This blog is to share the interesting and beneficial hobbies such as collection of coins, banknotes, stamps, coupons, key chains,fridge magnet

Friday 28 February 2014

Lokasi penemuan syiling lama berubah menjadi pesta




Fauziah Idris, 56, begitu tekun mencari syiling lama sebaik penemuannya di tebing Sungai Kelantan berhampiran Kampung Kubang Pak Amin, Pasir Mas, Kelantan, semalam. (Gambar kecil) Rudi Sufian Muhammad menunjukkan sebahagian syiling lama yang dijumpai di tebing Sungai Kelantan. - UTUSAN/Irwan Majid


PASIR MAS 25 Feb. - Penemuan syiling lama yang didakwa mempunyai hubung kait dengan sejarah kerajaan dahulu terus menarik minat orang ramai untuk mencari gali mata wang berkenaan di tebing Sungai Kelantan berhampiran Kampung Kubang Pak Amin dekat sini.
Tinjauan Utusan Malaysia di sini hari ini mendapati kira-kira 100 penduduk giat mencari bahan tinggalan sejarah itu, seolah-olah seperti satu pesta.
Malah, terdapat beberapa peniaga mengambil kesempatan mendirikan khemah dan gerai untuk menjual makanan ringan.
Seorang penduduk, Rudi Sufian Muhammad, 37, berkata, ini merupakan hari ketiga dia mencari duit syiling di kawasan berkenaan.
Menurutnya, sehingga hari ini dia berjaya mengumpul lebih 10 keping duit syiling yang dicari gali di kawasan tersebut.
"Saya mencari duit syiling ini selepas melihat orang ramai tidak putus-putus mengunjungi kawasan tebing sungai itu.
"Saya berhasrat untuk menjualnya, jika ada yang ingin membeli dengan harga berpatutan," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia.
Sementara itu, Mohammad Gandhi Che Kob berkata, dia yang kali pertama mengunjungi kawasan berkenaan menemui serpihan tempayan selepas 45 minit mencari gali di kawasan berkenaan.
"Saya sama sekali tidak menyangka kawasan ini dipenuhi sebegini ramai orang," ujarnya.

Sumber: http://www.utusan.com.my/utusan,26/02/2014

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...