This blog is to share the interesting and beneficial hobbies such as collection of coins, banknotes, stamps, coupons, key chains,fridge magnet

Tuesday, 30 July 2013

1 Cent Sarawak 1930

Duit syiling 1 cent diatas ditempa pada tahun 1930 dengan potret Sir Charles Vyner Brooke. Rajah Charles Vyner Brooke (1917-1946)  merupakan Raja Putih ketiga dan terakhir memerintah Sarawak selepas Sir James Brooke (1841-1868) dan Sir Charles Johnson Brooke (1868-1917). Duit syiling ini dikeluarkan sebanyak 3,000,000 dengan berat 5.50g dan berdiameter 24.5mm. Duit syiling 5 dan 10 cent turut ditempa dari tahun 1920 hingga 1934 dengan potret Sir Charles Vyner Brooke. Manakala duit syiling gangsa 1 cent antara tahun 1927 hingga 1941 dan diikuti oleh duit syiling 50 sen pada tahun 1927. Di muka belakang duit syiling 1 cent ini pula tertera perkataan "SARAWAK","ONE CENT" dan "1930".

Muka Belakang

Friday, 26 July 2013

1 Cent Queen Victoria 1888

Syiling 1 cent ini mula digunakan pada tahun 1886 di negeri-negeri selat (straits settlements). Pada tahun 1826 negeri-negeri Selat ditubuhkan  terdiri daripada negeri Melaka, Perak (Dinding), Penang (Prince Of Wales Island) dan Singapura. Sebelum syiling ini dikeluarkan, British juga menggunakan syiling "East India Company" (1826-1858) dan "India Straits" yang turut mempunyai gambar Queen Victoria. Syiling 1 cent ini diperbuat daripada tembaga (1872-1883) dan gangsa (1884-1901). Syiling 1 cent 1888 ini dikeluarkan sebanyak 10,000,000 dengan berat 9.33g, berdiameter 29mm. Syiling ini ditempa di Royal Mint London, United Kingdom. Duit syiling ini ditera dengan perkataan "QUEEN VICTORIA" (Ratu Victoria)  serta potret Ratu di muka hadapan. Manakala di muka belakang ditera dengan "STRAITS SETTLEMENTS" dan "ONE CENT 1888". (Sumber: Malaysia, Brunei & Singapore, Banknotes & Coins, 6th Edition,2012,K.N.Boon, malaysiancoins.com)

Syiling VOC 1754


Syiling diatas merupakan syiling tembaga yang diperkenalkan pada abad ke 18 semasa pemerintahan Belanda (1602-1800). Di muka hadapan wang syiling ini tertera tahun 1754 dan perkataan VOC. VOC atau dalam bahasa Belanda adalah singkatan kepada (Verenidge Oostindische Compagnie). Ia adalah sebuah Syarikat di Belanda yang disatukan menjadi sebuah Syarikat Hindia Timur Bersatu. Syarikat ini ditubuhkan pada 20 Mac 1602 yang berpusat di Batawi (kini dikenali sebagai Jakarta) di Jawa, Indonesia. Ia mempunyai penempatan di Kepulauan rempah (Maluku),Kepulauan Banda yang mana VOC mendapat monopoli ke atas penanaman buah pala. Mereka juga telah mengawal penempatan di Melaka pada tahun 1641 dan berjaya menawan Melaka daripada Portugis. VOC ini menjalankan perdagangan di Timur dan juga mendirikan kubu-kubu di perairan yang penting untuk menguasai perdagangan di pelabuhan-pelabuhan tempatan.(Sumber: Wikipedia, Ensiklopedia Bebas, cikgurazak.blogspot.com)

 Muka Belakang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...