembuatan kain Cindai juga memerlukan kapakaran menenun yang tinggi, menyebabkan jumlah yang dihasilkan terhad dan dengan itu mendapat permintaan yang tinggi. Ini menyebabkan harganya tinggi dan menjadi simbol status sebagai bangsawan dan hartawan. Terengganu terkenal sebagai penghasil kain cindai atau limar pada abad ke 19. Fabrik berkualiti tinggi yang dicipta khusus untuk kerabat diraja dan orang berada ini semakin lenyap selepas tercetusnya Perang Dunia Kedua. Sumber: kosmo


Lembing

Lembing ialah sejenis senjata, yang digunakan untuk memburu dan berperang semenjak zaman kuno lagi. Ia terdiri daripada hulu atau pemegang, biasanya diperbuat daripada kayu dan mempunyai hujung yang tajam dipanggil kepala. Hujung yang tajam itu mungkin juga adalah dari hujung kayu itu sendiri (contohnya lembing buluh) atau diikatkan bersama bahan yang lain kepada hulu tersebut. Lembing yang paling biasa dibuat ialah lembing yang mempunyai kepala yang diperbuat daripada besi, berbentuk seperti pisau pendek dan digunakan untuk tikaman.

Perbezaan lembing dengan tombak adalah mata lembing adalah bermata lurus  dan tirus  seperti rumput lembing sementara mata tombak berbentuk lebar dan berbilah . Contoh Tombak tampang , tombak berlok , tombak sangga , tombak bilah dan tombak rambu . Sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Lembing

Jenis-jenis senjata

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...