Bangunan lama
Bangunan sekarang
Muzium Sultan
Abu Bakar merupakan sebuah muzium yang
terletak di Pekan, Pahang. Muzium ini mempamerkan
barang-barang antik serta berharga termasuk
barang-barang China kuno yang diperbuat
daripada kaca dan tembikar, serta barang-barang yang berkaitan
dengan sejarah semula jadi, arkeologi, etologi, raja serta
kebudayaan Negeri Pahang.
Sejarah Pahang, khususnya yang berkenaan
dengan raja-raja kunonya, didokumentasikan dengan baik dalam muzium ini. Pada
asalnya bangunan muzium ini adalah tempat kediaman Residen
British yang pertama di Pahang dan bertarikh 1880-an. Bangunan ini
pernah digunakan sebagai ibu pejabat Angkatan Tentera Jepun semasa
pendudukan Jepun dan kemudiannya sebagai Istana rasmi al-Marhum Sultan Abu
Bakar.
- Istana Kota Beram - Sejarah Kesultanan Melayu Pahang, Wanita-wanita Istana, Peralatan Istiadat, Sejarah Istana Kota Beram
- Inderapura - Galeri Arkeologi dan Orang Asli, Orang Asli di Malaysia, Orang Asli di Pahang (Budaya, Senjata, Senibina Rumah, Pengangkutan), Arkeologi negeri Pahang (Zaman Prasejarah, Protosejarah), Pekan Bandar Diraja.
- Balairung Seri - Galeri Fesyen dan Tekstil, Tenun Pahang Diraja
- Bunga Pekan (Tingkat atas) - Galeri Budaya dan Kesenian Pantai Timur (Permainan Traditional, Mak Yong, Seni Persembahan Melayu, Wayang Kulit, Ukiran kayu & Batik)
- Balai Tun Teja (Tingkat Bawah) - Galeri Seramaik China dan Galeri Seramik Jepun
Meriam
Sejarah Mata Wang Pahang
Wanita-wanita Istana
Kesultanan Melayu Pahang
No comments:
Post a Comment